mungki juga terjadi

assalamualaikum...
hari ini bertemu lagi dengan matahari.
matahari seakan tersenyum duka dengan keadaanku yang kerap sahaja tersasar.
legaran legasi fikiran terus menerawang disetiap sudut wang.
kemana dan apa mahuku?
bertitah dengan arus mega yang sentiasa berlegar di landasan pawana,
terus menjangkau ke puncak igauan dan fantasi.

datangku merantau.
terkongkong di dunia asing.
terkadang aku merintih menerusi penderitaan.
namun ia terdengar oleh hatiku sendiri.
tiada siapa mampu menghulur.
kiri adalah sama,
kanan juga.
kami terhimpit dek masalah ini.

ya ALLAH tolong cekalkan hidupku.
keyakinanku kian membongkar segala hasutan.
berdusta di sebalik keyakinan?
apa gunanya?
kini keredaan menjelma.

eh ape ni?ko datang sini an nak belajar.makan saja tahu!kita anak susah.sedar diri ya!duit,duit dan duit!
tak ada benda lain nak minta?

aku kini luluh dalam dilema sendiri.
mengayuh seorang diri...
siapa mahu menghulur?
siapa mahu menanggung?
di saat ini aku memohon belas kasihan....
aku sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan