Posts

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Image
Kalau dah namanya cikgu, semangat hendak mencurahkan ilmu kepada pelajar pastinya tidak akan pudar. Tidak kira di dalam kelas, di luar waktu persekolahan, malahan semasa cuti persekolahan pun, semangat itu terus membara. Pelajar tanya apa-apa sahaja pun, pastinya guru akan cuba menjawabnya dengan sehabis baik. Tambah pula sekarang ini pelbagai aplikasi dan kemudahan Internet hanya di hujung jari. Bukan sahaja aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook, pengguna mempunyai bermacam-macam lagi teknologoi.  Pada entri kali ini, saya hendak kongsikan kepada cikgu (baca sebagai: pendidik) di luar tentang perbincangan saya bersama pelajar-perlajar ketika waktu cuti persekolahan. Cikgu-cikgu boleh cuba menggunakan aplikasi  Zoom.  Aplikasi ini telah saya gunakan bagi menjalankan perbincangan bersama pelajar. Perbincangan ' face to face'  ala-ala  teleconference  yang dijalankan berlaku di alam maya dengan membolehkan kesemua pelajar saya mengajukan soalan, menjawab so

Buku nota sudah habis. Apa cikgu perlu buat?

Aktiviti membuat peta minda pastinya sudah tidak asing dalam kalangan pendidik. Cara ini memudahkan para pelajar membuat nota sekali gus menarik minat mereka terhadap sesuatu subtopik. Ada pelbagai cara untuk membuat peta minda antaranya melakarkan diagram yang mempunyai pelbagai corak dan warna di atas kertas mahjung sebelum pembentangan. Bagaimanapun, cikgu-cikgu ada masalah terlupa untuk membawa kertas mahjung ke kelas? Daripada masalah itu, cikgu-cikgu tidak boleh menjalankan aktiviti bersama para pelajar? Al-maklumlah terlalu banyak sangat perkara yang perlu diingatkan... 😎 Kini, semuanya tidak lagi. Cikgu-cikgu boleh menggunakan Mind Mup 2.0 bagi menjalankan aktiviti peta minda yang menarik bersama pelajar-pelajar.  Jangan risau kerana aplikasi ini sangat mudah dan mesra pengguna/pelajar. Pengguna hanya perlu mempunyai akaun Google dan cikgu yang ingin mengadakan kelas menggunakan aplikasi ini digalakkan mempunyai Google Drive . Sebab apa? Haa... nanti saya ceri

Quizizz dalam PdPc

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Dalam keadaan dunia pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang mempunyai berbagai-bagai corak, guru perlu mewarnai pengisian kelas mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan. Ia selari dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Ketika cuti Hari Keputeraan Yang Di-petuan Agong baru-baru ini, saya bersama-sama pelajar Tingkatan 3 MRSM Baling (baca sebagai: Asusheika ) menghadiri kelas tambahan PT3. Disebabkan tempoh yang ditetapkan tiga jam, saya mengajak 186 pelajar tersebut bermain sambil mengulang kaji pelajaran menggunakan aplikasi  Quizizz . Banyak soalan sedia ada di dalam aplikasi ini. Jika berkelapangan, para guru juga boleh membuat soalan sendiri. 😃😄 Terpulang pada para guru untuk memulakan set induksi kelas mereka bagaimana, tetapi yang pastinya ia perlulah menarik minat para pelajar untuk terlibat secara aktif di dalam kelas berkenaan. Bagaimanapun, ingat ya cikgu-cikgu, kita kenalah menerangkan cara menjawab dan menggunakan aplik

SKEMA JAWAPAN US1 (KOMSAS) T4 MRSM BALING

Assalamualaikum WBT semua pelajar 4 Colombus! Sila salin soalan dan skema jawapan untuk Ujian Selaras 1 MRSM Baling 2019 di buku nota KOMSAS. Soalan 1:  Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [ 7 markah ] Jawapan 1: Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 4 iaitu Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, terdapat dua latar tempat yang dikenal pasti. Latar tempat yang pertama ialah Kampung Sentosa. Latar tempat ini dikenal pasti sebagai tempat Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung kelahiran ibunya, iaitu Kampung Sentosa selama dua minggu. Di Kampung Sentosa jugalah, Lili menyelesaikan pelbagai perkara termasuk masalah kekeluargaan yang dialami oleh Che Jah dan suaminya, Seman. Selain itu, latar tempat yang saya kenal pasti ialah Pekan Sentosa. Penulis menggambarkan bahawa bas ekspres yang dinaiki oleh Lili bersama-sama Geetha dari Kuala Lumpur tiba di Pekan Sentosa sebelum Lili dijemput oleh Rashid. Di Pekan
Image
KARANGAN PERIBAHASA Arahan: Sila salin nota karangan peribahasa ini dan dua contoh karangan cemerlang yang terdapat di bawah. Tip Mengarang 1. Karangan bertajuk peribahasa merupakan  jenis penulisan yang bermuat kupasan dan penjelasan terhadap maksud peribahasa yang dikemukakan dalam soalan. 2. Karangan jenis ini dapat ditulis melalui teknik huraian atau teknik cerita, bergantung pada kehendak soalan. 3. Jika anda dikehendaki menggunakan TEKNIK CERITA , maksud dan pandangan anda terhadap peribahasa hendaklah anda jelaskan melalui cerita yang anda karang. 4. Untuk mengarang melalui teknik cerita, anda perlu menggunakan kaedah menulis karangan jenis cereka, yakni yang mendahulukan bahagian permulaan, seterusnya puncak/klimaks dan kemudian peleraian. 5. Jika anda dikehendaki menggunakan TEKNIK HURAIAN , anda perlu menjelaskan maksud peribahasa yang dikemukakan serta sejarah penciptaan dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat. 6. Selain itu, perkaitannya dengan

Ramai tempah neraka sebab MB Kedah baharu

Sebelum meneruskan penulisan kali ini, penulis ingin menyusun 10 jari sekiranya ada pihak yang ‘melatat’ mengatakan penulis menyebelahi mana-mana pihak. Bukan golongan yang mahir dalam bidang politik tetapi kali ini penulis terpanggil untuk menulis isu pelantikan Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, 66. Tahu. Sangat tahu ramai yang marah dan ‘naik berang’ dengan keputusan barisan kepimpinan UMNO Kedah yang seakan-akan memaksa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan hangat tersebut, terutamanya golongan ‘darah panas’ yang sebaya dengan penulis. Tak dilupakan juga golongan ‘keyboard warrior (KW)’ yang rancak menyebarluaskan segala video dan status yang berbaur fitnah serta syak wasangka berkaitan pemasyhuran ‘warga emas’ tersebut memerintah negeri jelapang padi. Penulis sedikit terkilan. Namun bukan bermakna penulis menyebelahi Ahmad Bashah yang lebih popular sebagai ‘kaki tidur’ di majlis-majlis kerana dia terus dicemuh oleh

Salah siapa?: Harga minyak turun, rakyat masih merana.

Khabar gembira mengenai penurunan harga minyak awal tahun ini melegakan ramai pihak, khususnya mereka yang setiap hari 'menunggang' kenderaan ke tempat kerja. Namun, adakah benar selepas penurunan harga tersebut menjadi faktor penurunan harga barangan lain seperti ayam, ikan dan udang? Sangkaan penulis sama sekali meleset. Persoalannya, adakah penjual sengaja menaikkan harga sewenang-wenangnya atau pembekal yang menjadi faktor uttama kenaikan ini? Atau, ia disebabkan perayaan 'mereka' dah nak sampai, semua barang kena naik? 'Kita raya, mereka kaya. Mereka raya, kita papa.' pepatah ini sering menjadi dodoian penulis selama ini. Baru-baru ini, penulis ada singgah di pasar berhampiran. Kenaikan harga barangan keperluan harian dari RM1 sehingga RM4  menyebabkan rata-rata pembeli dan peniaga terbeban dengan tekanan kewangan yang semakin menghimpit kehidupan mereka saban hari. Seorang peniaga, Zamri Ismail, 47, berkata, kenaikan harga barang memang kerap be