kali ini di paparan akhbar!!!
DI BAWAH 'LANGIT' PUISI
Oleh Nurul Huda Kosnon
bhsastera@nstp.com.my
2010/03/11
Suara didaktisme dan kebenaran berkumandang di Rumah Pena
SUARA didaktisme dan kebenaran menguasai Baca Puisi Pena di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini, yang menampilkan pelajar Fakulti Seni & Artisitik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pimpinan pensyarah mereka, Abdul Ghafar Ibrahim (Agi).
Tirai baca puisi dihangatkan penyair veteran, Borhan Md Zain, ketika tampil dengan puisinya, Sisa Kaki, berkisar kepada penderitaan manusia ketika dilanda peperangan dan kekejaman golongan tidak berperikemanusiaan.
Kakinya melangkah ke kamar malam
Dalam jeram suram yang seram
Menongkah pedih mencari pelita suci
Agar cahayanya mengerdip sinar murni
Tetapi lorongnya terlalu sempit terhimpit
Hingga terkapai nafasnya
Lemah longlai tubuh tiada bermaya
Lalu ia menjerit; jeritan amat sayu
Dan sendu-sendu menggigit setiap batas
Kemanusiaan menusuk pada setiap ruang masa.
Tiada siapa pun peduli
Lalu ia meronta dan menghitung sendiri
Menahan pedih peri manusia kehilangan seri
Wajahnya masih termanggu mencari
Sekadar sekelip sinar matahari
Nyata;
Dunia berperang untuk kedamaian
Manusia membunuh untuk kehidupan
Mereka berlapar untuk makanan
Mereka bercinta untuk kekecewaan.
Lalu ia melangkah
Dunia adalah sisa-sisa kakinya.
Penyair Pahang, Daeng Ramliakil, mendeklamasi sepenuh jiwa ketika beraksi di hadapan lebih 200 khalayak dengan puisinya, Cerita Yee Wen 3 yang mengungkap kegagalan memberi sokongan kepada mualaf ketika keimanan mereka cuba diganggu-gugat keluarga dan persekitaran luaran.
Kusoal bayu yang berpuput
Kutanya udara yang disedut paru-parunya
Dia kulihat kehilangan kemanisan kemanusiaan
Terawang-awang menimbang laluan halimunan
Untuk menyeberang ke pulau keagamaan
Di matanya, selebriti tv berbaris panjang
Satu, satu ke muka menjual Quran
Dengan lidah dua.
Tiap kali soalanku merangkak ke telinga bayu
Air matanya tumpah, melihatku yang melihat objek itu
Dan udara yang meresapi berbisik ke telingaku
Dia kesengsaraan diganggang api dunia
Dia derita dipanasi kata-kata keluarga
Lalu diriku merangkuli sejambak cahaya
Menanti di penghujung dunia.
Penerima Anugerah Penulisan Sea 2005, Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Agi, berkongsi sejarah perjuangan memartabatkan Islam oleh Nabi Muhammad, ketika tampil di pentas dengan nazam Muhammad Dilahirkan yang dipetik dari buku Md Ali Bachik terbitan 2003.
Nabi dilahirkan di Tanah Makkah
Malam Isnin Subuh yang indah
Dua belas Rabiulawal tahun Gajah
Namanya Muhammad Ibni Abdullah.
Nabi Muhammad tatkala lahir
Tangan diangkat lalu bertakbir
Cahaya memancar ke langit akhir
Dilihat nyata dipandang zahir.
Lahirnya Nabi Rasul pilihan
jatuh berhala pecah bertaburan
Iblis, Syaitan , lari bertempiaran
Sekalian Musyrikin dalam ketakutan.
Empat puluh tahun usia Muhammad
Dijadikan rasul memimpin umat
Menunjuk ajar ke jalan selamat
Siapa mengikut beroleh rahmat.
Kepasrahan Agi disambut pelajar Jurusan Penulisan Seni Layar, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (Teka), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohammad Faez Bin Ne’man, dengan puisi Pemergianmu yang menghidangkan pemergian Nabi Muhammad sebagai suatu kehilangan besar.
Maka...
Ajalmu pun bertamu
Dengan tenang kau berlalu
Saat matamu nanar
Nafasmu bergetar
Masih lagi soalan itu meniti bibir
“Apa nasib umatku?”
“Apa yang tersedia untuk umatku?”
Sedang Izrail berpaling melihat deritamu
Sedang taulan menahan sebak menatapmu
Masih lagi kau bimbangkan kami
Jelas amat cintamu yang tinggi
Betapa kau sayangkan kami
Hilang sudah wajah cahaya
Kurang sudah peribadi mulia
Lisan sopan terbeku buat selamanya
Tiada lagi nafas bernas penerang jiwa
Tiada insan mampu menggantikanmu, Rasulullah!
Seorang lagi pelajar Teka, Shah Ameerul Aideen, lewat puisinya Baju Lusuh Itu, berbicara mengenai anak derhaka yang lupa akan pengorbanan ibu bapa mereka sehingga mereka berpeluang melihat matahari dan bulan.
Baju lusuh itu
Tersangkut di jasad yang bernyawa
Menampakkan urat-urat tua
Memperlihat kedut-kedut usia
Baju lusuh itu
Menemani dia sepenuh jiwa
Tatkala muda
Tatkala remaja
Tatkala tua
Dialah yang menemani si tua itu
Baju lusuh itu
Melihat tumbesaran anak-anak
Melihat telatah
Melihat onar
Melihat suka
Melihat duka
Menjadi peneman tika
Duka menangis
Dek anak-anak binasa
Alpa siapa mereka
Lupa siapa si pemakai baju lusuh itu
Tinggal dia sepi sendiri
Bersama baju lusuh itu
Mohd Nurazizi bin Samsudain, juga pelajar Teka, menelusuri penderitaan kehidupan di bumi Gaza akibat perlakuan golongan tidak berperikemanusiaan, melalui puisi menyayat hati, Rintihan Si Perintih,
Sekian lama ledakan Zionis menghias dunia salam
Dendangan senjata yang mendodoi lena anak kecil
Mengheret bumi itu bergolak seperti tak punya ayah tak punya ibu
Terpincang segenap isinya memohon simpati
Nafsu yang berkecamuk terus membuak
Hingga terpancul darah
Merobek kebahagiaan
Mencalari kesucian
Mendengus ... demi kuasa!
Pasir menjadi santapan hidangan
Darah diteguk penghilang haus dan dahaga.
Sedih … pilu …
Entah sampai kapan akan kubenam coretan ini
Jauh di dasar jiwaku, ingin kutentang dengan tanganku
Namun kelemahan membatasi segalanya
Jauh di lubuk benakku terukir semangat juang
Namun usia menyekat segalanya
Ampun teman ...
Ampun sahabat ...
Ampun saudaraku ...
Hanya doa ku kirimkan
Pensyarah Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Arbak Othman, berfalsafah di sebalik Bunyi Atau Suara yang menelanjangkan keegoaan dan kesombongan manusia sehingga tenggelam dalam ilmu, sedang hakikat cetek pengetahuan.
Ada kerajaan di balik kata
Sangat besar istananya
Sangat luas jajahannya
Luar dan dalam.
Kedunguan mengecilkan akalku
Hingga ke dasar mimpi
Kekadang seronok, kekadang ngeri
Sebab aku enggan mengetahuinya.
Jikalah ilmuku sebesar kerajaan itu
Barangkali dunia ini seluas tapak kakiku
Bila akan kuserahkan atau kutangguhkan kerja-kerjaku
Akankan kuserahkan kepada bunyi-bunyi yang bergema itu
Atau kepada suara bisu yang tenang.
Tidak ketinggalan, malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan lagu ciptaan pelajar Teka sendiri, seperti Sampai Menutup Mata di samping lagu popular Matahariku (Agnes Monica), Ibu dan Bersama (Kumpulan Eksyen Ghoof), Semua Tentang Kita (Peterpan).

Comments
Post a Comment