"diari anak merdeka" on 31st august @ PUNCAK PERDANA
Hembusan pawana pagi itu meracau. Amin, seorang anak kecil yang sedang membawa usianya ke alam persekolahan duduk termangu. Membelai lembut rambutnya sendiri. Sikat yang dipegangnya dibelek-belek penuh teliti. Menceraikan rambut yang terselit di celah-celah gigi sikat. Rambut ini kepunyaan mama mungkin. Datin Zuri mama Azam yang juga seorang pengetua sekolah cemerlang di negeri Selangor. Dato’ Sufir adalah bapa kepada Azam yang bertugas sebagai wakil rakyat. Tugasnya berat. Seberat tugas seorang pemimpin negara. Azam merupakan anak tunggal hasil daripada carutan kedua mempelai ini. Sejak 10 tahun perkahwinan, Azam adalah satu-satunya anak yang dibelai dengan habuan wang ringgit. Kesibukan Mama dan Papa membuatkan Azam hanya mengendeng kasih dengan bibik, Ibu. Ibu merupakan ammah yang sudah bertugas dengan keluarga Dato’ Sufir sejak Azam mula merengek mengenal udara bumi. Azam menggosok mata perlahan. Habuk mengganggu kerdipan manja anak kecil itu.
Perlahan pintu pagar elektrik terbuka luas. Papa pulang. Melonjak hati girangnya. Papa keluar menghulur kaki dari kereta Mercedez hitamnya. Memandang Azam yang keseorangan sedang terperosok disebalik dedaunan lebar hujung sudut rumah.
“ Azam, mama sudah balik?” Tanya papa ringkas.
“ Belum, papa.” Kesayuan Azam jelas.
Papa berlalu masuk. Laluan papa diiringi oleh tumbukan keras di dada Azam. Mengharapkan pelukan atau belaian lembut daripada seorang papa kesayangan. Azam melemparkan harapan itu sejauh saujana memandang. Pandangan Azam menjurus ke arah anak kucing di hadapan rumah yang sedang dijilat-jilat oleh si ibu. Sungguh mesra. Sekonyong waktu pandangan itu kian lupus apabila hujan merintih membasahi bumi. Larian anak kecil itu gopoh sambil mengangkut permainannya sendiri.
Siaran televisyen hari ini membosankan Azam. Jalannya longlai ke arah rak permainan. Kaki menjengket sedikit dan tangan menggapai kereta kawalan jauh yang terletak di atas almari. Mengomel seorang diri, Azam memuncungkan mulut sambil mengeluarkan bunyi kereta seperti sedang menonton F1. Kereta dipandu laju.
“Azam! Azam!” Ibu memanggil dengan jeritan.
Azam menoleh ke arah jam dinding. Dia yang baru sahaja belajar membaca jam menerbak bahawa sudah tiba masanya untuk pergi ke bilik air dan mandi. Malam akan diteruskan dengan kelas mengaji bersama Ibu.
“Ibu, mana mama? Sudah lewat begini pun belum pulang? Papa sudah lama menunggu tu. Kasihan Azam lihat papa. Mesti papa rindukan mama, betul tak ibu?” pertanyaan Azam lantang sambil dia mengerutkan dahi.
“Sebentar lagi plang lah tu. Kamu jangan berlagak seperti orang dewasa. Ayuh, cepat ibu mandikan.” Bibik mengatur ayatnya agar anak kacil itu tidak terus melemparkan pertanyaan tali gantung itu.
Malam itu berlalu dengan kesejukan. Azam sendirian di bilik tidurnya. Hujan lebat. Guruh berdentuman. Pada saat itu juga pintu rumah terbuka. Bunyinya dikesan oleh Azam. Diintai dan dijenguknya. Mama baru pulang dengan pakaian yang sedikit lokos. Mama menggigil. Mahu Azam bantu akan tetapi hajatnya terbatas apabila Ibu sudah bertindak lebih awal. Lebihan pula mama akan marah jika dia tahu Azam belum tidur waktu-waktu begini. Azam bergerak kembali ke atas tilam kecilnya. Jari kecilnnya merayau mencari suis lampu mejanya. Seakan malas mata untuk memadang ke arah lampu itu. Matanya semakin layu dan lesu. Gelaplah dunia hari ini untuk Azam.
***
Persekolahan hari ini riang. Ramai kawan-kawan yang datang ke sekolah masih bertemankan papa dan mama. Bagi Azam mereka semua adalah manja tidak seperti dirinya. Walaupun tubuh badan Azam adalah antara yang terkecil antara kawan-kawannya tetapi Azam selalu menampilkan dirinya sebagai seorang ketua. Aza berimpikan untuk menjadi seperti papa dan mama. Kelas Azam seperti sedang sedang berlangsungnya pertunjukan percuma. Pertunjukan yang tidak membenarkan pengunjung masuk dan mereka hanya dibenarkan melihat dari tirai kamar. Bisikan hati Azam tergelak sendiri. Azam mengukir senyuman di bibir merah jambunya. Hari ini cikgu ada menerangkan tentang satu pertandingan pakaian beragam kemerdekaan. Azam sungguh teruja untuk menyertainya. Namun, Azam luluh seketika apabila mendengar bahawa ibubapa juga dijemput pada hari tersebut. Merisaukan kehadiran papa dan mama.
“Mama dan papa akan datang? Mereka akan sibuk dengan kerja. Azam tak mahu susahkan mereka.” Rintihan Azam sendirian kecewa dengan sikap mama dan papa.
“Azam akan keseorangan? Mama dan papa mereka pasti akan datang.” Sekali lagi hati Azam meracau sendiri. Ketakutan dan merasakan akan malu pada hari pertandingan tersebut.
Azam terus menerawang. Kelewahan berfikir dan terus membawa khayalan itu ketika berada di rumah. Azam terlentang di hadapan televisyen. Berseluar pendek dan t-shirt putih. Mulutnya kumat dan kamit. Seperti sedang membincangkan sesuatu. Perasaan takutnya bergentayangan di pusat pemikirannya. Takut untuk bertanya pada papa dan mama. Mereka sudah semestinya akan sibuk dengan kerja. Azam bimbang jika soalannya akan menambahkan emosi papa dan mamanya. Lebihan pula hari pertandingan itu bukanlah penting. Namun Azam perlu menyampaikan amanat cikgunya yang telah memebri surat jemputan kepada setiap ibubapa pelajar.status keberadaan pada hari tersebut adalah perkara ke dua.
***
Awal pagi Azam bangun dari tidur. Namun, awal bangkitnya juga masih tidak mampu untuk menemukannya bersama mama dan papa. Mereka sudah ke tempat kerja.Azam hanya meletakkan surat itu di atas meja solek mama. Sedikit nota Azam tinggalkan. Tulisan Azam yang sangat besar sudah menampakkan tulisan itu walau dari jarak yang jauh.
Papa dan mama. Azam minta maaf kalau tulisan Azam buruk. Azam baru pandai menulis. Sebab itu Azam tulis surat ini untuk mama dan papa. Minta maaf sebab ceroboh bilik mama dan papa. Azam Cuma nak letak surat yang cikgu beri.Azam takut kalau tak sempat bertemu dengan mama dan papa. Kalau mama dan papa tak sibuk, datang la. Hari tu juga, Azam ada buat persembahan. Datang ye!
Azam menulis sendiri dengan bahasa dan jarinya. Diletaknya di atas meja solek bersama surat jemputan tersebut. Ditindihkannya dengan botol minyak wangi mama. Azam tahu, minyak wangi itu akan dipakai mama setiap hari. Oleh itu, Azam yakin mama akan perasan akan kehadiran surat itu. Niat Azam menggunung. Terlalu mengharap akan kehadiran papa dan mama pada hari tersebut. Azam mahu menunjukkan kehebatan bakat yang diperolehnya kepada mama dan papa.
Hari demi hari. Detik kian berlalu tanpa khabar gembira untuk Azam. Mama dan papa seakan tidak memberikan respon akan permintaan Azam. Setiap hari yang dilalui Azam adalah sama. Sempat berjumpa dengan mama dan papa apabila larut malam menjelma. Itu pun adalah nasib dalam keadaan menjengah di celah pintu bilik. Dalam kesuntukan masa, Azam meminta pendapat Ibu untuk menjadikan idola kemerdekaan pada hari pertandingan tersebut. Azam mahu tampak kacak, bergaya dan seperti seorang pemimpin. Seluruh badan Azam diliputi oleh jalur kebanggaan Malaysia.
Gaya Azam lagak. Senyuman puas diukir. Jalannya seakan seorang pemimpin yang akan melaungkan kemerdekaan. Gerak-gerinya menunjukkan dia bahagia. Azam seakan-akan lupa akan masalah mama dan papanya. Jalannya kehulur dan kehilir memperagakan bajunya ala model popular. Melonjak girang tidak sabar ke sekolah pada hari itu. Sambil berjalan, Azam melaungkan merdeka dengan kuat. Suaranya bergema ke seluruh pelusuk rumah bangle itu. Sambil menunggu Ibu, dia sempat membacakan sajak yang akan disampaikan pada persembahan nanti. Suaranya lantang, kuat dan penuh bersemangat.
“Ibu, lekas lah. Azam tak mahu lambat ke sekolah. Kawan-kawan mesti sudah menunggu. Nanti cikgu marah. Hari ini akan menjadi sejarah untuk semua!” suaranya penuh semangat dengan lontaran kebahagian dari dalam diri anak kecil itu.
Wajahnya berseri. Mengenakan pakaian baru itu, Azam masuk ke dalam kereta kancil Ibu. Kereta yang diberikan kepada Ibu untuk memudahkan Ibu menghantar dan mengambil Azam dari sekolah. Sudah cukup selesa untuk Azam dan Ibu. Lebihan pula tubuh mereka adalah kecil dan comel.
***
Semua pelajar dan ibubapa pelajar sudah berkumpul di dewan. Ramai ibubapa yang datang. Azam menjengket-jengket kakinya mengintai mama dan papa dari belakang tirai pentas. Hati Azam tidak keruan apabila melihat papa dan mama tiada.
“Selamat datang kepada semua. Persembahan daripada pelajar tahun satu akan dimulakan sebentar lagi.” Juru acara kian memecah keriuhan dewan pada masa itu.
Persembahan mereka dimulakan. Mata Azam tidak fokus kerana mencari papa dan mama. Pintu dewan sedikit demi sedikit terbuka. Papa dan mama Azam masuk ke dalam dewan dan duduk. Azam gembira melihat papa dan mama memakai pakaian yang sedondon dengannya. Mama dan papa juga membaluti seluruh tubuh mereka dengan jalur gemilang. Azam tersenyum girang. Meneruskan persembahan dengan semangat.
Azam menyampaikan sajak bersama rakan-rakannya. Semangat yang ditonjolkan oleh mereka telah menggamamkan seluruh isi dewan. Terdiam dan terpaku.
Kami anak merdeka. Hari ini kami melangkah dengan kata satu. Kata kami sayang. Kata kami cinta. Kami bersuara dengan semangat. Dalam nada seirama ini, hayunan dinobat sebagai juara. Bila kami lihat, kami lah juara. Melonjak dengan kata-kata seorang juara yang menyatakan kami juara. Tanpa kasih dan cinta, kami bergerak sendiri. Bergerak mengenal dunia. Kami masih bertatih. Dalam samar ini, kami melihat dengan pimpinan. Jangan lepaskan pimpinan tersebut. Jangan leraikan genggaman yang membawa. Kerana kami masih perlu untuk membawa kami kepada seorang juara. Itulah kami, ANAK MERDEKA!!!
Bait-bait sajak itu telah dilaungkan oleh Azam dan rakan-rakannya. Dengan iringan muzik, intonasi yang bersemangat sajak ini teleh membwa hamper majority ibubapa menitiskan air mata. Titisan air mata daripada papa dan mama Azam juga menyimbah bumi pada ketika itu. Papa dan mama bepelukan. Berbangga dengan Azam. Azam juga dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan pakaian beragam. Azam gembira. Sekali lagi Azam melaungkan kata merdeka dengan semangat.
Selesai majlis tersebut, dewan tiba-tiba menjadi gelap gelita. Dewan sedikitkucar-kacir dengan keadaan pekikan, jeritan dan latahan daripada beberapa hadirin. Keadaan ditenangkan oleh juru acara. Beberapa minit selepas itu terdengar suara yang menyanyikan lagu ulang tahun. Lampu dibuka kembali sedikit demi sedikit. Kelihatan nyalaan lilin kek di atas pentas. Papa dan mama Azam sudah berada di atas pentas. Membawa kek untuk Azam. 31 Ogos merupakan tarikh lahir Azam. Seisi dewan menyanyikan lagu ulang tahun kepada Azam. Pelukan dan ciuman daripada papa dan mama dberikan kepada Azam. Titisan air mata kegembiraan Azam mengalir deras membasahi pipinya. Azam memeluk erat papa dan mama. Impian yang diidamkan selama ini akhirnya menjadi realiti. Pelukan Azam semakin erat. Papa dengan lembutnya mengesat air mata manja Azam. Perlahan dilepaskan pelukan itu. Azam lekas memberikan sekucup ciuman kepada papa, maam dan Ibu. Tepukan terus bergema di dalam dewan itu.
Kini Azam sedar bahawa papa dan mama bukanlah ibubapa yang tidak bertanggungjwab. Mereka juga menyayangi Azam dengan sepenuh hati. Sejak daripada hari itu, hubungan papa, mama, Azam dan Ibu semakin rapat. Mereka kerap keluar apabila hujung minggu. Azam gembira. Kehidupan Azam semakin lengkap tanpa kegelisahan dan kelewahan dalam memikirkan kasih sayang daripada papa dan mama.
***
Berita Malaya, 13 Marc 2010 – Azam Dato’ Sufir pelajar berusia 17 tahun telah merangkul kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Kejayaan yang dicapai oleh beliau sekaligus telah memecahkan rekod terbaik sebelum ini.
Comments
Post a Comment