jejak keinsafan untuk ayah bonda
salam ramadhan dari anakandamu.
apa khabar hendaknya.
pertama sekali anakanda memohon maaf
menyusun sepuluh jari dengan penuh kesyahduan.
hari ini melangkah ke bulan mulia.
anakanda tidak merasakan kehangatannya seperti tahun lepas.
entah kenapa?
mungkin terlalu awal.
mungkin juga anakanda tidak bersedia.
persekitaran mungkin.
anakanda cuba sahaja.
untuk pengetahuan ayahanda dan bonda,
anakanda pergi terawih sejak dari hari pertama lagi.
setakat ni baru cuti sehari ponteng terawih. ada sebabnya.
banyak dugaan di sini yang perlu anakanda lalui.
kalau ayahanda dan bonda nak tahu,
anakanda di sini sahur jam 3
pernah sekali anakanda terlepas sahur.
makanan dah dibeli. tidur sebentar.
bila anakanda sedar jam sudah 8.45!
dibuang makanan itu.
bukan apa bonda, ayahanda.
memang kedai di sini, hanya beroperasi sebelum jam 3.
kalau tidak, tak tahu la anakanda nak makan apa.
tapi, jangan dirisaukan.
anakanda masih mempunyai makanan untuk bersahur dan berbuka di sini.
cuma kadang-kadang, anakada rasa sedih kerana tak dapat bersama dengan kalian.
anakanda ada kawan-kawan.
boleh la menghilangkan sedikit rasa sunyi.
bila hujung minggu, ramai kawan yang pulang,
anakanda bagaimana? duduk sajalah di kolej ni.
pada awalnya anakanda nak pulang kerumah kekanda.
namun desakan kerja memerlukan anakanda tetap di sini
semuanya batal.
memang penat namun anakanda memikirkan tanggungjawab.
baiklah bonda, ayahanda.
anakanda perlu pergi dahulu.
terima kasih sebab sudi membaca warkah ini.
tunggu anakanda pulang di hari bahagia nanti,
anakanda janji, akan pulang.
jangan sedih jika anakanda lewat.
anakanda impikan masakan bonda,
anakanda impikan kata-kata ayahanda.
semoga kita sempat berjumpa dan meraikan lebaran bersama.
doakan kesejahteraan anakanda di sini.
satu yang anakanda mahu kata,
anakanda sayang ayahbonda sepenuh hati anakanda.
salam ramadhan dengan penuh keinsafan.
merindukan juadah ayahbonda...
daku yang merinduimu
azizi dain
Comments
Post a Comment