"Bang ... harga ni berapa?"
Semalam adalah hari yang memenatkan. Kami mengambil keputusan memakirkan kereta di stesen LRT berdekatan dan pergi ke bandaraya menggunakan perkhidmatan awam.Tujuannya, menghabiskan wang ringgit untuk lebaran.
Selain daripada perlu memberikan "angpow" pada anak-anak buah, aku juga turut memaknakan status diri sebagai pekerja dengan baju baru. Tahun sebelum ni pun beli sendiri tapi guna duit tajaan belajar. Jadi kali ini, rasanya sedikit berbeza.
Sampai.
Keadaannya sedikit serabut. Ramainya warga menjinjit beg² plastik berisi kain, ke hulur dan ke hilir. Hebat semuanya. Gambaran yang cukup jelas untuk takrifkan kegembiraan Ramadan dan Syawal yang mendatang.
Aku tawaf kawasan tu. Apa yang aku sedar, keakraban rakyat juga nyata. Masing-masing bersentuh tanpa diduga. Maka pahala puasa kuruslah serta merta. Allah....
Sampai di satu kedai menjual songkok.
"Ha ... masuk bang. Songkok murah² bang." Seorang penjual lelaki menyeru.
"Berapa ni bang?" Sengaja aku tanya walaupun dah nampak harga dekat situ.
"RM65 bang. Last kita bagi abang RM60."
"Tak boleh kurang lagi bang?"
"Habis kurang dah tu bang. Nak kurang lagi, tak untung lah saya," katanya.
Sedangkan kedai tadi, kedai songkok juga, aku dipelawa dengan harga RM50 untuk songkok yang sama, bentuk yang sama, material yang sama.
"Tak apalah bang. Terima kasih." Aku berlalu.
"Hoi, kalau tak nak beli tak payahlah tanya harga. Buat penat aku je, puasa² ni!" Dia terus membebel marah.
Panjang bebelan lelaki tu. Ada sambungan perkataan² amarah walaupun aku aku sudah berlalu dari tempatnya mencari rezeki.
Dalam hati aku, 'kalau tak boleh nak tanya harga, tak boleh minta tawar, baik jual songkok ni dekat "drive-thru" je.'
SHAME ON YOU.
Moga aktiviti perniagaan yang dianggap sunnah ini akan terus menjanjikan pahala dan kemewahan rezeki untukmu, wahai abang penjual songkok.
Mahalnya harga sebuah songkok.k tak tahu sesuai ke tak perkataan 'sebuah' untuk songkok..heeee
ReplyDeleteBtw sy duduk kmpung songkok baru rm 30...cantik..dan material okay aje..
Haishhh mahal betuii barang2 skrg ni..
Hatta songkok yg kita nak gunakan untuk solat...hmmmm