AYAH BUKAN ABAHKU

Sengaja aku labelkan diriku sebagai anak derhaka. Manakan tidak ... aku dapat rasakan yang aku menyonsang arah daripada kebatilan dan kezahiran - aku tak tahu apa yang aku nak sampaikan. Cuma membiarkan tarian jari bergerak pantas di papan kekunci komputer ini. Lenguh juga menggayakan, anak kampung yang tak lahir dengan gajet - aku. 

AYAH- baru sahaja aku mengedit sebuah cerpen tentangnya. Ya, bait dan setiap makian dalam aksara itu sangat menembak tepat pada lorong hati. Membuatkan aku terpaku dalam lamun, 'Apakah benar aku ini anak tak guna? Membiarkan sahaja yang sonsang terus menyimpang?'
            "Mengutamakan pencarian harta dunia berbanding harta ukhrawi." Sedikit komentar penulis dalam sulaman cerpennya, aku teladani. Tambahnya lagi, "Masa itu nanti tidak perlu berdoa ... tidak perlu bertafakur. Bukan apa-apa, sebab ribut yang datang tahu programnya sendiri." Tersentak aku, memaku.

RIBUT - aku mengerti apa-apa yang penulis katakan. Pernah saja ustazah dan ustaz masa sekolah dulu memerahkan otakku untuk ajaran kala bumi jadi rata. Gunung-ganang rupa tiada, manusia semuanya berpakaian tidak. Berkumpul menanti perkara yang sama - pembalasan. Oh, gerunnya waktu itu! Sedang aku bukan manusia mumaiz, aku diserapi dengan ilmu mengimbangi pahala dan dosa. Terima kasih untuk bekalan.

Apa yang aku harapkan, cemuhan penulis tiada kaitan dengan abah. Aku yakin yang abah di bawah lindungan-Nya. Tapi ... ayah dan abah hampir sama. Waktu usia menitip dalam urat-urat konkritnya, abah masih paksa gagah dirinya bertapa di warung jualannya. Masih pulang ke rumah sedang matahari menyorok bersembunyi. Masih ... masih ... dan masih.

AYAH dan ABAH - memang sama ... aku menyeka titisan air mata masa itu. Penulis memaksa aku memahami asbab dan alasan mengapa ayah memaksa gagah mencari suapan-suapan rezeki kala usianya dipanggil zaman kekal. Bukan hatiku keras persis batu, cuma aku ego akan rakan-rakan lain untuk melelehkan air mata. 
          Kata penulis, abah cari duit untuk merasai titik peluhnya sendiri buat ke tanah suci. Sebab banyak duit habis untuk memastikan anak-anak cukup pakai makan, masa menyambung pelajaran. Waktu usia beginilah baru abah berpeluang kumpul duit untuk bekalan tersebut. Selama ini abah fokus pada anak-anak di universiti. 

"OH!!!"


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc