Posts

Showing posts from July, 2010

nasihat (aku abang)

sekarang kita dah besar pandai pilih mana baik atau jahat pandai menilai mana manikam mana jauhari dapat melihat yang mana putih juga hitam mengenal najis atau kesucian membelek dosa atau pahala. dan kita sudah berarak dewasa dalam setiap tidak tanduk kita penuh dengan jalan sendiri tidak dihalang tidak disekat juga tidak di road-block oleh si 'hijau kegelapan' di tepi kazebo tidak pernah disangkal oleh mata-mata pemerhati juga terpulang sama ada kau atau aku meleleh suci najis benakmu walau hanya secebis hama kutukanmu memekong seluruh pelusok kota hangit sehempedu kotoranmu melambangkan siapa kamu! aturan langkuhmu dulu kemas dek bimbingan si tua namun kini kamu sendiri bertatih?merangkak? terpulanglah... asal kamu hati-hati dengan titian itu... mulut buaya sentiasa menanti mangsanya... ye adik? adioz...
salam mentari pada lewat jam 9pagi ini...aku keseorangan. jari jemari seakan mengajak aku menari di atas papan kekunci ini. aku turutkan. menutur setiap detik hati menerusi urat saraf terus jari temari.aku semakin songsang dalam pemikiran. pemikiran bertambah lesu dengan kerenah sekitar. aku mencari? mungkin ia pengalaman.bila melihat kiri susunan meja yang terletak beg 'bob marley' dan sebungkus plastik hitam yang aku rasa ada seluar slack ku yang bru di kecilkan tempoh hari. menoleh ke arah kanan aku lihat bantal yang tidak bersarung sedang mengelamun bersendirian menunggu diambil. tiada lagi kudengar dengkuran rakan. semuanya sedang enak di buai mimpi. mungkin lena yang teramat sangat kerana keletihan. aku bersendiri.jendela tertutup rapat.desiran kipas sahaja yang mengamuk pada pagi ini. mana tidaknya aku putarkan suis kipas tu ke angka 5. sekurangnya tidak sunyi kehidupanku. walau diteman mekhluk tidak bernyawa.rasa kesengalan telah menghempap otakku. hatiku berbisik. kena...

K.I.T.A

kini di PTAR, salah satu perpustakaan yang agak menjijikkan bagi aku yang anti untuk menjadi ulat buku. jadi memang lah RAJIN untuk aku bertandang ke tempat yang bagi ku PANAS walaupun dalam ptar ni sejuk sebab kehadiran air-cond.namun agak tersentap jiwa dan raga ni apabila seorang lecturer yang baru aku jumpa tadi berkata bahawa sikap melayu adalah tidak minat membaca. is it true? dan aku akan menjawabnya sendiri lalu hati ku berbisik kuat mengatkan YA! so, what's going on? tak kan mendiamkan diri sahaja? belajar tempat Melayu, tak pernah aku bekerjasama dengan orang selain orang Melayu, keturunan tak pernah berdarah campur dengan bangsa selain Melayu dan aku tak pernah berimpikan untuk belajar bahasa yang orang Melayu tak gunakan dalam pertuturan. agak sinis kan ayat aku ni? tapi inilah realiti yang aku rasakan dan yang aku terima sepanjang aku mengena dunia. dalam kesejukan PTAR ini, mataku menjelengir ke sorot-sorot tubuh anak melayu. ada yang sedang sebuk membelek buku di rak...

senyum 3

set up mike... test mike... voice check... ok ASSALAMUALAIKUM, selamat sejahtera, salam satu malaysia! ader la yang menjawab MALAYSIA SATU... begitulah kegiatan aku selama seminggu lepas. pengalaman yang sungguh sukar aku lupakan kerana aku tahu aku gembira melayan program yang cuba mengajak aku membunuh diri sendiri...tai serius memang best! kalau aku boleh senyum, aku dah senyum kat sini. (^_^) kombinasi bersama kawan2 induk lagi. memang best. walaupun kami hanya berkenalan kurang dari 2 minggu tapi dah macam close abes wo. memang best. dalam manisnya mesti ader terpalit kepahitan tu kan? so, paling tak best adalah bila postmoterm! huhu...aku tidur 2x time meeting.he.. nasib baik pengarah baik and sangat memahami. yang lain totally best k! part 2 jek. walaupun menjadi biro program ni memang separuh maut aku dibuatnya. semua PB (pelajar baru) panggil aku ABANG AG. walaupun ada diantara mereka yang sudah berumur 20++ dah amek degree la pulak.tapi tak pe, sape yang salah panggil tu, lep...