terbalik sudah!

seekeor kucing sedang tidur dengan gayanya yang tergolek.

opps...
salam daripada ucu.
ada kalian lihat apa yang tertera di atas ini?
terbalik bukan?
bukanlah tujuan utama entry ini untuk berbicara tentang kucing yang tak berdosa ini.
ah, maaf kucing, mengganggu kamu tidur pula.
ucu mahu berbicara tentang pergolakan dunia pada masa kini. 
seringkali kita perhatikan kes buang anak,kes rogol, kes rokok, dadah dan pelbagai masalah sosial lagi.
namun, perkara ini seperti tiada noktahnya.perkara ini semakin kerap berlaku hinggakan banyak pihak yang bimbang. apa puncanya? mulalah timbul jawapan salah ibubapa, kurangnya didikan dan terus-terusan menuding kepada pihak tertentu.
apa masalah sebenarnya?
bukan ucu nak merungkai namun ingin mengajak anda semua sedar.
cuba lihat kucing yang tidur dalam keadaan terbalik itu. 
adakah manusia ini juga berkelakuan terbalik?
semakin ditegah semakin seronok mereka meakukan perkara tersebut.
cubalah kita suruhnya ke masjid, surau atau tempat-tempat ibadah lain? ada mereka ikut??
satu persoalan yang perlu dirungkai...
"jangan buang sampah di sini!" maka makin banyak lah timbunan sampah di situ.
namun, " sila buang sampah di sini" maka tiada sampah pun!
apa makna nya ini?
adakah manusia kini sudah setaraf dengan haiwan yang tidak berakal?
renungkanlah dan selamat beramal.
ini untuk renungan bersama.
adioz...


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan