tanggungjawab si along

*sajak ini ucu tujukan pada yang istimewa dalam hidup ucu..



malam ini aku termangu,
kotak fikiran kian berputar..
mengenang nasib yang tidak kesudahan
mengagalas bebanan dengan cukup timpal.
mendukung cita untuk keluarga.
setapak demi setapak ku harungi,
melalui badai dengan penuh ranjau.
titsan air mata menginsafkan..
kian rebah menyembah duniawi.
rintihan sayu tak siapa kedengaran...

aku disini bagai ombak..
ombak yang sering memukul batinku.
seksa ku,zalimku menikam diri sendiri..
perhati dari sudut pandangan sahaja.
tidak guna berteman namun sekadar omongan.

titik belum ke noktah.
penyeksaan diterus dengan penuh penantian.
penanggungnya aku!
membanting diri sendiri dengan kontang.
kesakitan ibu dirumah penuh dirasai..

hari demi hari kian berlalu.
mengejar impian hanya yang satu.
mandat pesanan tersemat di hati.
kesumat impian di genggam abadi.

hari ini aku melangkah..
kian melangkah..
dan terus melangkah..
moga aku akan mampu terus melangkah...
langkahan kian melangkah..

Comments

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc