menjunjung langit bumi dipijak


Sejauh mana perjalanan seorang manusia yang penuh dengan duri-duri kehidupan, pastinya akan berjumpa dengan jalan pengakhirnya. Jalan yang menentukan kehidupan sebenar. Setiap tindak-tanduk kita diperhatikan olehNYA. Yang mencipta dan mentadbir alam. Yang menghidupkan dan mematikan manusia. Tiada apa yang lebih berkuasa daripada Dia. Sebagai seorang seorang muslim, sejauh mana kita bertindak perlulah menjadikan asas akidah sebagai sumber kehidupan. Ajaran yang telah dipelajari jangan dipersiakan. Dalam meneliti norma kehidupan ini yang penuh dengan berliku, manusia seringkali terpincang daripada jalannya. Sememangnya segala yang berlaku adalah ujian daripada ALLAH swt. Ujian untuk melihat sejauh mana pegangan agama seseorang itu. Ujian ini juga memerlukan usaha untuk memperbaikinya. Disamping usaha yang gigih dalam memperbaiki masalah-masalah ini, manusia juga perlu menjadikan tawakal sebagai jalan teraikhir selepas berusaha. Mendekatkan diri kepada Maha pencipta, meluluhkan segala jiwa dan raga kepadaNya. Tikar sejadah yang menjadi peneman dikala tertitisnya air mata meruntun membasahi pipi. Tangan diangkat pelapis doa dan kepasrahan. Sujud menyatukan seluruh anggota ,emjadi satu. Kesalhan, kekhilafan dan juga kepincangan dikikis demi kikisan dek aliran suci air mata yang gugur. Memang lumrah seorang manusia dengan kekilafan. Jalan pangkalnya adalah kembali kepada Maha Pengasih. Rasa bersyukur dengan nikmat yang ada sebenarnya. Tubuh dipinjam untuk menjadi nadi penonggak kepada kita. Perlu menjalankan dengan sebaiknya. Dalam kelemahan jiwa raga, seorang insan akan menjadi lebih tegas jika berdampingan dengan Tuhannya. Melewati kenyataan ini telah membuktikan bahawa Dia akan mengasihi sesiapa sahaja yang mengasihiNya. Dia juga akan mendampingi sesiapa yang mendampingiNya. Dalam apa jua kepasrahan, kembalilah. Jangan melupakan tika senangmu untuk kalian melindungi kesukaranmu.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan