Salah siapa?: Harga minyak turun, rakyat masih merana.
Khabar gembira mengenai penurunan harga minyak awal tahun ini melegakan ramai pihak, khususnya mereka yang setiap hari 'menunggang' kenderaan ke tempat kerja. Namun, adakah benar selepas penurunan harga tersebut menjadi faktor penurunan harga barangan lain seperti ayam, ikan dan udang? Sangkaan penulis sama sekali meleset. Persoalannya, adakah penjual sengaja menaikkan harga sewenang-wenangnya atau pembekal yang menjadi faktor uttama kenaikan ini? Atau, ia disebabkan perayaan 'mereka' dah nak sampai, semua barang kena naik? 'Kita raya, mereka kaya. Mereka raya, kita papa.' pepatah ini sering menjadi dodoian penulis selama ini. Baru-baru ini, penulis ada singgah di pasar berhampiran. Kenaikan harga barangan keperluan harian dari RM1 sehingga RM4 menyebabkan rata-rata pembeli dan peniaga terbeban dengan tekanan kewangan yang semakin menghimpit kehidupan mereka saban hari. Seorang peniaga, Zamri Ismail, 47, berkata, kenaikan harga barang memang kerap be...