Dak-dak Habis Belajar
Oh ... sebenarnya menghitung hari melabuhkan tirai sebagai seorang PELAJAR PRAKTIKAL. Ya, dalam kenangan, seronoknya!
Bila nak ada kereta? Bila nak ade isteri? Bila pula nak lambung-lambung anak sendiri? Aku yakin yang ini bukan desakan nafsu semata-mata. Ya ... ini tanda aku semakin matang berfikir. Gitu! Ala, kawan-kawan dan bersolek atas pelamin, takkanlah nak bagi aku tonton saja? Bagi aku peluang realiti, please!
Bila berbicara tentang harta, kawen dan sebagainya ... aku tertarik nak mengheret diri aku ke satu masalah lain yang lagi kritikal daripada segala macam. Masalah yang mendesak seorang bakal graduan universiti.
Siapa kata belajar tinggi-tinggi akan dapat kerja senang? Bak meh percentage graduan lepasan degree, sekarang dah boleh pakai Honda JAZZ, yang macam aku impikan? Kalau lebih 75 peratus, aku setuju dengan kenyataan "belajar tinggi, hidup senang".
Walaupun aku tak pandai Math, tapi sempat juga aku kira-kira hutang lepas bergelar graduan ni. PTPTN Diploma & Degree? Rumah sewa, bayar kereta, motor yang tak habis bayar lagi ni, dan .. dan ... dan...? Ha... kira ah sendiri!
Tapi .. relakslah! Kan baru habis praktikal. Buat semak fikir masa depan. Bukannya tua lagi, baru saja berkenalan dengan usia 24 kan? Aah ... masa enjoy ade lagi balance 60 peratus untuk diperuntukkan.
Aah .. kau relakslah sampai 60. Baru cukup 100 peratus masa enjoy tu. Elok, terus enjoy atas tikar sejadah. :) Bye ... aku kena siapkan repot praktikal. Sebenarnya masih dalam kawal selia pihak universiti. Acah dan ade degree lah kau!!!
Comments
Post a Comment