Kerja untuk Hidup/Hutang
"Mahasiswa perlu bekerja untuk menyara hidup semasa di universiti" - menteri.
Setiap hujung bulan, akan memaknakan diri sebagai seorang pekerja makan gaji. "Yes, gaji masuk!" Waktu itu senyuman yang dibentuk menggunung persis melafazkan akad nikah dengan satu kali lafaz (eh!). Ada lafaz tahmid juga diselitkan.
Waktu kawan-kawan satu pejabat dok heboh dalam whatsapp group, melaporkan perihal gaji masuk, aku buat² tenang. Kau tak tahu, aku sibuk cari handphone, masa tu dan terus buka online banking. Walaupun masa tu tengah pecut kereta 120km/h dari mana entah ke mana.
Simbolik ketenangan tu jelas terpancar apabila, Internet dekat handphone aku dah terhad melampau (over limit).
Hari ini, satu hari selepas gaji masuk, aku terkedek-kedek menuju atm machine nak keluarkan duit.
'Wow, kayalah macam ni,' bisik hati.
'Nak beli ni, beli tu, bayar ni bayar tu,' sambung bisikan hati tadi.
Ya, masa tu aku berbual dengan diri sendiri. Tak kisahlah nak cakap aku gila ke apa. Bermonolog kala membuat keputusan ni adalah kelakuan normal semua manusia. Aku yakin. Jangan persendakan aku!
Ya, dan keputusan dah dibuat. Barang dah dibeli. Komitmen dah dijelaskan (walaupun bukan semua) - hutang masih hutang. Kehidupan juga perlu diteruskan.
Dua jam selepas melawat atm machine tadi, kini aku kembali miskin. Betullah, masa berlalu begitu pantas. Perasaan juga kerap memainkan aku. Kenapa miskin lama, kaya sekejap? Oh!
** tapi jangan risau, aku tak join perhimpunan Minion4.0 tu. Aku percaya, Malaysia masih aman. Aah! Tapi....
Comments
Post a Comment