lu pikir lah sendiri da movie


salam semuanya.
hari ni ucu memang bertujuan untuk kemasikini blog ni.
entry kali ini ucu nak cerita tentang movie baru ucu tonton semalam.
cubaan PN AMINAH RHAPOH untuk pertama kalinya agak berhasil. sedia maklum kita kenal yang beliau bergiat dalam industri teater.kira ok lah..
ceritanya agak menarik dan lawak.memang agak pecah perut lah semalam.minta maafkepada sesiapa yang duduk berdekatan ngan ucu semasa cerita ditayangkan.tapi banyak watak yang tenggelam timbul.kalau kalian lihat dalam poster di atas ada gambar MILA.tapi yang ucu pelik kenapa watak mila dalam cerita ni seakan pembantu sahaja??itu kita perlu kaji.banyak babak yang tidak perlu dimasukkan.yang tu,kena tanya pada yang pakar.yang penting pelajar TEKA enjoy semalam.mereka menari lagu tema agak gempak.entah bila ucu akan terlibat dengan semua tu.he.
kalau kita perhatikan banyak kritikan yang diterapkan dalam cerita tersebut.seperti penerimaan pekerja asing ketika nabil sedang mencari kerja di sebuah restoren dan bertanya kepada penjaga kaunter dimana pekerja tersebut adalah seorang warga asing.macam dalam entry yang lepas ucu cakap.kemungkinana besar negara kita akan menjadi negara di NEPAL,BANGLA,INDONESIA atau negara pendatang yang lain.kritikan yang dapat dikesan ialah sikap rakyat malaysia yang mengabaikan sikap membuang sampah di merata tempat.kalau kalian tengok,mesti nampak babak dalam cerita tu,yang sedang mengkritik hal ini. dan kritikan seterusnya,kritikan tentang sikap antara dua darjat.seorang pengemis amat bersyukur dengan kehadiran hujan namun bagi mereka yang punya nasib yang baik,sanggup berteduh dsekiranya hujan turun. kalu ucu pun ucu berteduh.lagi pun kita naik motor kan?tapi konsep bersyukur diterapkan lah.dan lagi satu sikap pak guard UiTM yang melihat kesalahan pelajar tetapi di asendiri membawa motorsikalnya masuk perkarangan tempat pelajar dan warga kolej lalu lalang pejalan kaki.adakah ini patut?ini perlu diambil kira kerana kita lihat sekarang pakguard lebih kepada mencari kesalahan pelajar.pelajar adalah dalam kalangan remaja.dan kita perlu tahu mereka senang dan mudah emmverontak.kalau setakat tak pakai kasut,tak pakai kad matriks di saman dengan harga yang tinggi. inikah yang dinamakan sebagai mendidik??ini perlu diutarakan dengan secepatnya!!!jika mahu berkelakuan sebegitu,bertindak adil ya.jangan jika ada mood saja anda mahu menyaman,namun jika anda melihat wanita,anda biarkan mereka.rambut perang,berselipar,berseluar ketat dan bermacam lagi.inikah keadilan yang dituntut oleh para pakguard sekalian?hah,kan ucu dah melalut.ok ni semua pengaruh filem yang agak menarik hati ucu buat masa ini.apa pun tahniah kepada PN AMINAH RHAPOR kerana mendapat sambutan yang hangat semalam.!!
habis cerita movie dan sekarang cerita tentang pengurusan bagi pelajar yang akan ke induk.senang cerita naik bas lah.agak kelam kabut lah keadaan semalam.promosi semacam menggila tapi bas disediakan hanya 3.macam sardin sudah kami dalam bas tu.pergi lambat.nasib baik kami samapai cerita baru bermula.huh.tika balik pula,kami terpaksa menunggu bas di tepi jalan.kasihan bukan?tak mengapalah,yang penting semua enjoy.walau apa pun,ucu merasakan hari hari yang malang untuk ucu.pagi bangun dengan lemah,pergi kelas dah kunci walupun lewat 5 minit saja. dan baru balik makan dari kandang kena saman pula dengan pak guard yang berhati murni.seperti kata ucu di atas tadi lah. ok lah harap semua yang membaca ini dapat merasakan seperti mana yang ucu rasa kan.ucu sayang uitm.tapi kalu semuanya bertindak sebegini,sayang pasti akan lucut dari hati...hmmm adioz

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan