Posts

Showing posts from December, 2014

Dak-dak Habis Belajar

Oh ... sebenarnya menghitung hari melabuhkan tirai sebagai seorang PELAJAR PRAK T IKAL . Ya, dalam kenangan, seronoknya! Bila nak ada kereta? Bila nak ade isteri? Bila pula nak lambung-lambung anak sendiri? Aku yakin yang ini bukan desakan nafsu semata-mata. Ya ... ini tanda aku semakin matang berfikir. Gitu! Ala, kawan-kawan dan bersolek atas pelamin, takkanlah nak bagi aku tonton saja? Bagi aku peluang realiti, please ! Bila berbicara tentang harta, kawen dan sebagainya ... aku tertarik nak mengheret diri aku ke satu masalah lain yang lagi kritikal daripada segala macam. Masalah yang mendesak seorang bakal graduan universiti.  Siapa kata belajar tinggi-tinggi akan dapat kerja senang? Bak meh percentage graduan lepasan degree, sekarang dah boleh pakai Honda JAZZ, yang macam aku impikan? Kalau lebih 75 peratus, aku setuju dengan kenyataan "belajar tinggi, hidup senang". Walaupun aku tak pandai Math , tapi sempat juga aku kira-kira hutang lepas bergelar grad...

SEBELUM AKU....

"play anything but not religion..." Duduknya aku bersama dua jejaka tampan, ya ... dia oranglah kawan makan hari Jumaat, kawan gym dan kawan tengok Malaysia lawan Vietnam, semalam.  Naim (KUIS) & Haikal (UIAM).  'Ah .. mungkin sahaja kawan kontrak semasa praktikal ni berlangsung,' fikirku. Waktu duduk tu, si budak KUIS ni tiba-tiba berperilaku seperti seorang ustaz. Memantulkan soalan berunsur islamik. Berbeda daripada kebiasaannya. Manakan tidak, biasanya hanya 'awek' sahaja menjadi bahan bualan .. ha, ini rahsia yang tak perlu diperbesarkan. Respons budak UIAM hanya senyum dan ketawa kecil. Maklumlah dia ni matured, bersesuaian dengan usianya.  "... masa rakaat ketiga zohor semalam, aku gelak. Habis batal sembahyang aku." Dia memperdendangkan cerita dia mentertawakan seorang imam yang apabila takbirnya, seakan-akan bunyi 'mengahak'.  Nyaris sahaja aku tumbuk budak si naim ni. Masa solat pun nak main-main. Eh .. hel...

AYAH BUKAN ABAHKU

Sengaja aku labelkan diriku sebagai anak derhaka. Manakan tidak ... aku dapat rasakan yang aku menyonsang arah daripada kebatilan dan kezahiran - aku tak tahu apa yang aku nak sampaikan. Cuma membiarkan tarian jari bergerak pantas di papan kekunci komputer ini. Lenguh juga menggayakan, anak kampung yang tak lahir dengan gajet - aku.  AYAH- baru sahaja aku mengedit sebuah cerpen tentangnya. Ya, bait dan setiap makian dalam aksara itu sangat menembak tepat pada lorong hati. Membuatkan aku terpaku dalam lamun, 'Apakah benar aku ini anak tak guna? Membiarkan sahaja yang sonsang terus menyimpang?'             "Mengutamakan pencarian harta dunia berbanding harta ukhrawi." Sedikit komentar penulis dalam sulaman cerpennya, aku teladani. Tambahnya lagi, "Masa itu nanti tidak perlu berdoa ... tidak perlu bertafakur. Bukan apa-apa, sebab ribut yang datang tahu programnya sendiri." Tersentak aku, memaku. RIBUT - aku mengerti apa-apa yang penulis katakan...

Warkah Khas, Teman Berjaya

Image
"... dedikasi khas ini gua leterkan kepada rakan-rakan, alumni-alumni dan pastinya graduan Akademi Pengajian Bahasa yang berjubah petang ini di DATC UiTM Shah Alam...."  Perlahan-lahan aku titipkan tarian jari di papan kekunci komputer kepunyaan sebuah syarikat terjemahan termasyhur di Kuala Lumpur ini. Ya, aku gembira. Rakan-rakan KEBAYU , rakan-rakan APB, rakan-rakan di pangkuan sekolah dahulunya dan sekalian semuanya.Ya, jutaan tahniah sahabat sekalian.  Sesungguhnya lirikan senyuman kalian jelas terlihat. Bersama mak bapak, keluarga dan tersayang. Dengan jubahnya ala-ala Harry Porter (entah betol ke tak aku eja ni. biasa mengalami penyakit typo dan ketidakpastian dalam mengeja bahasa Inggeris adalah masalahku), tak kisahlah jubah besar sikit daripada baju-baju sebelumnya.  Semoga kenangan yang kalian palit bersama sepatu hitam kilat semalam menjadi antara boneka leteran untuk cucu-cucu kalian suatu masa kelak. Maaf ... jika kehadiranku pada hari ...