bila ucu merepek...


hari ini...
mentari kian menyembunyi
adakah aku akan menerima sinarnya kembali?
bibirku mula mengalun bisikan kecil.
dosa semalam belum terkikis.
tambah pula jijiknya hari ini.
ingin aq melewati semua benua dimuka bumi.
mneroka setiap inci keinsafan.
merobek kekilafan yang bersemadi dalam benak.
namun aq lemah,aq goyah.
menelusuri badai yang aq bawa sebagai panji kehidupan.
aq bingung.
adakah ia lurus atau kusut ianya...
ketakutan kian menyelubungiku.
namun kegooanku membatasi segalanya.
bertahta seperti dia mengepalai.
tonggak ini aku junjung kemana..
aq semakin hanyut..
hanyut dan hanyut.
kini aq terkapai.
melambai longlai mahu pertolongan.
lolongan ku hari ini kesepian.
sambutan tangan yang dulu beriya menggapaiku,
hari ini menjauh dariku.
satu epilog kah ini?
aq meniti keseorangan.
terpapah oleh kudratku.
terlusur keseorangan..
benakku menari kekontangan.
jiwaku merintih kegembiraan.
namun apakah ini semuanya?
apa yang terjadi padaku?
sesat kah?
kaburkah?
atau hilang?
aq cuba melolong...
kuat,kuat dan kuat lagi..
tolooooooooooooooong!!
aliran deras kian membasahi pipiku,
esakan si anak kecil ini mula merengek..
dinding disandarkan kekecewaan..
aq lihat ada tangga dihujung sana..
aq gagahkan melangkah..
inilah keputusan terbaikku...
terjunnanku melayang...
sekonyong itu,aq tersedar dari lena....
berangan rupanya aq...
ish....ish...ish...
penat sja melayan perasaan...
nice readg

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc