Aku Bukan Islamophobia
RAMADAN. Waktu itu, aku memerhati gelagat ayah yang membawa anak-anak mereka pergi ke solat tarawih. 'Oh, seronoknya ada anak sendiri dan menjadi kepala keluarga. Nanti, aku nak paksa dia main gusti dengan aku.' 'Beranganlah kau!' bisik hati. Solat tarawih malam ini diiringi dengan kantuk. Lebih-lebih lagi dengan alunan satu muka surat al-Quran pak imam untuk satu rakaat - sama ada aku tidak memahaminya atau badan ini memang habitat untuk para jin membina keluarga. Aku tidak menghitung sah atau tidak solatku itu, sebaliknya cukup atau tidak tarawih Ramadan kali ini. Begini tanggapan pemuda bebas fikir. Saf di hadapanku ada ruang kosong, mungkin dia terkentut selepas salam kedua tadi. Mengikut pelajaran yang aku pernah hadam, solatnya masih sah. Pasti. Mahu tak mahu, aku anjakkan kedudukanku, menggantikan tempat si pengentut tadi. Kini, ada adik kecil di sebelahku, di sebelah ada ayahnya. Berbaju Melayu dan kopiah, mungkin mereka ini orang biasa-biasa. Mengikut ...