Posts

Showing posts from June, 2011

"AMPUN PAK"

malam itu sonsang. berbeza dari malam lain. aku di kamar seorang. layan lagu-lagu sex pistol dari speaker baru. niat ingin berkawan ni masih lagi tebal. aku tobros rasa ego.  keluar rumah dengan seluar yang ala-ala kain pelekat ke bawah blok. "elllllllo kawan" semacam tak pernah jumpa. malam itu, perbualan kami hanya berteman satu dua bintang. duduk kami lain. kaki diletak atas meja batu, ada juga yang mengangkang nak mendapat ruang yang selesa. teringat masa melepak di tepi jalan, bawah lampu neon dengan hiasan-hiasan motor. kalau ae cikaro, boleh masyuk juga. entah kenapa malam itu, tiada perbincangan yang menarik kami terjemahkan. mahu saja aku hadiahkan tali gantung pada semua kawan. tak ada idea, mahu ajak lepak. annoying pula aku rasa. angin yang bertiup mengajak mata lentok seketika. "jom balik" sapa seorang kawan. alim juga perawakkannya. mahu angkat bontot. "ok, kita dah kena tangkap. kesalahan kita lepak tanpa segan" ketawa lagi..! bukan mahu m...

KENAPAeak?

semalam aku ke sebuah lorong. gelap. ya, ianya sangat gelap.seringkali aku meraba-raba setiap tubuh dinding menjadi panduan.saban kali aku menapak di kelopak air, kasut berjenama aku dipenuhi air.aku tak mampu nak buang ddan hanya biarkan ianya bertakung. kalau buka kasut ni, mesti umph bau-nya. sehinggalah aku terlihat pada satu cahaya yang disitu juga terpalit suara-suara onar. aku cuba meluru ke siti. langkah aku pantas. makin aku tuju, makin kacau suara-suara tu. "annoying jugak" jeritan batinku mula merocak macam Lan Typewriter selalu nyanyi tu. terpekik terlolong suara mereka. tapi aku nampak ada satu golongan lagi yang sedang duduk mencangkung sambil meletakkan kedua tangannya di atas kepala. mungkin kerana rasa sakit kepala dengan jeritan suara-suara annoying tu ataupun, mereka cuba nak buat sesuatu yang unik. manusia kan?! kesian kan? sapa kata kita dah merdeka? kononlah. buat bazir duit jek beli bendera kalau kita langsung tak faham apa makna 14 jalur pada bendera...

JEJAK

Image
pertamanya nak ucap terima kasih sebab berjaya buka blog aku ni. maklum lah tak glamor mana pun sampai nak cecah follower until beribu bagai. yang penting, sapa-sapa yang baca entry kali ni akan menjadi kesayangan aku sampai ade post terbaru nanti. kalau nak aku sayang sampai lebam, sila baca semua post aku yang bakal membosankan korang. ini adalah contoh makhluk yang HADAP dengan peminat. hello guys, i am azizi dain. macam artis betul da. aku malas lah nak cakap panjang. cuma nak ajak korang semua menonton video kat bawah ni.. eh, nanti direktor marah. menonton ke menyaksikan? hmmm... hope u guys like it. lalalallalalalala     kata pengarah kena cakap terima kasih lepas penonton bagi komen. so, komen la.. jangan lupa bertemu di episod yang akan datang!  adiyoz! *kalau rasa video sini annoying, boleh la search youtube : http://www.youtube.com/watch?v=xadxYxpyrpY

bila korang di rumah

mentari dah muncul. kalau boleh nak senyum pada beliau. hari ni hujung minggu. ramai kawan yang mungkin berada di rumah sedang meratah asam pedas. masakan apa, bukan isunya pada entry kali ni lah. sebabnya, hampir setiap kali nasi goreng dan lauk tambahan menjadi santapan aku dekat sini. awal pagi aku bangun. walaupun air shower tu dingin, aku relakan tubuhku dinikmati olehnya. mana tidaknya, kolej sediakan paip kecil yang comel, aku patahkan. report sampai sekarang tak ada apa tindakan. tak rasa membazir form ke kalau suruh orang isi, pastu nothing?! itu kerja kalian lah. selesai lipat lah alas syurga, aku sangkutkan di atas ampaian. mata kecil rasa sangat mengantuk. mata besar, sebuk menagajak mengintai blok hadapan. kadang-kadang aku argue juga dengan kecerdikan kolej ini. seakan mengajak aku ke lembah. ada ke patut diletaknya blok wanita rupawan di hadapan blok kami. alasannya, kami sudah besar. sebab dah besar lah, kita jangan bagi peluang. makin besar, makin panjang akal dan...