2020 untuk Malaysia.
Perancangannya 2020 adalah tahun Malaysia mencapai negara maju.
Kini 2014. Lebih kurang 5 tahun kebih negara ini akan maju. Wah, aku bayangkan 2020 nanti Malaysia akan memiliki kereta terbang. Ehhem.
Hari ini 18 Mei 2014, aku berjalan di sebuah bandar mewah (merangkak dalam dunia membangun).
Pada masa itu, kiri aku bersama seorang pendatang. Kulitnya putih bukan atas sebab minum aura white, tetapi memang asal keturunan dan lumrah negara itu. Bahasanya pelik dari ketahuan aku. Tingkahnya juga buat dahiku berkerut. Lalu di hadapanku seraya itu menundukkan hampir seluruh tubuhnya. Aku diam hanya memerhati. Hanya senyum supaya tidak kelihatan janggal situasi itu. Selesai deskripsi di bahagian kiri.
Kananku juga tidak kosong, ya kali ini wanita itu mirip kulit denganku. Tingkahnya juga sama. Bahasa tuturnya juga sama dengaku. Cumanya asap yang keluar dari celahan jarinya sahaja yang membezakan aku dengan dia ketika itu. Oh ya, pakainya juga boleh dijadikan faktor perbezaan antara kami. Bukannya apa. Aku fikirkan, seluar di bawah lututku sudah cukup tidak menggambarkan siapa aku sebagai etnik Melayu di Malaysia ini. Hiasan wanita berbaju merah itu seakan-akan memotong kain yang sepatutnya menutup dua biji yang membusut di dada. Juga seakan membenarkan aku melihat ciptaan yang membengkak di bahagian belakang separuh badannya itu. Sengaja ditonjolkam untuk paparan. Maaf minat aku untuk wanita yang biasa-biasa sahaja.
Toleh sekejap. Mungkin rezeki. Okay, cari bahan lain. Kali ini kedua-duanya beredar. Jarak mereka lebih jauh namun juzuk penglihatanku masih boleh mengamati apa gerak laku mereka. Sedang lelaki luar negara itu berjalan. Ya seakan tercari-cari arah. Jalanya di pintas oleh wanita itu dan tidak semena-mena langkah lelaki itu terhenti. Langkah henti itu adalah respon kepada satu objek yang jatuh di hadapnya. Ya, aku tahu objek itu adalah punca asap di celahan jari wanita tadi.
Yang buat aku kerut dahi adalah apabila wanita itu terus membongkak jalannya ke belakang. Sedang lelaki tadi masih tercegat membuat keputusan. Sama ada mencari mana papan tanda yang tidak membenarkan putung bersepah di situ atau apa salahnya di negara bunga raya ini.
Kali ini keinginanku untuk membantu lelaki tadi menggerakkan langkahku. Ya, untuk menjaga kehormatan negaraku rancangnya. Keluh aku, apabila orakan langkah tadi terhenti kerana satu lori dan beberapa kenderaan lain menghalang. Ya, aku terhenti.
Oh datuk. Maaf. Aku tidak menyumbang dalam pembangunan negara untuk terpa ke tahun 2020.
Comments
Post a Comment