ceritera untuk mak!!!


By ucu jiji



**Cerita ini tiada kaitan dan sangkut paut dengan sesiapa antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Watak dan penggunaan nama yang sama dalam cerpen ini adalah tidah disengajakan.




















“Apabila seruan memanggil namaku,aku tidak lagi mampu untuk berkata tidak. Lebihan pula aku sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. Kemahuan yang aku impikan selama ini untuk mengerjakan ibadah haji kini menjengahku. Harta,anak-anak,saudara-mara serta jiran tetangga terpaksa aku pisahkan walau untuk seketika cuma. Namun fikiranku celaru. Aku bimbang untuk meninggalkan pusara arwah suamiku yang senantiasa aku jaga. Kebiasaannya setiap hari jumaat aku akan bertandang ke sana membawa bekalan untuknya. Aku pasti sekiranya aku di bumi makkah nanti aku tidak lagi dapat menemani suamiku namun aku lebih yakin untuk berdoa untuk arwah. Begitu juga untuk keluargaku dan sahabat-sahabatku.”

Rintihan hati Ayuni mendesing kalbunya tatkala dia sedang termangu dijendela menunggu masuknnya solat zohor. Kesepian yang melanda dirinya membuatkan dia sering termenung sedemikian. Semenjak suaminya meninggal dunia 6 bulan yang lepas begitulah rutin hariannya. Hidupnnya tidak lagi segagah menara impian seorang wanita. Sememangnya dahulu Ayuni terkenal dengan sikap yang cekal dan tabah dalam kalangan rakannya. Namun,walau badai yang menimpa dirinya,Ayuni tetap sabar dalam menempuh segala mihnah dan cabaran.Ayuni mempunyai 3 orang cahayamata – 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Namun,kedewasaan dan kesibukan mereka seakan memisahkan mereka. 2 orang anak lelakinya sudah mendirikan rumah tangga dan kini sudah juga mempunyai cahaya mata masing-masing. Yang kerap menemani Ayuni adalah anak perermpuannya. Itupun hanya seminggu sekali beliau menjengah Ayuni. Sekiranya sibuk dengan kerja,tidak pulanglah jawabnya. Namun,Ayuni tetap bersyukur kerana anak-anak masih mengingatinya. Mereka akan bank-in duit untuk perbelanjaanku setiap bulan. Terima kasih anakku.

Titisan air yang mengalir dari kepala pili aku sapu rata di muka. Aku bentang tikar sejadah. Aku sarung kain telekung. Aku tunduk. “assalamualaikum warahmatullah”. Sekonyong itu, air mataku menitis mengalir lesu di pipiku. Aku dapat rasakan ada yang mengajakku. Namun aku tidak tahu kemana dan untuk apa. Kotak fikiranku terus menerus berfikir. Hari demi hari berlalu seperti kebiasaannya. Namun hari ni berlalu dengan penuh kejutan. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Suara di hujung talian itu amat menarik perhatianku untuk mengetahui apa berita yang akan disampaikan. Akhirnya namaku telah tersnarai sebagai salah seorang jemaah haji untuk tahun ini. Hatiku melonjak kesyukuran. Tidak dapat rasanya untuk digambarkan betapa gembiranya aku pada saat itu. Sejurus dari itu,segala kelengkapan aku persiapkan. Di luar pengetahuanku,anak sulongku telah menghidap kencing manis. Kondisinya amat membimbangkan pada waktu ini. Aku cuba untuk menyampaikan berita bahawa namaku tersenarai dalam jemaah haji pada tahun ini kepada anak- anakkku dengan keadan yang gembira. Setahunya mereka tentangberitaku itu,mereka mengukir senyuman tanda setuju dengan keputusan itu.

Persiapan dari segi fizikal,mental,wang ringgit dan lain-lain telah aku persiapkan selengkapnya. Kini telah tiba hari untuk aku berangkat ke bumi makkah. Sanak saudara serta beberapa orang jiran telah mengiringiku pergi kelapangan terbang. LAPANGAN TERBANG SENAI JOHOR BAHARU akan menyaksikan detik bersejarah untuk aku terbang paling jauh dalam hidupku. Lapangan terbang yang popular di negeri Johor ini akan membawa aku bersama jemaah haji yang lain berlepas ke negara yang jauh beberapa minit lagi. Rasa terharu apabila melihat semua orang yang aku sayangi berkumpul di depan mataku saat ini. “kalaulah suamiku ada,sudah tentu dia ada di sini ataupun kami pergi bersama mengerjakan ibadah ini” tiba-tiba benakku meruntun. Pada saat ini,tiada kata-kata yang aku lafazkan hanya kata maaf kepada mereka yang ada di situ. Aku akan terbang jauh. Takut kalau tiada masa yang panjang untuk menemukan aku dengan mereka semua. Juraian air mata terus membasahi pipiku. Aku tidak lagi mampu menahan sebaknya. Pelukan erat aku lakukan satu persatu kepada anak dan saudaraku yang lain. Namun apabila aku memeluk along,dia seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukanku dan tidak merelakan pemergainku. Seraya itu aku berkata: “sabarlah nak. Mak pergi sekejap sahaja. Nanti baliklah mak. Abang tunggu ya.” Along tidak mampu untuk berkata dan hanya mampu menangis sahaja. Salaman dan ciuman tangan yang dilakukan along cukup menimbulkan seribu kemaafan dihatinya. Juraian air mata membasahi telapak tanganku. Mahu tidak mahu, aku terpaksa meninggalkan mereka. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi, kapal terbangku akan berlepas. Aku diarahkan untuk bersedia. Kini, aku terpaksa berada jauh dan hanya mampu melambai tangan dari ruangan kaca. Aku dapat lihat,semua orang melambai tangan ke arah saudara mereka dengan penuh senyuman namun berbeza dengan aku. Lambaian tanganku diiringi dengan juraian air mata. Aku tidak mengerti namun aku gagahkan langkah jua. Niatku satu. Beribadat di sana.

Kini aku sudah tiba. Tempat inilah yang aku idam-idamkan selama ini. Namun, apakah khabar anak-anakku di Malaysia?

***

“Abang,mak mesti sudah sampai di sana kan?” tanya ringkas Azwin anak bongsu Ayuni kepada abang sulongnya.

Mereka berborak sungguh lama hari ini. Rasanya segala cerita dan khabar mahu digali sahaja. Seperti biasalah jika saudara yang sudah lama tidak ketemu. Panjang ceritanya.

“Adik boleh berjanji dengan abang suatu perkara?” sekonyong-konyong dalam perbualan itu,abang long bernada rendah seperti ada sesuatu yang hendak dikhabarkan.

“Apa bang? Cakap sahaja. Jika adik mampu,adik akan laksanakan. Adik juga manusia biasa seperti abang juga.” Jawab Azwin ringkas.

“Sebenarnya,sudah lama abang simpan rahsia ini. Andai ada yang terjadi pada abang,jangan sesekali kamu semua berpecah. Andai juga perkara ini terjadi sebelum mak pulang dari makkah,jangan sesekali kamu khabarkan padanya. Takut pula ibadahnya terganggu nanti. Janji?” permintaan abang long sunnguh beriya.

“Tapi apa yang abang long cuba sampaikan?” pertanyaan Azwin cukup menunjukkan dia masih dalam kekaburan.

“Ring......ring....ring...” deringan itu memecah kesunyian di halaman depan rumah Ayuni.

“Ya hello. Siapa di sana?” jawab abang ngah biasa.

“Mak!!!Alhamdulillah...Along,Adik,mak call ni. Dia dah sampai katanya.” Panggilan angah membuatkan Azwin dan alongnya berpandangan satu sama lain. Tatapan mata mereka terkaku sebentar. Penuh dengan tanda tanya.

“Apa mungkin mak mengetahui apa yang kami bincangkan?”

“Adakah aku sudah melakukan dosa saat ini?”

“Adakah wajar andainya aku terus merahsiakan hal ini?”

Angah menghampiri kami. Menyampaikan salam mak yang didengarinya sebentar tadi.

“Apa kena dengan kamu berdua ni? Semacam baru nampak hantu saja?” tanya angah agak melucukan kononnya.

“Mak kirim salam tadi. Dia cakap dah sampai kat sana.” Terang angah.

“Ada apa lagi yang mak pesan?” tanya along tergamam.

“Tak.” Jawab angah ringkas.

“Kenapa lah dengan kau orang ni. Dah lah, aku nak keluar ni. Ada apa yang nak dikirim?” angah bertanya sambil berlalu mencapai kunci di dinding sebelah pintu rumah.

Hari itu berlalu dengan penuh kekecewaan buat anak sulong Ayuni. Manakala,Azwani masih lagi tercari apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh abangnya sebentar tadi. Cerita tadi tergantung dek panggilan mak. Agaknya kapan cerita itu bertemu dengan kesinambungan yang sebenar. Along terus keluar dan duduk di ruang tamu keseorangan. Azwani tidak mahu mengganggu abangnya lalu dia pergi ke dapur untuk menolong kak long menyediakan makanan tengahari. Sambil dia berlalu dia terlihat akan kak ngah yang sedang menidurkan anak-anaknya dan anak-anak kak long. Dari reaksi itu, Azwani tahu betapa kuatnya kasih sayang yang ada pada kak ngah. Dia berdoa agar dia akan berperilaku sedemikian sekiranya waktunya tiba. Azwani yang menjadikan ibunya sebagai pendorong hidup sentiasa berimpikan agar dia akan memliki keluarga yang bahagia. Dia cuba untuk mendalami bagaimana kasih sayang itu tercolet dengan hubungan kerena dia masih lagi belum ketemu dengan perhubungan sejati.

Imbauan kisah silam menjelma kembali. Di zaman persekolahannya yang penuh dengan suka duka. Ketika itu, Azwani berkenalan dengan Zack anak orang kaya kampung. Bapanya merupakan orang ternama di kampung kami kerana memiliki beratus ekar tanah. Semua orang kampung menyanjungi bapa Zack lebihan dia adalah seorang dermawan namun sedih kerana dermanya itu dijadikan platform untuk namanya disanjungi bukan kerana keikhlasan. Boleh dikatakan mereka begitu intim. Namun segalanya musnah apabila suatu malam Zack mengajak Azwani keluar. Hanya ajakan untuk membelanja Azwani minum dan bersembang dengan rakan-rakan yang lain. Jam menunjukkan sudah pukul 11 malam. Kebimbangan Azwani takut dmarahi mak diluahkan kepada Zack. Sikap sambil lewa Zack dengan tidak menghiraukan kata-kata Azwani. Gelak tawa mereka terus menyerikan suasana yang sedia dengan lampu neon yang terpasang di warung tepi jalan itu. Jam semakin lewat. Dari detik demi detik kerisauan menyelubungi diri Azwani. Dia risau nanti dia dimarahi oleh mak dan abangnya. Rasa berdosa kerana dia telah berbohong kepada maknya kerana hendak ke rumah kawan membuat ulangkaji pelajaran. Penipuan ini terpaksa dibuat kerana Azwani bimbang andainya dia berterus terang,dia tidak akan dibenarkan untuk menyertai kegiatan malam itu.

“Zack, jom lah hantar aku pulang.” Pujuk Azwani kebimbangan.

“Kejap lagi ya sayang.” Suara Zack lembut kerana dia bimbang rakannya mendengar perbualan mereka.

Sejurus itu, Zack menghulurkan segelas air. Katanya sehabis sahaj air yang diberikan itu,dia akan menghantarku pulang. Anggapanku yang suci terhadap hubungan kami membuatkan aku meminum air tersebut tanpa ragu. Lebihan lagi kepercayaanku pada Zack sungguh menebal. Mataku kian kabur. Makin kabur dan aku terlelap. Sejak dari malam itu,aku bernekad untuk melupakan Zack. Mahligai wanita yang aku bela selama ini, dia robek dengan rakus bersama rakannya yang lain. Kepercayaan yang aku genggam selama ini terhadap Zack rupa-rupanya memakan diriku sendiri. Walaupun perkara itu sudah lama berkubu didalam hiduku, ia masih lagi segar dalam ingatanku. Membuatkan aku menjadi takut untuk membina perhubungan dengan sesiapa sahaja. Meskipun kini aku sudah mempunyai tunang. Itupun mak yang menetapkan segalanya. Jika diikutkan dengan hatiku, aku membenci mereka yang bernama lelaki. Azwani mengesat air mata yang mengalir di pipinya dengan gumpalan tisu yang ada di tangannya. Terus melangkah ke dapur untuk menjengah kak long.

Sementara itu, abang long yang duduk keseorangan di ruangan depan rumah maish lagi dengan menungannya. Dari satu ke satu masalah yang menimpanya. Namun dia tetap tabah dengan segala ujian yang diberikan. Tiada seorang pun yang tahu akan penyakitnya. Kini, dia baru shaja ditipu oleh seorang rakan. Mereka telah membuat persetujuan untuk menjayakan sebuah perniagaan dibandar. Untuk memulaka perniagaan,mereka memerlukan pendahuluan yang cukup banyak. Atas dasar kemahuan dan sikap manusia,abang long telah menggadaikan tanah peninggalan arwah ayah yang diberikan kepadanya. Namun,tanpa disangka wang itu lesap begitu sahaja. Bakal rakan kongsi perniagaan itu telah hilang. Ada yang kata dia telah keluar negara ketika ini. Dengan sikap sabar dan reda,abang long tidak menghebohkan perkara ini. Abang long memang terkenal dengan sikap sedemikian. Mungkin juga kerana itu,dia mudah untuk ditipu. Namun,abang long menganggap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Segala yang terjadi hanya menjadi pedoman kepadanya. Dia berserah segalanya kepada yang maha kuasa. Walaubagaimanapun,abang long merupakan manusia biasa yang tidak lepas daripada sikap lemah dan kecewa. Sesekali tika waktu bersendirian, dia merintih dengan linangan air mata.

“Ya ALLAH...tolonglah hambamu ini. Bantulah. Tunjukkan aku kejalan yang benar. Berikanlah aku kekuatan sepanjang hidupku. Aku mohon ya ALLAH,kau berikannlah sinar hidayah pada keluargaku. Kau jadikanlah kami sentiasa bersatu walau dalam apa jua rintangan dan dugaan. Andai sudah tiba saat untuk kau mencabut nyawaku,aku reda ya ALLAH. Namun aku mohon,kau berikanlah kesempatan untuk aku memohon ampun dengan semua orang khususnya ibu yang melahirkan aku ya ALLAH. Sesungguhnya banyak dosa dan maksiat yang aku lakukan ya ALLAH..”

Sudah hampir seminggu kami di rumah mak dan hari ini, kami semua terpaksa pulang kerumah masing-masing kerana waktu cuti yang diberikan kepada kami hampir ke hujungnya. Abang long pulang ke Johor Baharu,abang ngah pulang ke Kuala lumpur dan aku ke Pasir Gudang. Masing-masing memulakan kehidupan seperti biasa. Aku yang setiap minggu akan pulang tidak akan pulang utuk sebulan ini. Mak tiada di rumah dan aku berpendapat tiada yang perlu aku risaukan. Lebihan pula,kunci rumah aku sudah serahkan dengan jiran kami. Kalau ada apa-apa berita mereka akan menelefonku.

Dalam perjalanan pulang abang ngah ke Kuala Lumpur,jalan raya pada ketika itu sangat sesak. Ada mungkin semua sepakat untuk pulang ke kampung halaman mereka agaknya. Seperti biasa,abang ngah memacu Proton Waja meahnya terus laju melewati lebuhraya. Jam di tangan sudah hampir pukul 10 malam. Kenderaan masih lagi berpusu-pusu menuju ke bandar. Oleh kerana kelewahan yang taramat dirasai abang ngah mengambil keputusan selamat untuk berehat di sebuah perhentian di lebuhraya tersebut. Tidak ramai yang akan mengambil langkah itu kerana semua pemandu hanya memikirkan untuk cepat sampai sahaja. Kereta diparking,handbrack ditarik dan abang ngah memaaringkan kerusinya untuk berehat. Begitu juga isteri yang sedang memangku anak kecilnya. Dalam kelewahan dia tertidur,abang ngah tersentak dengan bunyi bising di luar kenderaan. Dia terjaga dan terus bangun dari lena. Kepalanya tengintai-ngintai keadaan di luar. Ingin mengetahui apa yang terjadi. Melihat isteri dan anaknya yang sedang lena di sebelahnya,dia tidak tega untuk mengejut mereka. Abang ngah mengambil keputusan untuk bertindak bersendirian. Perlahan dia membuka pintu dan keluar dari kereta. Tatkala kaki mencecak ke atas tar turapan abang ngah melihat sekumpulan pemuda yang berjubah dan bertelekung putih sedang meratapi sesuatu dengan tangisan. Abang ngah mendekati mereka. Dia cuba untuk bertanya soalan. Apabila lontaran suara abang ngah menghimpit tangisan mereka,serentak mereka melihat abang ngah yang tidak jauh daripada mereka. Abang ngah terpaku. Lidahnya terkelu. Lelaki dan wanita yang berbaju lengkap putih itu semuanya berwajah keluarga dan sahabat serta jiran tetangga di kampung. Abang ngah menjerit sekuatnya dan meminta tolong. Dia terus membuka langkah dan cuba untuk memasuki kereta. Tiba-tiba ada seseorang yang memegang dan mengoncang bahu abang ngah. Abang ngah terkejut. Barulah dia sedar bahawa dia sedang bermimpi. Isterinya yang mengejut. Anak sedang menangis kehausan agaknya.

“Kenapa dengan abang ni”? tanya isteri abang ngah kecemasan.

“Maaf, abang bermimpi.” Menjawab sambil mengesat peluh yang membasahi dahinya.

“Dah lah bang,kita subuh dahulu ya. Nanti boleh sambung perjalanan. Tak kanlah nak sambung tidur sampai tengah hari?” sendanya mengukir senyuman abang ngah.

Namun abang ngah tetap berfikir apa sebenarnya alamat daripada mimpi itu. Langkahnya ke surau perhentian itu longlai. Otak dan fikirannya sedang berputar lese untuk memecah kebuntuan persoalan itu. Selesai solat, abang ngah berdoa agar mimpi tadi tidak memberikan perkara-perkara yang buruk berlaku. Abang ngah akur dengan segala yang berlaku. Dia tahu ALLAH maha adil dan setiap yang ditentukan itu perlu diterima dengan tangan terbuka. Perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan. Abang ngah perlu lekas kerana bimbang waktu kerjanya terlewat pula. Seperti biasa,hari pertama selepas cuti memang sedikit serabut. Oleh itu, dia perlu lekas pulang ke rumah untuk bersiap.

Hari ini sudah genap 2 minggu mak pergi ke bumi makkah. Rasa rindu pula pada mak. Azwin membuat keputusan untuk menelefon mak. Dalam hujung talian, mak asik bertanya pasal kedua abanya. Tentang diriku,tidak dicoretkan dalam persoalannya. Ada mungkin kerana aku yang meelefonnya. Mungkin mak sangka aku yang paling sihat antara kami sekeluarga. Kebimbangan mak pada abang long mengingatkan aku tentang kisahnya yang separuh jalan diceritakan pada aku tempoh hari. Mak meluahkan rasa bimbang terhadap abang long kerana dia dapat merasakan kejauhan antara mereka. Aku cuba menasihati mak supaya jangan risau kerana jarak kita semua sedang jauh bukan jarak mak dan abng long sahaja. Ketawa kecil antara kami. Aku sempat memesan sepasang jubah daripada mekkah. Sebagai kenang-kenagan lah hendaknya. Sebelum aku menamatkan talian,mak berpesan suapaya menjaga solatku dan menyampaikan salam kepada saudara yang lain serta doakan ibadahnya selamat dijalankan dengan mudah. Walau sekejap aku dapat berbual dengannya tetapi aku sudah cukup untuk aku luahkan perasaan rinduku padanya.

Sejurus aku meletakkan ganggang telefon,deringan telefonku berbunyi mengejutku dari lamunan yang sedang memikirkan kondisi mak di sana. Aku dapat rasakan bahawa jantungku baru sahaja seperti dihentak oleh tukul besi kuku kambing. Sakitnya hanya orang yang kena sahaja yang mengetahui. Berita dari kak long mengkhabarkan bahawa abang long sedang dimasukkan ke wad kecemasan kerana kudis di kakinya semakin merebak. Akak long juga tidak tahu sebabnya dan sedang menunggu pengesahan doktor. Aku mula merasa pelik. Luka aku pernah lihat d kaki abang long itu mungkin yang dimaksudkan dengan kak long. Aku terus bergelumang dengan persoalan. Aku bergegas untuk terus ke Hospital Sultanah Aminah dimana tempat abang long dirawat. Dalam perjalanan itu, aku sempatkan diri untuk menelefon abang ngah. Dia memohon maaf kerana kemungkinan dia sampai lewat kerana kesibukannya dengan tugasan. Tidak mengapalah. Kehadirku sudah cukup untuk memberi semangat kepada abang long. Aku tahu abang ngah bukan sengaja bersikap demikian. Aku sudah mengenali abang ngah lama. Aku cuba membentukkan fikiranku ke arah positif.

“Ah, aku tak patut berfikiran demikian. Dia kan abang aku juga. Lebihan lagi dia sudah berjanji untuk pulang walupun lewat.” Penyesalan dalam diri Azwani merintih, menumpaskan perasaan sedihnya.

Dalam pecutan abang ngah beristighfar. Hatinya begitu terharu. Tidak menyangka perkara seperti ini terjadi kepada abang longnya. Mengapa dia tidak mengetahui perkara ini berlaku kepada abangnya. Dia mula menyalahkan dirinya kerana tidak mengambil berat tentang keluarganya. Merasa malu kerana berita ini dapat diketahui dahulu oleh adiknya. Tambahan pula,adiknya yang mengkhabarkan padanya. Namun di saat genting ini, kak long pasti dalam keadaan cemas. Jadi tidak mustahillah jika kak long memberitahu yang dekat dahulu. Apa yang penting khabar ini diketahui olehku. Adakah ini suatu ironi?

Abang long terpaksa dibawa pulang kerumah kerana keadaan yang sudah kronik. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa lagi untuk menyelamatkan abang long. Hanya berserah pada takdir. Ketika dirumah,abang long diziarahi oleh jiran tetangga. Perasaan simapati menyelubungi diri semua jiran melihat keadaan abang long yang hanya tinggal menemui ajal sahaja. Tidak mampu untuk berkata apa,hanya terlantar di atas kerusi malas yang uzur. Kata-kata yang dilontarkan abang long kurang jelas untuk didengari serta gerak gerinya tidak selincah dahulu. Hari beransur malam. Keheningan malam ini menusuk sehingga ke tulang. Namun aku bingung sebingungnya. Abang long mengadu kepanasan dan kehausan. Aku hulurkan secawan air masak padanya. Lemparan senyuman yang diberikan memberi seribu isyarat padaku bahawa abang long cukup berterima kasih padaku. Tiba-tiba gelas yang digenggam abang long terhempas ke bumi. Tolehan kami sekeluarga tepat ke arah abang long. Wajahnya pucat dan sedang tercungap-cungap seperti meminta bantuan. Hanya pekikan nama maha pencipta yang bertutur di bibirnya. Linangan air mata terus merajai ahli keluarga kami. Abang ngah terus bertindak dengan membawa abang long ke hospital yang berhampiran. Namun abang long lebih disayangiNYA. Kini kami telah kehilangan abang sulong kami. Dia pergi kerana penderitaan penyakitnya dan masalah yang tidak pernah dikongsikan bersama kami sekeluarga. Amanat supaya tidak memberitahu mak tentang kejadian ini aku sampaikan pada ahli keluarga yang lain. Abang long selamat dikebumikan pada keesokan harinya. Aku tidak dapat bayangkan tika saat mak bertanya tentang abang long waktu dia pulang nanti.

“Mana abang long kau. Mak sudah lama ingin berjumpa dengannya. Mak ada belikan jubah dari sana. Mak tahu dia akan suka dengan hadiah mak ni. Masa mak mahu berangkat ke sana dia tidak mahu lepaskan mak,sekarang mak dah selamat pulang. Mak nak jumpa dan nyatakan kejayaan mak pulang ni. Mana abang long kau ni? Mak tak sabar nak jumpa dengannya. Kalau mak jumpa dia,mak nak peluk dia kuat-kua seperti sebelum mak pergi ke mekkah dilu. Dia peluk mak kuat. Hampir tak bernafas mak dibuatnya.”

Apa mungkin madah itu yang mak akan alunkan? Adakah ini akan menjadi suatu sejarah dalam hidup mak? Terasa bersalah dan berdosa. Namun aku memegang amanah yang disampaikan abang long kepadaku. Aku tidak berniat untuk menipu atau menderhaka kepada mak. Bukan itu niat dan maksudku.

Hari demi terus berlalu. Masa tidak pernah menunggu sesiapa. Juga tiada sejarah di dunia ini lagi yang mencatat sejarah tentang kejayaan manusia menentang arus masa ataupun kembali ke zaman lampau. Disebabkan fakta yang sudah tidak mampu untuk disangkal itu, hari ini mak akan pulang ke Malaysia. Perasaan kami sekeluarga kini bercampur baur dan sedang bergelumang dengan pelbagai sangkaan. Ketibaan mak di lapangan terbang kami sambut sesederhanya. Mak melemparkan senyuman yang bersungguh-sungguh. Keceriaan hati mak memang tidak mampu dan tidak akan kami putar dengan berita duka. Lakonan yang hebat terpaksa kami mainkan pada hari itu. Mengukir senyuman,berbual khabar gembira. Mak tak sabar-sabar untuk pulang kerumah gayanya. Kepulagan kami kerumah selamat. Sepanjang perjalanan mak bersikap pasif. Tiada kata yang dilontarkan. Bibrnya digerakkan mengalunkan zikir di hati. Jari-jemari mak menghitung sesuatu. Setibanya dirumah mak disambut dengan salaman dari jiran tetangga.

Kenduri kesyukuran diadakan malam itu. Mak seakan mencari sesuatu. Wajah mak tiba-tiba bertukar reaksi.

“Sampai hati abang long tak datang. Dari petang, mak tidak lihat pun batang hidungnya.” Suara mak menembusi keriuhan bualan diruangan jamuan makan malam itu. Semua hadirin melihat wajah mak. “Apa mungkin ini waktu yang sesuai untuk aku khabarkan pada mak”bisik hatiku bersendirian. Sejurus itu, abang ngah datang dekat padaku. Membisikkan sesuatu. Abang ngah tidak membenarkan aku membuka mulut pada malam ini. Takut ada sesuatu yang tidak diingini terjadi. Waktu semakin beransur malam. Tetamu yang datang kini semakin surut berkurangan. Malam ini aku,abang ngah bersama isterinya berbual panjang dengan mak. Gelak, tawa serta tangisan mengiringi perbualan kami.

Jendela hari ini membuka tirainya. Aku tahu hari ini akan menjadi sejarah untuk aku,abang ngah dan tentu juga mak. Di keheningan pagi selepas solet subuh mak sudah menyuruh aku menelefon abang long agar pulang ke rumah. Mak tahu dia sibuk dengan kerjanya. Pandangan mataku terus menular mencari abang ngah. Abang ngah mengangkat tangannya memberi isyarat supaya aku sabar dahulu. Hati ku meronta kesakitan. Tidak tega aku bermadah lagi. Sepertinya aku sedang mempermainkan mak. Aku mengajak mak menyantap bersarapan pagi. Mentari kemurungan kian menjengah seluruh makhluk. Tika itu,soalan mak terpacu lagi di bibirnya. Aku,abang ngah membuat keputusan untuk menghentikan sandiwara ini. Latar muzik kegembiraan yang didendangkan oleh mak sejak dia pulang kini bertukar. Mak tergamam. Badannya longlai. Perasaan tidak percaya terus menerus menyelubungi diri mak. Dengan perlahan dan tenang mak meminta untuk membawanya ke teratak abang long berada kini. Saat itu, mak langsung tidak mengalirkan air matanya yang sedia bergenang di kelopak matanya. Alunan istighfar terus meniti di bibir mak. Setibanya di tanah perkuburan aku dan abang ngah mengiringi perjalanan mak. Mak seakan orang yang sudah tidak punya tenaga lagi. Dia longlai dan lemah. Pusara arwah dihadapan mak. Mak terduduk. Tadahan tangan diiringi alunan al-fatihah hanya mampu mak lakukan.

“Apa sebenarnya yang berlaku sepanjang mak tiada dik?” soalan mak menerpa mindaku yang seakan kosong pada waktu itu.

Aku tidak lagi mampu untuk berkata apa hanya gugusan maaf dilafazkan. Aku menghulurkan sebuah buku. Didalamnya tergaris segalanya. Anda juga sedang membacanya. Inilah isi dan segala nota yang tercatat sepanjang ketiadaan mak ketika mengerjakan ibadah haji di kota mekkah. Sejuta kosa kata maaf aku bungkuskan untuk diberikan pada mak. Percayalah,bukan niat aku untuk berperilaku sedemikian. Maaf mak...moga arwah abang long dicucuri rahmat ILLAHI.

SELESAI-

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan