semacam menunduk pada nafsu.
salam kalian...
pasti anda terkecur sebentar melihat menu di atas ni.
hanya dengan RM3.60 anda boleh mendapatkan menu tersebut bersama dengan segelas sirap limau ais.modal tidak lari kemana.kenyang yang anda perolehi. namun,itu bukanlah titik tolak perbincangan kali ini.pada hari ini,jam di tangan menunjukkan jarum panjangnya ke nombor 4 dan yang pendek menghala ke arah angka 10 lebih kurangnya. santapan nasi goreng bersama mee di tambah dengan ayam goreng mula dimamah oleh ucu.
"alhamdulillah"
kenyang membungkus diri ucu.langkah kaki mula berjalan menuju kebilik.rumah di tingkat 5,tingkat tertinggi di kampus puncak perdana ini ucu daki..ngomelan rakan di sebelah membingit telinga.seakan baru hari ini mendaki bukit ini.padahal kami sudah hampir 2 minggu melewatinya.kerana rungutan itulah yang membuatkan kami selalu ,merasakan perjalanan kami begitu lama setiap hari.ini kan pula,dengar khabar yang membawa angin mengatakan kami akan tetap tinggal di rumah yang sama sehingga tamat pembelajaran kami. lama bukan? 2012 bukan masa yang singkat.nampak gayanya akan kuruslah ucu ni.
berbalik pada gambar dia atas.selepas keluar dari syurga buku di puncak perdana ni,rakan mengajak mereka pergi ke 'food cort'..wah,semacam gempak kan.tapi lebih popular di sini kami menggelarnya 'kandang' tempat makan terlaris di sini. cadangnya ingin teman saja.memang patutlah mereka makan.xmakan tengahari.tapi ucu ni dah melantak.lagi pun,perut masih penuh dengan mee dan nasi goreng pagi tadi.bile akak order tu datang...ceh. "tak pe lah kak,saya kenyang" pengakuan hipokrit membohongi insan yang kurang bersalah.tapi,bila makanan rakan samapai."macam sedap aje,kak sini kejap" datang dengan senyuman menerima tempahan dari ucu. dalam keadaaan yang kenyang,ucu membuat tempahan lagi.magis bukan??makan juga walaupun dalam keadaan kenyang.azam untuk semester ni, nak simpan duit.tapi semacam kurang berjaya pada awalnya.emak,ucu tak boleh buat semua ni..harap emak faham.nafsu ni susah dikawal oleh ucu sendiri.persoalan disini ialah adakah ucu semakin tunduk pada nafsu sendiri?wah,bahaya ni.. hmmm keluhan melebari dan membatasi segalanya...hanya tuhan saja yang tahu..adioz
ag kuat makan!!hahhahaha
ReplyDeletetengok bdan ar ili...
ReplyDelete