BUDAK LEPASAN DEGREE HAMBA

"Ah, susahnya!" keluhan ni sering gua lakukan. 
Bukan bererti yang gua ini jenis tak pandai syukur. Ya, pandailah, dont worry. Sebab gua bukan antara 61 orang yang nak serang Malaysia (yakin). 
Cuma gua nak ajak korang masuk dalam pemikiran gua, satu saat pon jadilah. Jom, fikir sama-sama dengan gua tentang kehidupan.

Pertama...
Sebagai manusia, korang nak kahwin tak? (Ketawa) 
Kalau betul, samalah kita! 
Persoalannya, cukup duit? Cukup Sedia? Cukup tenaga? Cukup dah ke satu hari kau makan sendiri?

Kedua...
Sebagai budak lepas belajar, yang konon-konon ada degree dan sepatutnya gaji beriban-riban. Kau mesti nak pakai kereta. Maklumlah antara kawan, kau antara paling tinggi belajar. Tapi kawan kau yang lepas spm kerja kilang dah boleh bawak kereta. Timbul tak perasaan, 'apa function belajar tinggi-tinggi'?
Bila kau nak pakai kereta, persoalan-persoalan ketuk kepala otak kau,
Cukup duit? Ade ke duit muka nak bayar? Kau dah habis hutang PTPTN? Minyak? Maintenance? Bawa kereta dalam jammed? Yakin ke, yang alasan nak balik kampung lepas ada kereta tu boleh kau laksanakan? 

Ketiga...
Kau ada hati nak sambung belajar sebaik-baik sahaja kau nampak kawan-kawan upload gambar dorang dengan kawan-kawan baru di universiti baru. Kau rasa terbakar? 
Betullah, "belajar sampai ke negeri China". Tapi sejauh mana China tu kalau duit kau pun cukup-cukup untuk naik bas dari Shah Alam ke Johor? Sejauh mana China kau tu, kalau pasal China kau pun, kau tak tahu menahu - kaitkanlah benda ni dengan, kau nak belajar, tapi kau tak tahu nak belajar apa, sedangkan otak kau fikir kau nak berjimba je.


Tapi, gua RASA gua kena YAKIN yang once gua sambung belajar, dengan duit scholarship tu, gua boleh kahwin, gua boleh beli kereta. Banyak duit sikit, barulah gua boleh beli rumah - tak kisahlah murah ke mahal.

Kesimpulannya, sampai bila nak jadi hamba duit? 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

sudah berakhir episod si betong.

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

Quizizz dalam PdPc