Posts

Showing posts from January, 2010

hari yang gumbira!!

Image
salam semuanya.. arghhh..sampai akhirnya ke dunia PUNCAK PERDANA.. agak jauh perjalanan hari ni.selama ucu di shah alam,ini lah perjalanan yang menggembirakan hati.sebabnya ucu keluar dengan kawan.kawan semua gila dan sama kepala lah lebih kurang.semacam banyak jek nak muat dalam entry kali ni.ucu cuba ok??RM110 untuk satu hari penggunaan.kereta waja.selesa lah juga.disebabkan ucu tak tahu membawa kereta,jadi hanya duduk dan tunggu kemana destinasi mereka nak bawa ucu.selama ni ucu hanya jalan dan ikut parents atau akak saja. mula-mula... penat ar jalan..snap ar jap kami tiba di masjid india.wah ramainya orang..singgah sebentar kat masjid tu.huh ada ke mereka solat asar pukul 6 petang??pelik kan..tapi tak pa lah.ucu rasa semacam dah berada di india.sebab dalam tu majoriti orang india.hah..sambung perjalanan ke DBKL...itulah tujuan kami sebenarnya.dalam perjalanan kami berjumpa seorang mamat yang kononnya ketandusan wang.nak pulang tapi tak punya duit katanya.ucu tak layan orang begitu....

pagi menyinggah lagi

Image
aduh... sakitnya mata ucu!! tika lewat pagi ini ucu sedar mentari sudah mengufuk pada ucu.. dengan langkah longlai ucu bangun.. terasa berat saja nak turun dari katil 'double dacker' ni.. tegukan air masak di atas meja melegakan.. seperti ada suatu perisa yang akan dirasakan. cubalah..kata mak ianya bagus!! nilah air yang bertuah tu.. turutkan hati anak yang baik.. ucu lakukan.. baik kan ucu?? terdetak dihati seperti ada yang sedang mentertawakan ucu huh stop it!! sebentar lagi, ucu akan berangkat ke KL.. pengalam baru untuk menonton teater. walaupun ini bukan dunia ucu.. demi assignment.. :-) doakan kami semuaselamat pergi dan balik ye.. kemungkinan kami menaiki waja.. sewa pun boleh tahan.. RM110 sehari. enjoy your holiday!! huhu.. adioz..

hari yang memeningkan kepala..

semalam.. semalam.. dan semalam... apa yang berlaku?? mungkin boleh jadi.. menerokai seluruh alam yang luas.. terperosok aku di suatu sudut.. mencari kebenaran dan hakiki.. terasa sukarnya hidup ini.. seringkali kini aku mendengar rungutan "arghh bosannya hidup" bunuh diri? jalan penyelesaiannya?? oh tidak.. tiba-toba keluhan resah menjengah.. ia terus berputar di ruangan kepala... biar ia menyinggah untuk sementara. jangan biarkan ia...

3 heads story

Image
LALOK on a cold and windy night,while I was in front of my computer. in a firs place,I wanted to do my assignment. then, there's a voice inside my head says "pleas open a facebook account."you can chat with your friends,lecturer and so on. I call my mum abd friends to ask their opinion aboutthe voice. they scolded me becausethey think I asked them stupid question. I was very angry and I go to eat. actually, I'm not angry but I'm hungry. sorry typing error! suddenly, my mom called and asked me to open the facebook account! I'm very curious, I askher why?? she said "suprise!" I have a facebook account. Add me!! add me!! add me!! sincerely, your mom...

menjelang esok

siapa tahu esok? hari yang mungkin melakar sejarah atau? siapa tahu esok? membuat kita gembira atau? siapa mengerti esok? makna disebaik cerita yang terlakar adakah benar? siapa mengerti esok? menongkah arus setiap gerak kaku atau biarkan ia? kerdipan mata kian membuka mencelik melihat dunia mata sayu cuba membeliak namun.... kali ini aku bertongkat kononnya bercita menuju puncak.. lalu.. lalu bisikan hati terusik.. "eh kan kau memang di puncak? puncak perdana!!..".aduh sekali lagu ucu meracau..

cerita hari ini

Image
o salam.. pada saat ini ucu kian terusik.memilih antara selatan ataupun utara.menyimpang ataupun terus.. keluh kesah kian membisik di benak untuk memaksa ucu bersuara.sekarang ini,ucu berada di antara dua ufuk yang berbeda.jika ucu pilih di kanan,adakah betu?dan jika kiri,apa mungkin akan terjadi?? cop..apa yang ucu merepek ni??ucu x sepatutnya berkelakuan sebgini?kata seorang akak di kelas ucu "behave yourself" namun ucu asih mencari makna sebenar perkataan tersebut.mengikut timbang tara dari perkataan itu,ucu dapat simpulkan kita perlulah menjadi diri sendiri.betul kah selama ucu berada di muka bumi ALLAH ini ucu menjadi orang lain.ada mungkin kerana ucu menggunakan nama samaran.atas dasar itu lah ucu tidak menjadi diri sendiri??soalan kian menerawng di merata salur-salur fikiran ucu.berat kan??kalau betul lah nak dijadikan cerita,baik ucu jadi zaman kanak-kanak ucu kan.ceria.apa kita buat semuanya orang pandang kita comel dan cute . tengok saha mereka berempat.seperti du...

tanggungjawab si along

Image
*sajak ini ucu tujukan pada yang istimewa dalam hidup ucu.. malam ini aku termangu, kotak fikiran kian berputar.. mengenang nasib yang tidak kesudahan mengagalas bebanan dengan cukup timpal. mendukung cita untuk keluarga. setapak demi setapak ku harungi, melalui badai dengan penuh ranjau. titsan air mata menginsafkan.. kian rebah menyembah duniawi. rintihan sayu tak siapa kedengaran... aku disini bagai ombak.. ombak yang sering memukul batinku. seksa ku,zalimku menikam diri sendiri.. perhati dari sudut pandangan sahaja. tidak guna berteman namun sekadar omongan. titik belum ke noktah. penyeksaan diterus dengan penuh penantian. penanggungnya aku! membanting diri sendiri dengan kontang. kesakitan ibu dirumah penuh dirasai.. hari demi hari kian berlalu. mengejar impian hanya yang satu. mandat pesanan tersemat di hati. kesumat impian di genggam abadi. hari ini aku melangkah.. kian melangkah.. dan terus melangkah.. moga aku akan mampu terus melangkah... langkahan kian melangkah..

lilitan putih

Image
salam semuanya.. hari ini entry ucu yang agak popular.almaklumlah ucu seperti dilanda peristiwa yang melibatkan kematian. baru bebrapa hari mendengar khabar berita pensyarah di fakulti meninggal,seterusnya diikuti sultan Negeri ucu.berlarutan dengan cikgu yang pernah mengajar EST semalam mendengar khabar cikgu tekwondo ucu pula bertemu ajalnya.jadi ucu mengambil keputusan untuk berkabung hari ini. serba hitam dan memakai songkok berlilit putih. yang mencuit hatinya ialah malam senelum tu,ucu tidur lambat semata-mata untuk menyiapkan lilitan songkok tersebut.cari kain putih tak jumpa dan ucu bersama rakan lain mencadangkan supaya lilitan itu dibuat dengan maskin tape.huh.putih lah jugak. putih susu katanya.terasa semacam diperhatikan oleh orang sekeliling. tapi tak tahulah jika ia hanya perasaan sahaja.tapi niat ucu untuk kesedihan. tak kisah lah apa orang nak kata. cadangnya ucu nak berkabung selama seminggu. ucu terasa takut sebab sekarang ucu bukan di JOHOR tapi di shah alam.orang y...

nilai RM300

Image
salam kalian.. maaf kerana ucu lama tidak mengemaskini entry dalam blog ucu. ada sedikit masalah dalaman.he..kali ini ucu nak bercerita tentang masalah yang ucu hadapi sehingga menybabkan RM300..banyak tak nilai tersebut dengan status kita sebagai seorang pelajar?mesti kita akan berasa lain macam jika kita mempertaruhkan nilai sebesar itu.mana tidaknya RM300 boleh buat makan lebih sebulan wok.!! bangun pagi dengan ceria memasang niat : "oh ahri ni hujung minggu.sebagai golongan muda,lebih baik aku pergi keluar melihat alam sekeliling.tak kan lah nak terperap dalam kolej je" rintihan itu menghantui ucu.menaiki bas dengan niat "aku kena simpan duit" setibanya di PKNS;pasaraya kebnggaan pelajar puncak perdana.juga PAS. "bang,tak kan tak nak ambil buku ni saya nak bagi" ah,cerita bermula.. cerita ini bermula sehingga menyebabkan ucu bersama rakan terpaksa berkhemah di booth itu untuk bebrapa waktu yang lama.boleh lah ucu pacak booth baru di situ.huh..seperti d...

hari yang malang untukku

salam kalian. hmm melalui hari yang sedang menempah kebosanan ini memang seksa untuk ucu. sejak pagi lagi ucu dah merasakan bahawa hari ini akan menjadi pancaroba yang sungguh mendalam untuk ucu. sekian lama ucu mengabaikan blog ini dan hari ini ngauman ucu kian keudara.kali ini ucu mengulang kesilapan kembali dengan merebahkan diri ketika sedang enak mendengar laungan azan subuh.tersa berat.sedar tidak sekarang jam sudah jam 0745.kelas hari ini bermula 0830. bila masa mandi,air pula kecil sekecilnya.huh..rasa ingin memaki shower tersebut. tapi apa kan daya beiau tidak memahaminya.pergi ke kelas dengan keadaan yang separuh mandi dan tidak.namun tetap pergi jugak.tetap tidak membajak sehingga terlajak.melangkah ke kelas dengan perasaan yang tersungguh mengantuk.game dimulai..selepas solat jumaat dan menjadi kebiasaannya ucu akan tior.namun hari ini tidak berapa seronok kerana ucu terpaksa bangun awal dari yang biasa. koko lah pula.mengacau kehidupan.sampai pukul 7 pulak tu.pulang dari k...

lu pikir lah sendiri da movie

Image
salam semuanya. hari ni ucu memang bertujuan untuk kemasikini blog ni. entry kali ini ucu nak cerita tentang movie baru ucu tonton semalam. cubaan PN AMINAH RHAPOH untuk pertama kalinya agak berhasil. sedia maklum kita kenal yang beliau bergiat dalam industri teater.kira ok lah.. ceritanya agak menarik dan lawak.memang agak pecah perut lah semalam.minta maafkepada sesiapa yang duduk berdekatan ngan ucu semasa cerita ditayangkan.tapi banyak watak yang tenggelam timbul.kalau kalian lihat dalam poster di atas ada gambar MILA.tapi yang ucu pelik kenapa watak mila dalam cerita ni seakan pembantu sahaja??itu kita perlu kaji.banyak babak yang tidak perlu dimasukkan.yang tu,kena tanya pada yang pakar.yang penting pelajar TEKA enjoy semalam.mereka menari lagu tema agak gempak.entah bila ucu akan terlibat dengan semua tu.he. kalau kita perhatikan banyak kritikan yang diterapkan dalam cerita tersebut.seperti penerimaan pekerja asing ketika nabil sedang mencari kerja di sebuah restoren dan bertany...

waktu ini kian terusik

jam di tangan menunjukkan 6.40. aduh berat semacam badan ini nak menuruni katil 2 tingkat ucu.suis lampu dibuka.aduh..mata ucu semacam mengantuk yang teramat.tersilau dek lampu neon di atas.kepala ucu semacam ada batu yang berat sedang menghempap memaksa.dengan gerak gaya yang perlahan,ucu melentokkan kepala dan badan di atas bantal yang senipis kekabu kering tilam bujang yang bercadar lusuh. tika tersedar,hampa dan dusta.jam kini sudah pukul 0925.apa mungkin ini kesalahan ucu kerana tertidur sebentar tadi.yang bercadang untuk semint dua saja. "ya memang salah kau.suka melambatkan masa untuk solatmu.tapi kalau meminta kena pada masanya saja!!!" suara itu mula menumbuk-numbuk benak ucu dengan keras.sakit semacam tidak terdaya menahan siksa ini.mungkin juga ini pembalasan untuk ucu.terikut dengan arus yang selama ini menentang diri ucu sendiri.mana tidaknya,kepala ucu hanya memikirkan selagi boleh dan ada waktu untuk solat selagi itulah akan terlewah solat ucu.ucu selalu ber...

pesan papa!!

*karya ini ucu ilhamkan apabila ucu membaca suatu cerpen di dalam dewan siswa.dengan melekatnya rasa tanggungjawab sebagai seorang yang bakal menjadi ayah,ucu lakukan ini dari hati yang ikhlas..kepada setiap insan yang bergelar anak,renungkan* Takdir telah melahirkanmu, Membuka mata melihat dunia, Ayah,ibu melonjak girang, Namun aku dengan esak tangis. Tuduhan melulu meluru mereka. Adakah ini suatu ironi? Dalam ranjau masa yang melangkah, Aku kian lesu dan lemah. Pesan arwah ayah ku sisip di tangan, Menyulam di minda, Menggenggam erat pesan ibu, Yang saban hari membanting tulang untukku. Namun kini, Langkahku kaku nan lesu, Mengheret masa silam si ibu, Yang sentiasa berpesan agar menutur pesan ayah. Namun aku lupa. Dunia mengaburiku.. Seruan si anak kecil di sisiku. Apa mungkin kesilapan yang sama ? Tidak anakku..dengar kata papa.. Patuh ibubapamu.. Pegang tali penciptaMU.. Agar tidak kelewahan...

semacam menunduk pada nafsu.

Image
salam kalian... pasti anda terkecur sebentar melihat menu di atas ni. hanya dengan RM3.60 anda boleh mendapatkan menu tersebut bersama dengan segelas sirap limau ais.modal tidak lari kemana.kenyang yang anda perolehi. namun,itu bukanlah titik tolak perbincangan kali ini.pada hari ini,jam di tangan menunjukkan jarum panjangnya ke nombor 4 dan yang pendek menghala ke arah angka 10 lebih kurangnya. santapan nasi goreng bersama mee di tambah dengan ayam goreng mula dimamah oleh ucu. "alhamdulillah" kenyang membungkus diri ucu.langkah kaki mula berjalan menuju kebilik.rumah di tingkat 5,tingkat tertinggi di kampus puncak perdana ini ucu daki..ngomelan rakan di sebelah membingit telinga.seakan baru hari ini mendaki bukit ini.padahal kami sudah hampir 2 minggu melewatinya.kerana rungutan itulah yang membuatkan kami selalu ,merasakan perjalanan kami begitu lama setiap hari.ini kan pula,dengar khabar yang membawa angin mengatakan kami akan tetap tinggal di rumah yang sama sehingga tam...

kisah ucu..

salam semuanya.. setelah hampir masuk dua minggu ucu di puncak perdana ini untuk sem 2,ucu merasakan ada sesyatu yang tidak kena.dengan assigment yang agak menjangkau dari pemikiran ucu.skrip bangsawan lah,research writning lah.ucu tak mahukan kegagalan.tapi ucu tahu,setiap orang perlu bermula dengan bawah.tapi keadaan sekarang seperti membawa ucu ke bawah bukan bermula dari bawah.mungkin sekarang ini, ucu perlukan sokongan.dari rakan mungkin.rakan yang selama ini mendampingi ucu.walaupun hanya sesaat mengenali mereka ucu sudah menganggap mereka sebagai rakan ucu.tapi itu bukanlah persoalannya kerana ucu memang perlukan sokongan.tiada siapa kerana ucu disini bukan punya keluarga yang terdekat.hanya mampu bergurau senda bersama teman.walau bagaimanapun,terkadang ucu terlewah sebentar dek kegembiraan yang ucu selami selama ini.menjangkau persahabatan yang ucu bina selama lebih satu sem bersama mereka membuatkan ucu lupa yang ucu hanya mengenali mereka dengan waktu yang singkat tidak sepe...

sudah berakhir episod si betong.

salam semua.. entry kali ni,ucu ingin sangat mewartakan kisah satu drama yang ucu tertarik untuk melewati setiap episodnya. namun dek kelewahan meneruskan kelas,ucu terpaksa menangguhkan episod tersebut. hari ni,kerana ucu tahu cucu betong akan berada sebagai episod terakhir,ucu bergegas untuk melihat kisah pengakhirannya. AlhamduliLLAH sememangnya,kelas ucu kali ini di batalkan.dapatlah ucu tengok episod yang terakhir hari ni.waktu ucu menulis entry kali ni pun, ucu baru saja pulang dari menonton cucu betong.he..fresh lagi lah ni...selaku penonton yang agak setia,ucu dapat bayangkan bahawa akan ada sambungan selepas cucu betong tersebut. tindakan raqib yang melihat ke arah kelas menunjukkan ada sesuatu yang dilihat oleh beliau. adakah itu ratu solowangi?satu persoalan yang akan terjawab sekiranya sambungan cerita itu muncul nanti.tunggu ya.masalh sekarang,kenapa mesti ada kematian?akhirnya raqib keseorangan. nasib baiklah nenek beliau ada.boleh juga neneknya menjaga beliau.ucu tidak ...

kelahiranmu kutunggu..MOHD ADAM RIZQI!!!

Image
salam semuanya... nampak tak gambar di atas ni??rasa-rasa siapa yang empunya. let's to the point... hari ni, ucu nak bercerita tentang satu yang sungguh mencuit hati ucu. tanggal 7hb januari yang lepas,ucu telah dikhabarkan dengan satu berita yang sungguh mengusik jiwa dan perasaan ucu.waktu itu ucu dalam perjalanan pulang bersama salah seorang pensyarah ucu. jam ditangan 1909. ucu didatangi dengan mesej. deringan 'wonderpets' memecah sunyi dalam kereta tersebut.seluk tangan ke dalam saku mencapai telefon ucu. "ALHAMDULILLAH" akhirnya selamat juga anak pertama untuk abang ucu:izan!!! mak ucu kata senang keluar.walaupun anak pertama senang keluar.ok lah tu.berkat doa bersama. congrates!!! gembira tak terkira rasanya.kalaulah ucu ada saat itu.melonjak rasanya. rasa nak sangat ucu bertemu dengan ahli baru itu. "MOHD ADAM RIZQI BIN MOHAMAD SHAHRIZAN" ha,sedap bukan?nama ini adalah dari buah fikiran ucu. perancangan di buat semasa ucu sedang membesarkan badan...

hari kian melangkah lagi.

awal pagi ini,ucu kelihatan begitu lesu.mungkin ada sesuatu yang tidak kena tentang malam semalam.hanya ucu yang tahu.wow rahsia kah??tidak mengapa kerana itu bukanlah topik yang ucu nak ketengahkan.. ucu baru lepas balik dari pkns,pas n tempat yang berdekatan dengan situ.bukan niat nak membazir duit tapi kerana kebosanan yang melanda ucu sejak semalam lagi telah memaksa ucu untuk outing hari ni.rasa macam ucu dah puaskan nafsu hari ni.ha,jangan pikir bukan-bukan ok.ucu beli banyak barang.memang niat tak nak membazir.tapi rasanya semua yang ucu beli tadi diperlukan oleh ucu.hai,beginilah keadaan kalau duit ptptn dah masuk...semua yang ada depan mata rasa nak beli saja.lumrah manusia lah katakan.. senarai barang yang ucu beli hari ini adalah seperti berikiu..he 1)kunci laptop.. 2)usb cable 3)cooler fan 4)buku-buku tulis 5)ais krim mc'd...yummy 6)makan di kfc. ha macam tak banyak tapi RM60 juga habis.. harap semua benda tu,ucu guna dengan sebaiknya.bukan nak menunjuk tapi ini adalah ...

indahnya alam...

Image
kalau selalu ucu hanya melihat dari jauh keindahan dan sayupnya bunyi water fall di hadapan office tu. tapi hari ini,ucu berkesempatan melihat dengan mata dan kepala serta seluruh anggota menyaksikannya sendiri.boleh tahan lah canti juga struktur binaannya. bukan apa,ucu berminat untuk melihat sebab dari rumah,ucu hanya mendengar sayup bunyinya sahaja.teringin juga nak melihat sendiri.bagaimana ia menjunamkan ke permukaan ukiran kayu tersebut.menarik kalau kita jadi air yang bebas terjun kemana jua.tiada sebarang halangan untuk kita lalui.walau bersama melakukan terjunan,namun tiada siapa peduli termasuklah mereka yang melalui di sebelah beliau.sadis bukan. tapi itulah yang ucu mahukan.tiada sikap 'busy body' ataupun jaga tepi seluar orang lain.hal sendiri tak terjaga.ucu juga tak mahu orang sekeliling menganggap semua yang ucu lakukan hanyalah dengan kata-kata dan tiada hasilnya.seperti bunyi air terjun lah katakan.tak kira malam mahupun siang ia tetap membisingkan diri. pelik...

heater cooler...

menarik juga andai kita bincangkan hal ini untuk saat dan ketika ini. mungkin anda pernah mengalami kejadian ini. berbentuk segi empat tepat dan ada saluran paip di atasnya.warna biru adalah untuk sejuk dan merah adalah sebaliknya. apa mungkin air yang terkandung di dalam nya berkhasiat untuk kita semua?ayuh kita kaji.tapi ucu kurang kepastian dengan semua fakta ini samada ia betul betul sahih atau tidak. tapi kalu semua nak tahu jangan sesekali rujuk pada ucu kerana ucu tak ada jawapannya. tanyalah doktor.sebenarnya,air itu adalah air paip.jadi kalau kita minumnya samalah dengan kita minum air paip.semacam tak sihat kan bunyi nya...pandai-pandailah untuk kita sebagai peminum ni menerimanya kan...he...salam nasihat dari ucu...

second day...

salam nusantara semuanya... hari ini ucu akan memulakan langkah baru di dalam paparan blog untuk kali ini dan insayaALLAH akan selamanya. kamu semua ingin tahu apakah tujuan ucu?? ucu akan memulakan langkah menulis blog dengan tidak menggunakan bahasa pasar ataupun 'sms' style..agak memualkan sekiranya kita meluahkan perasaan untuk tatapan umum tapi dengan hanya menggunakan bahasa pasar. sebenarnya memang ini tujuan dan hasrat ucu untuk memartabatkan bahasa melayu. lebihan pula,tadi ucu ada kelas bersama pensyarah yang menyuntik semangat untuk lebih serius dalam pembikinan blog ini. "jadi ayuh lah kita sahutinya" dengan izinNYA ucu akan meneruskan impian murni ini sehingga impian ucu tercapai. terima kasih en wira...tak sabar menunggu untuk perform di tapah perak nanti.sekolah hulu bukan masalahnya.. kelas puan lina agak menarik hari ini. pandangan ucu terhadap beliau pada semester ini agak berbeza. agak berbeza dengan semester lepas. mungkin juga sem lepas kami berga...

HOREY

hah.. salam nusantara dari ucu... hari ni frst day clas tok sem baru.. hah xnak sbt sem bpe cz rase cm mde lagi jek.he malas nye ucu nak bangun pagi2.bangun is dosnt mater sngat ar tp nk mandi pagi yang lepak ckt. agak beku jek.huh... clas pagi tadi cam best.lect cm sempoi.tp dy wat kejutan suh kitorang tulis spontan.nak maut pikir.tapi ucu bangge jugak cz dy stuju nagn pndangan ucu yang mengatakan "cinta itu BUTA" patang ader clas agi.. penat jek ucu mandi tok kali ni... hasilnye clas postpone.. huh... balik semula... so skang im here... so adioz n c u later... ummmah

keheningan pagi

tika keheningan subuh ini, pejaman mata membuka minda, kekosongan, hayunan langkah menuju satu, setapak demi setapak di hayun, kesunyian,kegelapan menyelubungi, aman!!! muka di sapu rata, wuduk pembekal sejahtera, takbir dimulai, salam di akhiri, inilah permulaannya, dunia baru bermula untuk hari yang mungkin bahagia. hari ini aku melangkah, dengan gah menyatu impian, namun apa mungkin seterusnya?? datangku bawa impian nanti pulang menggenggam jaya... insyaALLAH

saat ucu bermula..

Image
hari ni ucu dh sampai kat kolej.saat nya sudah bermula.apa yangs edih untuk kali ini,ucu terpaksa pergi sendiri.melangkah sendiri.dah lah ucu dapat flor paling tggi.huh..pnat jugak bawak beg sumer sndiri.xder orang pn sudi nak tolong ucu.tp open minded kan jek lah.ucu an dh besar n boleh buat keje sumer ngan tangan sendiri...yp yakin jek lah boleh an?nway ucu berjaye jgak wat sumer bnde 2...kmas loker sesorg n dok umah sesorang.lame jgak.sampaikan smalamucu muntah2...sedih an.mak n abah dah jauh.xder sape nk tanyer pasal kesihatan ucu... tadi ucu ade ngadu kat mak,n mak agak risau..agak merisaukan juga cz mak cam risau jek.myesal plak ucu g taw..ucu an dh besar..tapi ucu x tahan.harapnyer bnde ni akan cept tamat.korg doakan ucu tw.. adioz ha,korang tongok betapa sucinya loker ni?? walaupun ucu keseorangan,tapi,ucu wat jugak tanpa sebarang keluhan... haah....ni lah hasilnya.. smart ark?orang bujang puyer keje... hehe