Posts

Showing posts from November, 2010

Cerita Cuti.

Image
poket kosong menyebabkan cuti semester kali ni kurang keghairahannya.bosan.cuti dah lama tapi menyebabkan banyak aktiviti yang mengunjung, aku biarkan dulu badan berlemak dengan keseronokan tanpa duit. 1) kursus kepimpinan JPNR UiTM Shah Alam di Taman Negara,Pahang. 2)Program Finishing School di Bukit Kiara. 3)Malan Pra Graduan di Kiara Equistrient Resost Malam Pra Graduan Kem Kepimpinan JPNR yang aku fikirkan aku join semua program ni nak berseronok dan enjoy. makan pon free. menjimatkan duit yang sedia kontang ni.secara keseluruhannya aku seronok.tapi aku ada belajar satu cotation hidup. "Jangan suka memerhatikan segala gerak geri orang lain kerana apa yang kita perhatikan akan menjadi perhatian orang yang kita perhatikan malah akan menjadi bahan bualan dari pemerhatian mereka" cop, lagu satu JANGAN BUAT PAYAH. okay, aku malas nak berceloteh pasal benda ni.sebab kalau bercerita akan sampai esok subuh walaupun sekarang baru pukul 9. start cerita dah ni.kau aku ...

hasil mata untuk hati

lagakmu megah. seperti seorang wira. ingin membentang warna gemilang. murni hasratmu. kau hadir dalam ketika orang lain menyusun cahaya. membawa segenggam kegelapan. untuk dihadiahi kepada pelusuk dunia. semaki keji. jejakmu kau anggap mulia. jejak kami kau murkai. fikirmu, kata, kau susun kemas. perintah, kau tutur lancar. gaya, kau persembah indah. cara, kau lontar molek. namun,bagi kami tidak. kerana kemurkaan yang kau beri. langkahmu kian menjauh. banyak kau sudah lalui. apa itu kualiti? bagi kau, YA. bagi kami, TIDAK. kerana kemurkaan yang kau beri. terkadang aku terfikir sejenak. kenapa aku begini. dan,  kau tak penah berfikir, kenapa kau begitu. kerana kemurkaan yang kau beri. TERIMA KASIH kau DARI kami. kerana kemurkaan yang kau beri.

sudah rezeki

:) mulakan dengan senyuman. ehem...salam keceriaan untuk pembaca. kalau ada lah. "tak apa lah dik. kami tak cari part-timer. sorry ye." aku berlalu kesal. "apalah. part-timer pon manusia juga" bisikan hati menderu. dalam hujan perjalanan ke puncak perdana jam lebih kurang 3 petang. hujan itu lebat. roda dua itu terpaksa berpatah balik menuju ke sebuah stesen minyak. hujan makin lebat. seakan tidak memberiaku pergi dari situ pada waktu itu. aku duduk.satu mamat bangla menghampiriku. senyumnya kelat. sesungguhnya aku benci akan bau badannya.memang menghilangkan selera makan aq. namun, sebagai pembawa edentiti negara. aku senyum padanya. kata-kata aku tidak difahaminya. aku tanya kanan dia jawab kiri. kan lain tuh. ambil keputusan sahaja untuk masuk ke dalam. berjumpa dengan seorang minah endon. aku cuba untuk bertanya padanya. cuba nasib mana tahu aku dapat kerja untuk penuhkan masa cuti sem ni. tak ada lah aku tidor, bangun, makan dan online saj...

SWEET SENGAT!

Image
ini adalah berdasarkan pemerhatian dan bila aku memandai. ramai dah wujud GAY sekarang. nak tengok kat mana? nak beritahu la ni... *area pemimpin (makan cili nanti pedas la.) *area bijak pandai/universiti/koleh dan lain-lain *area asrama/kolej kediaman atau sama waktu dengannya. *area sekolah sama jenis. *area dinding/pintu tandas awam. *area bus stop *area tiang elektrik *area lorong belakang *area lorong depan *area lorong kiri *area lorong kanan *dan mana-mana area. JADI, WASPADA LAH!

DANAU KASIH MAK!

Image
sajak ni sedikit mengingatkan aku kepada mak.aku rindu dia.semua kawan-kawan dah berada di rumah dengan keluarga.aku? keluarga juga tapi tanpa mak.aku mahu mak.sekarang aku sedikit manja dengan mak.aku tak tahu kenapa. teringat masa aku balik seminggu sebelum peperiksaan.apa yang aku nak mak tunaikan.nak nasi lemak, mak buat.nak nasi ambeng, mak turuti.dan agak mengejutkan aku bila mak sanggup melayan kerenah aku yang mengada nak bungkus nasi ambeng tu guna daun pisang.mak ikut semua permintaan aku.tanpa mak mengeluh. saat ini juga aku suka mengimbas kembali detik dulu-dulu.masa sekolah, aku bermasalah.aku sekolah jauh dari rumah.duduk di asrama.seminggu sekali mak akan datang menghantar makanan dan sedikit wang belanja.mak naik motor.pada satu hari mak dapat panggilan telefon,aku buat masalah disiplin.telefon bimbitku di rampas.pada masa mak nak balik dari sekolah,mak nyaris ditahan oleh roadblock polis.mak cakap, mak buat tak dengar dan terus pecut laju motor panduannya.mak tak a...

sarang burung

Image
kini aku blur. sangat blur.otak aku semacam sempit. tingkat 13 tinggi bukan?dan aku kini berada pada ketinggian tersebut.entry kali ni bukan nak cerita pasal gayat atau tidak. aku mahu bercerita bahawa aku bosan saat ini.tak tahu nak buat apa.lappy sahaja menjadi penemanku. online 27 jam. ini rumah kakak aku. cuti sem dah mula. memandangkan tak boleh balik kampung. (ada kursus n kena handel satu program) terpaksalah aku duduk rumah kakak aku ni. senang nak ulang-alik ke kolej. first day, seronok sebab aku dah berjaya dapat tahu macam mana nak ke rumah kakak aku. walaupun awalnya aku salah naik train. nak ke ampang tapi p sri petaling pula. :) sampai di rumah aku dah mula rasa pening lalat. mana tidaknya. terpaksa berdiri dari shah alam sampai ke sini.dah la bahu ada beg lappy.apa lagi, buat muka tak tahu malu, aku bersila saja dalam train tu.malam tu, aku diserikan dengan kemeriahan bunga api. suck! meriah la sangat. kepala aku pening ni! aku cuba intai.memang nampak. sekita...

SOALAN?

entah kenapa. soalan terus bergelumang. apa? kenapa? bagaimana? dimana? bila? siapa? kemana? dan bla bla bla. apa yang aku soalkan? kenapa soalan ni datang? bagaimana aku nak selesai soalan ini? dimana aku ketemu soalan? bila agaknya soalan ni nak berambus? siapa boleh tolong singkirkan soalan? kemana soalan ni selepas ni? dan bla bla bla

RITUAL masyarakat-KU

tertarik dengan dengan hal ini.banyak yang berlaku pada orang ramai.seronok menunaikan haji. "LABAIKALLAH HUMA LABAIT LABAI KALA SYARI KALA KALA BAIT " sayu sahaja bila mendengar seruan ni.tapi sedikit aku nak skop kan pada entry kali ini.entah kenapa aku tersentuh dengan sedikit ayat ni. "umat islam pada hari ini menjadikan pergi haji sebagai ritual" benar?rasanya boleh jadi juga. tengok la sekeliling.balik haji, masih sama.jadi? -masih lepak di kedai kopi. -masih lagi mengumpat sana sini -masih lagi berurus niaga ala-ala cekik darah. -masih berdandan seperti ala-ala diva. -masih lagi suka mendengar kisah-kisah loteri - dan masih masih masih... suka eh dapat gelaran haji tu?

CORETAN SEMESTER !@#$%^&*^$@

assalamualaikum.alhamdulillah.sudah tamat untuk tempoh semester kali ini.lega rasanya. agak tough la sem ni.sedikit sukar bag aku.baik dari akademik mahupun kehidupan.aku tak mahu cerita panjang.cuba untuk list -kan apa yang aku dah lalui... - pertama kali menjadi abang PM (pembantu mahasiswa). pengalaman yang best .kerja kuat tapi ada baloinya sebab jadi glamor sekejap. - aku dapat merasakan gaya pemakaian aku berubah pada awal sem.lebih smart la sikit.semangat tu awal-awal sem jek. - Banyak kerja persatuan yang kena buat. Tapi entah kenapa sem ni aku malas nak buat sangat. So, jadi backup jek.sorry to all of you. (bubur tautan ukhuwah,Malam Lagu, Kopi & Puisi, Hari Anugerah etc.) - kehidupan yang boros. Asek keluar jek. Tengok wayang, karoke. dan aku tak tahu sejak bila aku kuat shoping!Huh... -Berpindah rumah. Terpaksa tinggalkan rumah lama sebab memikirkan kerja kononnya. Sorry kawan. Rumah atas air kecik la. Selfish kan aku? Yes I am . - Konflik persahabatan melanda. Mala...

aku dia dan kisah kami

rindunya.masa tu, kita sekolah lagi.kita kelas lain.awak kelas lain. awak kelas pandai.saya tak lah sangat.tapi saya ok dalam periksa. jadi, dah takdir saya dapat masuk kelas tambahan bersama awak. jujur saya cakap, saya tak kenal awak sebelum tu. muka awak baik.suci je. sedap mata saya tengok. senyum awak, suara awak,jalan awak dan cara awak gelak. boleh buat saya ketawa je. saya janggal.masuk kelas pandai-pandai ni. saya selalu perhatikan awak.awak tak perasan. mungkin masa tu saya shock sendiri lah.kasihan saya kan?datang kalas. hari demi hari saya datang. tapi suatu hari saya berjaya berselisih jalan dengan awak di sebuah tangga. saya tengok awak. awak tak kot.saya tak perasan lah.saya cuba cakap sesuatu dengan awak. tapi saya takut. sebab kawan awak ramai. saya pun bukan kenal dia orang.entah kenapa saya perasan awak perlahankan jalan.saya terlepas cakap yang saya suka awak.saya malu.awak tak ada respon pon.awak tahu, betapa gembiranya bila saya dapat nombor telefon awak. saya san...

subtext.

Image
huh.nak pindah lagi. semacam nomad dah hidup nih. rumah jauh.ingat senang ke nak pindah randah ni. kenapa lah tak boleh stay tempat yang sama je sampai abes belajar. so, untuk memudahkan kami sebagai pelajar, pihak kolej ada sediakan stor untuk kami humban barang-barang.nanti next sem ambil semula la.tapi dengan syarat, kami perlu memasukkan semua barang2 kami dalam KOTAK. jadi, aku perlu cari kotak. kotak...push...kotak! (mengerang) suatu pagi di rumah akak.bercadang mahu mencari.nasib menyebelahi aku apabila kakak memberitahu bahawa jirannya ada menjalankan perniagaan kotak.so, bergegas ke rumah beliau. kalau dah nama perniagaan, mesti lah nak ambil kotak kena bayar.jadi... makcik : nak banyak ke? aku: barang sikit sahaja.bagi la dalam dua. tiga kotak. makcik: la ingat nak 10 kilo ke. huh.ambil ni! aku: berapa ringgit ni? makcik  : tak payah bayar lah. kalau nak bayar sangat, payong makcik KFC jek. ha??? maksud?

dangerous

dunia sekarang. tak kira kat mana pon. bile kita ada nama, ada kuasa, semua jadi milik kita. kata-kata kita orang dengar. boleh mendajal sesuka hati. yang di bawah jadi balaci. apa mahu jadi?