waktu ini kian terusik

jam di tangan menunjukkan 6.40.
aduh berat semacam badan ini nak menuruni katil 2 tingkat ucu.suis lampu dibuka.aduh..mata ucu semacam mengantuk yang teramat.tersilau dek lampu neon di atas.kepala ucu semacam ada batu yang berat sedang menghempap memaksa.dengan gerak gaya yang perlahan,ucu melentokkan kepala dan badan di atas bantal yang senipis kekabu kering tilam bujang yang bercadar lusuh. tika tersedar,hampa dan dusta.jam kini sudah pukul 0925.apa mungkin ini kesalahan ucu kerana tertidur sebentar tadi.yang bercadang untuk semint dua saja.
"ya memang salah kau.suka melambatkan masa untuk solatmu.tapi kalau meminta kena pada masanya saja!!!" suara itu mula menumbuk-numbuk benak ucu dengan keras.sakit semacam tidak terdaya menahan siksa ini.mungkin juga ini pembalasan untuk ucu.terikut dengan arus yang selama ini menentang diri ucu sendiri.mana tidaknya,kepala ucu hanya memikirkan selagi boleh dan ada waktu untuk solat selagi itulah akan terlewah solat ucu.ucu selalu berdoa agar tidak akan termakbul kata-kata kawan ucu di sekolah dulu.
"ko sem satu tertinggal subuh,sem 2 zohor,sem3 asar,sem4 maghrib n sem5 isyak.masuk sem akhir kafir." perbualan kami diiringi dengan gelak tawa.namun ucu menganggapnya sebagai satu masalah besar dalam hidup ucu. apa mungkin ini semua berlaku. dan dari sem2 ini ucu cuba yang terbaik.walapun tertinggal subuh,ucu tetap qada'..pesanan ayah tetap ucu junjung sehingga kini "better kamu qada' solatmu dari kamu tinggal lompong terus" kata-kata itu menusuk benak ucu.seakan dia tahu apa yang berlaku pada ucu semasa melalui liku pada sem lepas. maaf ayah..setakat ini,kalau ucu tertinggal solat ucu akan merasakan sesuatu yang tidak enak.kata ayah "itu menandakan ALLAH sayang pada kita dan DIA mahu kita terus mendekatkan diri kepadaNYA" syukur kalau itulah yang ternyata.di sini mak jauh abah jauh. dan ucu kena lalui segalanya sendiri.sama ada makan,minum dan segalanya. dan kejap lagi ucu kena basuh baju guna tangan.waktu-waktu beginilah ucu akan merintih mengenangkan kesusahan emak dulunya.
"arghhh..air mata dah bergenang pula" terus ucu sign out untuk meneruskan kerja ucu.ucu tahu bukan ini yang emak mahukan. 'bangun pagi dan terus buka laptop dan tak ingat dunia.semalam pun pak cik ada mesej pesan belajar betul-betul.alamak terasa seperti sudah menyimpang jauh pulaknya.baiklah,salam selembut sutera dari hati yang kian membeku.adioz..

Comments

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc