Quizizz dalam PdPc
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam keadaan dunia pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang mempunyai berbagai-bagai corak, guru perlu mewarnai pengisian kelas mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan. Ia selari dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).
Ketika cuti Hari Keputeraan Yang Di-petuan Agong baru-baru ini, saya bersama-sama pelajar Tingkatan 3 MRSM Baling (baca sebagai: Asusheika) menghadiri kelas tambahan PT3. Disebabkan tempoh yang ditetapkan tiga jam, saya mengajak 186 pelajar tersebut bermain sambil mengulang kaji pelajaran menggunakan aplikasi Quizizz. Banyak soalan sedia ada di dalam aplikasi ini. Jika berkelapangan, para guru juga boleh membuat soalan sendiri. 😃😄
Terpulang pada para guru untuk memulakan set induksi kelas mereka bagaimana, tetapi yang pastinya ia perlulah menarik minat para pelajar untuk terlibat secara aktif di dalam kelas berkenaan. Bagaimanapun, ingat ya cikgu-cikgu, kita kenalah menerangkan cara menjawab dan menggunakan aplikasi ini kepada para pelajar terlebih dahulu.
Caranya bagaimana?
1. Buka sahaja link Quizizz
2. Log in.
3. Tekan ke pautan 'find a quiz' atau 'my quizzes'
4. Pilih mana-mana kuiz
5. Tekan ke pautan 'live game'
6. Seterusnya tekan pautan 'host game'
7. Pelajar perlu memasukkan game code yang tertera
8. Tekan butang 'start' untuk mulakan permainan.
Saya meminta pelajar membentuk beberapa kumpulan dan ahli mereka terdiri daripada antara empat hingga lima orang.
Setiap kumpulan akan bersaing dengan kumpulan yang lain kerana ranking nama kumpulan mereka akan terpapar di skrin hadapan. Mereka akan bersorak dan sentiasa berlumba-lumba untuk memastikan kumpulan mereka berada pada kedudukan terbaik. Proses ini diyakini dapat merangsang keterlibatan para pelajar di dalam kelas, berbanding hanya membuat latihan di atas kertas seperti cara tradisional.
Proses PdPc tidak terhenti setakat berlawan sesama sendiri tetapi saya sebagai guru boleh berbincang dengan para pelajar. Hal ini demikian kerana, aplikasi tersebut akan mengeluarkan keputusan para pelajar. Guru boleh mengenal pasti soalan yang mempunyai kekerapan salah yang tertinggi. Jadi, ini memudahkan para guru berbincang secara terus di dalam kelas bersama para guru.
Menarik bukan? Disamping boleh berjimat dan tidak menggunakan kertas ketika menjalankan latihan, para pelajar juga akan menunjukkan minat di dalam kelas. Aplikasi ini berjaya merangsang daya saing dalam diri mereka.
Jom cikgu, kita cuba aplikasi ini! Selamat maju jaya!
Sehingga jumpa di entry yang lain.
Assalamualikum....
Alhamdulillah, terima kasih sahabat atas perkongsian. Sememangnya kita para guru perlu mengikut arus pemodenan. Para pelajar akan lebih seronok dan teruja untuk mengharungi pembelajaran pada hari tersebut. Nak memikat burung, pastikan denak yang berkualiti. Nak menambat hati pelajar, berenanglah mengikut arus aliran mereka. Good luck ckgu Azizi...
ReplyDeleteBoleh guna juga di dalam kelas saya
ReplyDeleteMmg seronok Pelajar mggunakan Quizizz ni
ReplyDelete