Posts

Showing posts from March, 2010

sakit

argh.. sakit nyer hari ni.. sakit sangat.. ke sakit an yang terlalu sakit sehinggakan aku boleh jatuh sakit begini tidak pernah rasanya sakit begini kerana sakit ini berbisa. jangan dekati sakit jika kamu tidak mahu sakit itu MENJADI PENYAKIT

bukan untukmu!

ia lahir dari lubuk. namun tak terpancul dek bicara. entah kenapa jurang pemisah semakin pekat noktah hubung kian terpancul di setiap liku. aku tidak memaksa ia datang. aku tidak menjangka ia muncul. terbalikkan semua perkara. aku hanya aku dan kau... kejujuran yang ku simpan selama ini hanya lakunan yang terpaksa. entah kenapa aku terpaksa dan...? salam wahai sahabat...

lebih dewasa..

apa maknanya? jika kamu bergelar sahabat. janji pertemuan diikat setia. konon ikatan ukhuwah dijalin mesra. menebak setia disebalik omongan. lakuan coretan diselindung kebatilan! namun? kini semakin pudar. duhai sahabat. nyalakan neon itu agar ia tidak terus pudar... ampun teman. salam sayang dari sahabatmu...

bagaimana??

setiap kali bertanya... bagaimana? kenapa? apa? dimana? siapa? kemana? bila? adakah kita sedar akan pertanyaan kita? atau hanya untuk mancari publisiti? adakah soalan itu datang dari hati? dan kenapa hidup manusia penuh dengan persoalan? pelengkap hidup? atau jangan sempitkan pemikiran anda? yang mana satu? entah lah... namun... terpulang lah pada individu untuk menilai.

bila aku seorang

Image
salam.. ucu seorang saja sekarang. jam di telefon dah jam 4 pagi. ucu masih tak ngantok. apa yang nak buat? nak wat assignmnent lah kononnye, bile tengok notice, ah, luntur balik semangat ni. banyak nyer keje ucu. kenapa tak ada mood ni.. niat dah sesuci lebaran nak buat. namun ada sahaja yang membatasi. adakah antara sebab itu adalah internet?? arghh...tensionnye.. nilah notes tok peringatan sem ni. arghhh banyaknyer asignment!!! pergi umah akak.lama x pergi. tadi naik motor. rempit jek gaye.mesti orang pandang jijik . ucu bukan cakap bohong, sebab tadi motor tu pancit, macam ucu duduk di planet lain. tak ada pun yang berhenti tolong. nasib ucu dan member baik sebab bengkel motor dekat ja.kalau tidak menapak lah jawabnya.sedih kan tengok rakyat malaysia. benda ni menyebabkan ucu balik saja dari umah akak, terus tengok cerita adnan sempit.haha pecah peruttengok cerita tu. bila tengok jek cerita tu, ingat director dia cakap, "saya buat cerita bagi orang paham bukan s...

mungki juga terjadi

assalamualaikum... hari ini bertemu lagi dengan matahari. matahari seakan tersenyum duka dengan keadaanku yang kerap sahaja tersasar. legaran legasi fikiran terus menerawang disetiap sudut wang. kemana dan apa mahuku? bertitah dengan arus mega yang sentiasa berlegar di landasan pawana, terus menjangkau ke puncak igauan dan fantasi. datangku merantau. terkongkong di dunia asing. terkadang aku merintih menerusi penderitaan. namun ia terdengar oleh hatiku sendiri. tiada siapa mampu menghulur. kiri adalah sama, kanan juga. kami terhimpit dek masalah ini. ya ALLAH tolong cekalkan hidupku. keyakinanku kian membongkar segala hasutan. berdusta di sebalik keyakinan? apa gunanya? kini keredaan menjelma. eh ape ni?ko datang sini an nak belajar.makan saja tahu!kita anak susah.sedar diri ya!duit,duit dan duit! tak ada benda lain nak minta? aku kini luluh dalam dilema sendiri. mengayuh seorang diri... siapa mahu menghulur? siapa mahu menanggung? di saat ini aku memohon b...

satu dua tiga...

ayuh mulakan langkah... gerak tari kian melentok... tidak menyangka lontaran suara yang bergema, kini merubaha pada tapak seni tarian... paras bahu tanganmu, pacak tumit mu... ayuh lenganggkan perjalananmu, laungkan sekuat mungkin.... kiri...kanan...kiri.... berbaju hijau kemas ala perwira. kau lah komander kesatria.. puisi ini ucu khas kn untuk kalian yang ucu tengok sedang bergerak tari di bk.. haha kantoi!!! chayok wok.... adioz...

terbalik sudah!

Image
seekeor kucing sedang tidur dengan gayanya yang tergolek . opps... salam daripada ucu. ada kalian lihat apa yang tertera di atas ini? terbalik bukan? bukanlah tujuan utama entry ini untuk berbicara tentang kucing yang tak berdosa ini. ah, maaf kucing, mengganggu kamu tidur pula. ucu mahu berbicara tentang pergolakan dunia pada masa kini.  seringkali kita perhatikan kes buang anak,kes rogol, kes rokok, dadah dan pelbagai masalah sosial lagi. namun, perkara ini seperti tiada noktahnya.perkara ini semakin kerap berlaku hinggakan banyak pihak yang bimbang. apa puncanya? mulalah timbul jawapan salah ibubapa, kurangnya didikan dan terus-terusan menuding kepada pihak tertentu. apa masalah sebenarnya? bukan ucu nak merungkai namun ingin mengajak anda semua sedar. cuba lihat kucing yang tidur dalam keadaan terbalik itu.  adakah manusia ini juga berkelakuan terbalik? semakin ditegah semakin seronok mereka meakukan perkara tersebut. cubalah kita suruhnya ke masjid, surau atau tempat-tem...

kali ini di paparan akhbar!!!

DI BAWAH 'LANGIT' PUISI Oleh Nurul Huda Kosnon bhsastera@nstp.com.my 2010/03/11 Suara didaktisme dan kebenaran berkumandang di Rumah Pena SUARA didaktisme dan kebenaran menguasai Baca Puisi Pena di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini, yang menampilkan pelajar Fakulti Seni & Artisitik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pimpinan pensyarah mereka, Abdul Ghafar Ibrahim (Agi). Tirai baca puisi dihangatkan penyair veteran, Borhan Md Zain, ketika tampil dengan puisinya, Sisa Kaki, berkisar kepada penderitaan manusia ketika dilanda peperangan dan kekejaman golongan tidak berperikemanusiaan. Kakinya melangkah ke kamar malam Dalam jeram suram yang seram Menongkah pedih mencari pelita suci Agar cahayanya mengerdip sinar murni Tetapi lorongnya terlalu sempit terhimpit Hingga terkapai nafasnya Lemah longlai tubuh tiada bermaya Lalu ia menjerit; jeritan amat sayu Dan sendu-sendu menggigit setiap batas Kemanusiaan menusuk pada setiap ruang masa. Tiada siap...

kehidupan aku mula bangang...

salam sendu sedan dari ucu... kehidupan ucu semakin menggila buat masa ni. dari sudut perhubungan, cinta dan juga diri sendiri. ucu semakin lewah. kanan dan kiri seperti menikan ucu senyap-senyap sakitnya hanya ucu sahaja yang tahu. apa mereka tak punya perasaan? siapa kalian? apa juga kelebihan kalian. hanya atasan yang memegang sebagai gelaran buka boleh bawa ke mati!!! ucu kini terdempar.. keseorangan dan keseorangan terus keseorangan. siapa yang mahu menghulur?? entah lah... hanya dari ucu... adioz...

dia datang lagi...

Image
ouch.. ucu buat cool saja.. padahal dalam hati ni huh.. seperti nak terkeluar sahaja jantung ini. sekali lagi ucu bertemu dengan i snin   dimana subjek hari tu ******g tak sabar rasanya nak habiskan semester . harap dapat yang terbaik untuk diri sendiri. nak dapat baik apa. petang ni ada test. ah ucu tak baca apa pun.. tu ka yang dinamakan baik? huh... agama belajat cam bukan agama semua belajar sejarah. ucu dah sangat suka dengan sejarah taksub sangat sehinggakan ucu mampu tidu di kelas. "saya ajar di depan awak tidur. awak ingat saya tunggul?" sungguh merdu ayat itu kian hari terngiang di telinga. eh apa ucu merepek ni.. jom study !! tapi tak lambat ka? huh hasutan ablasa ...

FRINJAN ke??

salam... huhu nak luah perasaan ni.. dengar yek.. hah tunggu bas pun 2 jam. sakitnye.. hari minggu kot. " eh apasal lak. hari minggu lah kene banyak bas .!" maghrib-maghrib dalam bas. "mengantuknya!" wa..bila sampai saja mereka baru set upbarang-barang. "kata start pukul 5?" tak apa lah. jalan-jalan dulu yok. pukul 8.50 baru start. "biasa lah janji m****u" wah dira jd mc lah...ala yang masuk sehati berdansa 3 ngan laki dia ash ... "Pekan Frinjan 9.0" huhu..puisi mereka sempoi.. ala orang dah popular baca macamana pun orang lain anggap best kan. cuba kalau ucu baca macam tu, ada kena baling kasut gayanya nanti. persembahan korang sempoi.!!! sorry lah ucu x dapat tengok sampai habis. bas tak mengizinkan.. huhu lain kali pannjang umor kita jumpa ya... huhu.... adioz...

rumah pena saksiku

Image
hari ini 5 mac 2010 ucu bersama Ez, Shah dan ery pergi ke rumah pena (persatuan penulis nasioanal). kami datang bersama seorang pensyarah, AGI. dipelawa untuk menyampaikan puisi dalam apa jua bentuk. UiTM telah menghantar beberapa orang pelajar untuk menyampaikan puisi mereka. begitu juga ucu...menyampaikan puisi "rintihan" karya ucu sendiri. ucu berbangg kerana dapat menyampaikan puisi itu dengan jelas dan bertenanga. pada mulanya rasa seperti down sangat. semua penyair dan penyajak terlalu hebat. tambahan pula, dari UiTM ada yang menyampaikan basking. mereka hebat. namun ucu terus menguatkan semangat demi melihat kepada usaha ucu selama ini. sia-sia sahaja jika ucu tidak berbuat dengan betul pada malam ini. tidak terbalas usaha ucu. namun ucu mampu mengukir senyuman kerana selepas ucu menamatkan bacaan sajak itu, tepukan yang gemuruh dilemparkan kepada ucu. ucu berbangga. pensyarah ucu berkata, persembahan kami perfect. yes! ucu berharap agar ucu dapat melibatkan diri dala...

untuk PENA!!

salam ukhuwah dari ucu... esok merupakan hari pertama...bukan malam pertama seperti mencanangkan kata-kata kesat. esok merupakan hari ucu berpeluang menyampaikan sajak atau puisi ucu di hadapan atau penulis-penulis Malaysia. rumah pena akan menjadi bukti kisah ini. dan berikut adalah puisi yang ucu reka untuk dipersembahkan : semalam, tika ku belek dada-dada akhbar, nyata peritnya hidup anak gaza, hari ini ku paparkan helaian media, ia masih sama malah bertambah ngilu, esok, andai ku tatap corong radio, bagaimana pula? kapan segalanya ini akan ke noktah? sekian lama ledakan zionis menghiasi tanah salam, dendangan senjata mendodoi lena anak kecil, mengheret bumi itu bergolak seperti tiada ayah tiada ibu, terpincang segenap isinya tiada simpati, nafsu yang kian berkecamuk membuak, hingga terpancul darah, merobek kebahagiaan, mencalar kesucian, mendengus...demi kuasa! pasir kini santapan, darah kini hidangan. sedih...pilu... entah sampai kapan akan ku benam coretan ini, jauh di dasar...

bila ucu dah bosan sangat...

Image
ha...ini lah hasil kerja ucu bila orang suruh buat 'assignment'. idea nak buat yang disuruh buat, ucu tak punya, tapi idea ni pula yang tiba-tiba melimpah... berangan ni memang mudah kan?? semudah termenung di depan tangga. opps buat anak dara di luar sana, mak ucu marah tahu tak, kalau kalian termenung di tangga lagi-lagi bila hari nak senja nanti ada hantu t**ek katanya.. oppps lucak pulaknya... terima kasih sebab sudi baca.. adioz...