DANAU KASIH MAK!
sajak ni sedikit mengingatkan aku kepada mak.aku rindu dia.semua kawan-kawan dah berada di rumah dengan keluarga.aku? keluarga juga tapi tanpa mak.aku mahu mak.sekarang aku sedikit manja dengan mak.aku tak tahu kenapa.
teringat masa aku balik seminggu sebelum peperiksaan.apa yang aku nak mak tunaikan.nak nasi lemak, mak buat.nak nasi ambeng, mak turuti.dan agak mengejutkan aku bila mak sanggup melayan kerenah aku yang mengada nak bungkus nasi ambeng tu guna daun pisang.mak ikut semua permintaan aku.tanpa mak mengeluh.
saat ini juga aku suka mengimbas kembali detik dulu-dulu.masa sekolah, aku bermasalah.aku sekolah jauh dari rumah.duduk di asrama.seminggu sekali mak akan datang menghantar makanan dan sedikit wang belanja.mak naik motor.pada satu hari mak dapat panggilan telefon,aku buat masalah disiplin.telefon bimbitku di rampas.pada masa mak nak balik dari sekolah,mak nyaris ditahan oleh roadblock polis.mak cakap, mak buat tak dengar dan terus pecut laju motor panduannya.mak tak ada lesen.motor yang mak guna juga kosong. tak ada apa-apa dokumen.mak kata masa tu mak menggigil satu badan.namun aku tak kata apa.tak juga meminta maaf kepada mak.aku hanya berdiam.
sejenak kini aku termangu. memikirkan kalau-kalau mak tak ada.siapa aku telefon setiap dua kali sehari?siapa aku nak mengadu yang aku tak ada duit.siapa nak buatkan aku nasi ambeng dan nasi lemak kegemaranku.siapa yang nak ingatkan aku jangan tinggal solat bila di universiti?dan siapa yang akan susah-susah ingatkan kakak aku untuk menjaga aku semasa di universiti.
mak wanita agung.aku cuba buat yang terbaik untuk mak.ingat lagi.masa tu, umur aku 12 tahu. hari jadi mak. aku kumpul duit. sanggup pecah tabung. pertama kali aku belikan mak kek.aku segan nak beri pada mak.masa tu mak sakit.aku sembunyikan kek tu dulu dari mak.bila aku bawa jumpa mak, mak cium dahi aku.mak peluk.mak kata, mak tak nak semua ni.mak menangis masa tu.aku tak nangis pon.aku suruh mak potong kek.mak makan sedikit sebab tekak mak sakit.aku simpan kek dalam peti ais.dalam aku melangkah keluar bilik mak, mak menyeru namaku.mak kata terima kasih. aku senyum sepi.
jujur aku kata yang aku tak mahu kehilangan mak lagi.aku tak sanggup.mak selalu kata yang mak tak kisah bekerja keras sekarang sebab mak yakin nanti aku akan beri dia kesenangan. mak selalu menagih untuk aku beli kereta besar dan bawa dia jalan-jalan. mak juga nak merasa duduk di rumah besar aku.mak nak tunjuk pada orang sekeliling yang dia juga ada anak yang berjaya macam anak orang lain.
mak jangan pergi dulu sebelum adik dapat kotakan semua janji adik pada mak.bila adik banyak duit nanti, mak tak payah susah payah bangun pukul 4 pagi nak buat nasi lemak, masak mee,pergi kedai tebar roti canai. mak duduk sahaja di rumah.adik tahu mak penat.jadi, izinkan adik sempat untuk memenatkan diri adik untuk mak pula. tapi mak, sekarang adik tak reti.adik rasa belum masa lagi. jadi mak tunggu ya.jangan tinggalkan adik.kalau mak nak pergi, bawa adik pergi sekali.walau jauh mana pun, adik nak ikut.adik takut sorang-sorang kat sini.tolonglah mak!
entry ni terbaik!
ReplyDeletesangat sedih bila baca..
hampir sja menangis!!
utg mak kau ada anak macam kau :)
ili: aku rindu akan beliau.
ReplyDelete3G lah dengan mak.
ReplyDeleteececeh, dah ada tag tag dah ~
hai aimi: frst of all, damn thax to aimi cz DIA yang ajar meng-tag ni.mak tak ret 3G.beliau kata.beliau pakai hp tok telefon orang n terima orang telefon.lagi cas handphone.
ReplyDelete