Posts

Showing posts from 2015

Seorang yang KUAT

Lain macam. Ada suatu perasaan yang tak kena semenjak dua menjak tiga menjak dan beberapa menjak ni.  Bukan apa, sengaja aku ajak Mus - kawan sama umur yang berbeza tahap kekananan di universiti tempat belajar, pergi makan sebaik-baik sahaja balik dari pejabat. Jarak rumah yang dekat juga tidak menjanjikan kesenangan berjumpa berlepak bersama. Terima kasih untuk masa dan mendengarkan luahan hati seorang remaja lara (gitu!). Bukan itu yang aku nak ceritakan. Waktu di kedai tersebut, pesanan diambil seperti biasa.  Aku yang menghantui nasi ayam penyet yang entah sejak bila membuat pesanan ke atasnya. Sedap! Sesungguhnya darah keturunan Jawa tidak akan pernah mengalir dalam setiap saluran nadi insan bernama Azizi. Walaupun tak pandai cakap bahasa Jawa walau siji loro telu papat.... Menjadi keraguan sebaik-baik nak habiskan makananan di hadapanku, ada rasa tak cukup dan nafsu yang membuak-buak. Nak tambah lagi, lagi dan lagi. Oh my God, sepinggan nasi dihidangkan sem

Dialog B2B

Hari ini, permintaan tekak sedikit melampau. Sebaik-baik sahaja selesai makan di sebuah restoran mamak ni dengan sepinggan nasi kandar dan segelas teh panas (oh awesome nya!), aku puaskan nafsu makan ni dengan menyinggah ke kedai makan yang satu lagi. Kali ini untuk membeli pencuci mulut yang bukan daripada konsep sabun, sebaliknya minyak. Lawak kan? Kahhhh ~ Aah, pisang goreng yang moga-moga dapat memenuhi kehendak nasfu Zulkaedah ni. "Kira macam mana pisang ni, kak?" tanyaku nak tahu sebelum memasukkannya ke dalam plastik "Empat seringgit," balas dia. Sibuk pada tahap melampau akak tu menguruskan bungkusan-bungkusan nasi ayam pelanggannya. Bapak dia mahal!!! Emak dia tak tahu mahal ke tak. Sekali lagi lawak. Kahhhh ~ Okay, bukan tu yang aku nak ceritakan. Masa tu, masa tengah beratur mengisi pisang-pisang tersebut ke dalam plastik, ada seorang akak yang mengambil kuih-muih lain. -Tolong bayangkan konsep kedai self-service yang dijalankan kedai ini.

Thumbs Up untuk 'Orang Gomen'.

"Awak, saya perlu ke hospital. Klinik tak boleh buat pemeriksaan darah segera." Ucapan itu sedikit menggusarkan. Wanita di hujung talian itu ada sedikit mengadu akan keresahannya sebaik-baik doktor melaporkan dia adalah suspek denggi. Mahu tak gelabah! Baik, kita kini di sebuah hospital kerajaan di Putrajaya. Aku percaya struktur yang gah ini menjanjikan ketangkasan keputusan ujian darah yang dimahukan serta segala kerja² lain. Tidak ragu dan was². Khidmat mereka di kala hujung minggu ini sangat dipandang murni masyarakat. Sering aku terfikir akan kebesaran pengorbanan si penyarung² kod putih bersama alat pendengar dengupan jantung yang disangkutnya di leher mereka. Ada jasa yang diberikan. Kami tiba di sana sekitar jam 4.00. Seingat aku ada kumandang azan asar di telefonku. Proses yang diambil seperti biasa. Walaupun perlu ke jabatan kecemasan, tetapi sekalian pesakit perlu menunggu giliran. Ya, sungguh di luar jangkauan aku. Ingatkan..... Betullah kata orang; pejam cel

"Don't Judge Me By My Skincare Solution."

Hari ini, pendaftaran pelajar baharu (pascasiswazah) untuk beberapa kos/fakulti di sebuah universiti paling tua di Malaysia. Atas sebab hidayah menemuiku, aku antara mereka membawa filem² besar xray kehulur dan kehilir, di sini hari ini. Lagakku persis nak bertegur sapa dengan semua orang. Menjengkelkan! Aku yang berlatarbelakangkan sebuah universiti yang penghuninya adalah sama 'spesis' denganku, sedikit teruja dengan suasana baharu. Bukan berlainan 'spesis' tetapi aku perlu berhadapan dengan pemegang "buku merah jangan lupa bawa...." Ada nyanyian di situ. Klishe, soalan² 'daftar kah?' 'Study apa?' diajukan tanda nak berbual. Dan soalan² basic seperti yang aku belajar dalam topik lakuan bahasa untuk subjek Pragmatik, masa Sarjana Muda dulu aku aplikasikan. Aku ingat! Dalam satu lif nak naik ke tingkat pendaftaran, aku bertegur dengan seorang ladies . Rautnya seperti seorang gadis yang asalnya dari Timur Tengah. Tapi aku percaya dia tak pun

Kerja untuk Hidup/Hutang

"Mahasiswa perlu bekerja untuk menyara hidup semasa di universiti" - menteri. Setiap hujung bulan, akan memaknakan diri sebagai seorang pekerja makan gaji . "Yes , gaji masuk!" Waktu itu senyuman yang dibentuk menggunung persis melafazkan akad nikah dengan satu kali lafaz (eh!). Ada lafaz tahmid juga diselitkan. Waktu kawan-kawan satu pejabat dok heboh dalam whatsapp group , melaporkan perihal gaji masuk, aku buat² tenang. Kau tak tahu, aku sibuk cari handphone , masa tu dan terus buka online banking . Walaupun masa tu tengah pecut kereta 120km/h dari mana entah ke mana. Simbolik ketenangan tu jelas terpancar apabila, Internet dekat handphone aku dah terhad melampau ( over limit ). Hari ini, satu hari selepas gaji masuk, aku terkedek-kedek menuju atm machine nak keluarkan duit. 'Wow, kayalah macam ni,' bisik hati. 'Nak beli ni, beli tu, bayar ni bayar tu,' sambung bisikan hati tadi. Ya, masa tu aku berbual dengan diri sendiri. Tak kisahlah n

Emak Wanita Besi

Dua hari lepas aku dikunjungi dengan berita menyedihkan. Family group whatsapp kecoh dengan berita atok masuk hospital. Atok yang sudah menjangkau 90-an dikhabarkan mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya. "Emak on the way balik kampung ni," katanya ringkas. "Nanti kirim salam atok." Suara yang di hujung talian tenggelam timbul dek keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Tidak berbual panjang, ada perasaan serba salah menyelubungi. Dalam keadaan yang kekeringan wang ringgit pada setiap hujung bulan ini, ia menjadi masalah rutin bulanan kepada remaja makan gaji sepertiku. Ya, aku pernah mengimpikan aku tidak mempunyai 'pergaduhan' dengan masalah kewangan dalam hidup, suatu hari nanti. Beberapa jam kemudian, abang yang menghantar emak telah memuat naik gambar atok yang sedang terlantar di atas katil. Dengan mata yang tertutup, wajah kedutnya nampak sangat keletihan. Sayunya apabila melihat si tua itu dihadiahkan dengan penutup mulut (yang aku tak tahu n

Over-Time Mr. Nafsu

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah Pencipta langit dan bumi, alam semesta seindah-indah penciptaan. Ramadan semakin menginjak jauh dari kita. Sayu kerana manusia-manusia seperti aku terlepas merebut hadiah daripada Allah - leka dengan urusan dunia. Apabila bercerita hal ehwal ramadan ini, macam-macam kisah untuk dicoretkan. Tapi aku taklah nak seronok sangat nak mencoret kisah 'saudara-mara' yang mengamuk di plaza Low Yat, tempoh hari - sebab ada rasa malu membaju. Abaikan, biar KPDNKK buat kerja. Harap mereka kurang kerja-kerja lain untuk selidik masalah ini. Harapnya! *** Di sebuah padang tempat berbuka puasa. Macam-macam corak manusia - yang minum seteguk air dan kurma, terus berbondong-bondong ke masjid. Ada juga yang mengambil keputusan untuk melangsaikan hidangan dahulu sebelum memikirkan tanggungjawab wajib. Aku tergolong dalam kes ini. Ampun ya Allah. Mohon syafaat, Nabi Muhammad SAW. Melepaskan peluang tarawih malam ini, kami membeli-belah di s

"Bang ... harga ni berapa?"

Semalam adalah hari yang memenatkan. Kami mengambil keputusan memakirkan kereta di stesen LRT berdekatan dan pergi ke bandaraya menggunakan perkhidmatan awam.Tujuannya, menghabiskan wang ringgit untuk lebaran. Selain daripada perlu memberikan "angpow" pada anak-anak buah, aku juga turut memaknakan status diri sebagai pekerja dengan baju baru. Tahun sebelum ni pun beli sendiri tapi guna duit tajaan belajar. Jadi kali ini, rasanya sedikit berbeza. Sampai. Keadaannya sedikit serabut. Ramainya warga menjinjit beg² plastik berisi kain, ke hulur dan ke hilir. Hebat semuanya. Gambaran yang cukup jelas untuk takrifkan kegembiraan Ramadan dan Syawal yang mendatang. Aku tawaf kawasan tu. Apa yang aku sedar, keakraban rakyat juga nyata. Masing-masing bersentuh tanpa diduga. Maka pahala puasa kuruslah serta merta. Allah.... Sampai di satu kedai menjual songkok. "Ha ... masuk bang. Songkok murah² bang." Seorang penjual lelaki menyeru. "Berapa ni bang?" Sengaja a

Tarbiyah Lemah

Ambil sedikit waktu untuk buat keputusan nak post entri ni. Kadang² terfikir setiap entri hanya berbaur kutukan tanpa pahala. Flashback , campak belakang, throwback. Di sebuah pasaraya Ara Damansara. Ada satu kedai makan ala Indonesia. Sedap. Akak yang ketika itu keletihan, mengajak kami iftar di sana.  Menikmati kepedasan dan kesesakan manusia di dalamnya. Masih ramai yang tidak bersama keluarga waktu itu. Masih tiada salahnya. Sedang aku duduk menunggu makanan, pancaindera mata tertusuk pada sekelompok wanita. Bertudung semua, kemas. Cantik² dengan dandanan. 10 orang kesemuanya. Mohon Azizi jaga mata. Aku terbak mereka ini kerja di pejabat berdekatan. Masih bujang dan tiada tanggungjawab memikirkan si suami di rumah nak makan apa? Atau suami mereka juga ada agenda sendiri. Hingar. Itu yang aku sifatkan. Jelas bingit tawa itu daripada wanita² tadi. Itu tujuan aku deskripsikan mereka dalam entri ini. 'Mungkin ini masa yang sesuai mereka berbual. Di pejabat kurang masa berbu

Aku Bukan Islamophobia

RAMADAN. Waktu itu, aku memerhati gelagat ayah yang membawa anak-anak mereka pergi ke solat tarawih. 'Oh, seronoknya ada anak sendiri dan menjadi kepala keluarga. Nanti, aku nak paksa dia main gusti dengan aku.' 'Beranganlah kau!' bisik hati. Solat tarawih malam ini diiringi dengan kantuk. Lebih-lebih lagi dengan alunan satu muka surat al-Quran pak imam untuk satu rakaat - sama ada aku tidak memahaminya atau badan ini memang habitat untuk para jin membina keluarga. Aku tidak menghitung sah atau tidak solatku itu, sebaliknya cukup atau tidak tarawih Ramadan kali ini. Begini tanggapan pemuda bebas fikir. Saf di hadapanku ada ruang kosong, mungkin dia terkentut selepas salam kedua tadi. Mengikut pelajaran yang aku pernah hadam, solatnya masih sah. Pasti. Mahu tak mahu, aku anjakkan kedudukanku, menggantikan tempat si pengentut tadi. Kini, ada adik kecil di sebelahku, di sebelah ada ayahnya. Berbaju Melayu dan kopiah, mungkin mereka ini orang biasa-biasa. Mengikut

Diari Ramadan Acom

Hari ini sahur bubur nasi, telur dada dan sedikit arca. Lauk simple begini lagi enak untuk dikenakan dengan situasi berlayar kala bersahur. Nah, hasilnya aku bertambah tiga kali. Sambil aku menunggu waktu imsak, aku belek² telefon. Seperti biasa bukan ayat² Quran jadi perhatianku. Whatsapp, tweeter dan lain² media sosial jadi santapan. Pertama, kes Amerika Syarikat yang membenarkan kahwin sejenis. Ke dua, bayi berwajah tua disisih ibu, di India. Ketiga , isu budak-budak lepasan education degree tidak ditempatkan sebagai guru. Dan keempat ... ni yang aku nak kongsikan. **** Situasinya melibatkan seorang ibu dan dua orang anak. Seorang berusia 7 tahun nama gelaran Acom, yang seorang lagi berusia 1 tahun lebih, Iman namanya. Seperti hari² sebelumnya, ibu akan mewarnai ramadan anak² — bawa mereka ke bazar ramadan. Minta apa² sahaja. Tambahan pula Acom baru berjinak² dengan dunia puasa. Persis seorang artis, "melibatkan diri dalam dunia perfileman". Tidak berniat memanjan

"Pak Su ... Jangan Kedekut"

Waktu itu, perut sedang membelon. Persis seekor ular sawa yang menelan budak perempuan 11 tahun - melingkar tak teringatkan dunia. Dengan rutin diet sebegini, aku menolak konsep "Ramadan adalah masa untuk menguruskan badan" sebaliknya aku menyokong "Memaknakan ramadan anda". "Pak Usu!" Sergahan itu mengejutku daripada terus membelai busung milikan sendiri. Suara lembut milik kanan-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengusik aku. Seperti biasa aku hanya pandang, memberi isyarat, 'ya, kau boleh cakap apa-apa yang kau nak cakap'. Dia hanya hulurkan sehelai kertas hijau yang di situ ada warna-warna tambahan dan coretan-coretan aksara pelbagai fon. Menarik! Tertulis besar "Derma Ikhlas" di atas bucu kertas. Disebabkan aku menyokong konsep "Memaknakan ramadan anda" tadi, aku buka beg duit yang dipenuhi not-not biru menebal. Program sokongan ini perlu diperkuat walaupun kalendar kewangan aku sekarang sedikit tidak mengizinkan

'Notihing-to-Hide' bersama SHAH RUKH KHAN

Waktu itu, aku pacu kaki melangkah ke bank. Penat. Biasanya, sebaik-baik sahaja pulang kerja, aku terus hempaskan badan ke atas tilam. Hari ini ada urusan ingin diselesaikan - masukkan duit. *** Terpinga-pinga dua Shah Rukh Khan (SRK) di hadapan mesin elektronik itu. Aku rushing dan berniat ingin biarkan sahaja mereka.  'Bukan orang Malaysia pun.' Terus sahaja aku langkah ke mesin yang satu lagi, malas nak beratur belakang SRK tu, berbau. "Abang ... boleh tolong ka ?" Nasiblah aku ni pernah kerja dengan SRK-SRK yang lain, sebelum ni. Bolehlah aku fahamkan. 'Aduh, semaklah! Orang dah lambat ni.' Hanya suara tanpa muka aku lakukan kepadanya.  Sifatku memang begini, malas nak tatap mata. Bukan apa, aku ni sejenis suka mengimbau masa lampau - dari matalah pukau berlaku. Sangat shit kalau nak kenangkan waktu tu. Move on! Dua SRK tadi minta bantuan. Bantu mereka keluarkan duit dari mesin. Dari pilih bahasa, masukkan no akaun (hehehehhehe) da

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan

[Kali ini, watak aku bukan aku. Fuhhh!] Sedang aku hanya berjaket hitam, kasut high-cut cerut ... bersandar badan di dinding bangunan besar sambil menongkat pada sebelah kaki. Rantai besi yang abah buang dalam stor, aku gantung dekat leher. Pandanganku ke persekitaran sedikit kabur apabila kepulan asap daripada corong nafas bermain di udara. Hobi aku dan sekalian remaja. Ada satu nikmat bila aku kemam. Ya, nikmat! Masa tu, dua penjawat amam lengkap beruniform sedang berpasak berhampiran situ. Siap bersenjata. Menjaga keamanan dunia, barang kali. Dengan perut ke depan-buncit, berkaca mata, mereka memehatikan manusia. Persis tugasku, sekarang. Aku ni hanya berdiri memerhati gelagat manusia. Sedangkan dia, meniliti keamanan dunia. Maksud aku, Malaysia. Punca kami sama, cuma matlamat berbeza. Aku cuba mengubah posisi. Lenguh juga. Oh ya, aku lupa. Berdekatan dengan aku ada seorang makcik. Labuh tudungnya melitupi busut di dada. Mungkin kelabuhan itu boleh digambarkan daripada gaya ust

KAKAK² PEJABAT

Badan masih lemah menempuh kesesakan lalu lintas pulang dari Johor ke Kuala Lumpur. Otak gagal berfungsi sebaiknya. Lumpuh. Sebenarnya, perjalanan aku ni pergi ke suatu tempat yang kononnya menjanjikan masa depan cerah. Kata orang, kerja situ mudah buat loan rumah, kereta dan menjanjikan kebahagian anak bini. Well said. Tak berniat untuk berkongsi pengalaman bagaimana sesi itu berlangsung sebab harapan kejayaan itu seperti longlai. Cuma aku berminat dengan satu perkara. Jangan marah. Aku cuma lihat dan aku cerita. Jam 9.00 pagi. Sebaik-baik sahaja menghabiskan sarapan pagi bersama peneman a.k.a awek, kami masuk. Pertanyaan² klishe aku lemparkan agar tiada situasi menjengkelkan berlaku. Aku, orang pertama tiba. Dilayan dengan, "Oh, tulis nama di sini dan duduklah dulu". Waktu itu kecoh. Tapi aku yakin bukan berpunca daripada aku. Persis diskusi tentang menu itu dan ini daripada satu persatu akak² berpakaian batik di suatu sudut. Aku biarkan. Sedang aku selak helaian ak

Mesej Selamat Pagi

Pagi ini mentari ceria. Cumanya aku tak tahu tahap ceria tu pada tahap apa. Mungkin aku ini sering diomok-omokkan oleh penulisan sasterawan muda. Sengaja aku angkat mereka. Bukan itu yang aku mahu catatkan, pagi ini. Kaki aku lunjurkan. Penat bawa kereta menempuh kesesakan kota, semalam. Seperti biasa, bangun pagi bukan bingkisan ayat suci aku cari, tapi pesanan-pesanan ringkas daripada si awek dan teman-teman sosial. Mungkin mengharapkan ucapan selamat pagi atau "bangunlah, kalau tak bangun, kita merajuk." Merepeknya impian! Sedang itu, satu mesej masuk. Pesanan daripada seorang Islam kepada Islam, cadangnya. Biasanya aku akan baca penuh. Biasalah, ilmu agama yang cetek ni, kene isi. Bukan apa, sebab persediaan tu perlu. Akur. Aku baca. Mesej mengingatkan bahawa kehadiran DAJAL di lautan pasifik yang cuba untuk menjenguk bumi. Seram. Amalan tak cukup. Teruskan membaca. "Jika anda tidak kirimkan pesanan ini kepada 42 orang (biasanya akan lebih daripada ini), bencana

Jejaka Hampa

Gitttu tajuk entri kau!! Ok start. Dia cantik. Kemas kain kelabu menyelimut kepalanya. Baginya, aurat itu pasti dilindungi. Genit dia memanggil aku untuk memerhati dari kiri ke kanan runsingnya. Mungkin sedang menunggu seseorang untuk menemuinya. Lagi dua atau tiga minit sampailah tu. Sementara, ini masa untuk aku mengisi masa-masa memerhati indahnya ciptaan tuhan. Wanita dengan shawl dan kemeja besar serta seluar memang elok. Cantik! Lebih-lebih lagi dengan kehadiran lesung pipit. Serius dia cantik. Lima minit dia di situ. Dia bangun. Tapi gayanya tak mahu meninggalkan tempat duduk. Dia melambai-lambai tangan pada seseorang . Eksaitednya gaya. 'Oh dia tunggu lelaki,' bisik aku. Bukan seorang, tapi tiga lelaki menghampirinya. Berbadan sasa gayanya. Terletak kemas tshirt yang digayakan. Berkaca mata hitam yang pelbagai bentuk. Persis maskulin dalam majalah majalah kegemaran remaja kini. Gembira sungguh laku gadis itu. Mungkin lama sudah tak berjumpa. Tapi macam selalu. E

MALAYSIA: Terhimpit dek Kesempitan

Limpahan matahari pagi seringkali memandikan jasad gua yang sedikit renek ni. Gua rasa tak ada masalah, memandangkan siapalah gua nak mengalihkan kedudukan matahari di situ untuk di bawa ke sana. Yakin! Bandarnya gua! Cerita utama hari ni, gua nak gambarkan betapa senaknya bandaraya Kuala Lumpur. Semua dengan matlamat yang sama, ... kerja. Matlamat kedua tak nak tersekat dek jammed jalanraya kota raya. Jadi mobil-mobil mewah besar diumpukkan sama di stesen-stesen berdekatan.  Ya, naik train atau pengangkutan awam lebih memudahkan. Tapi hakikatnya...? Gua bernasib baik, stesen berdekatan gua ialah stesen pertama. Peluang dapat seat lebih tinggi daripada yang lain. Tapi bila dah melekatkan punggung di kerusi plastik tu, gua akan rasa berdosa dengan Malaysia. Sebab terhimpit dengan ribuan kekacakan dan kecantikan di dalamnya bersama gua. Sebab mereka sempurna, gua teruskan labuhan punggung. Aah, tetuskan! Terhimpit lagi apabila sampai satu stesen kau nampak sorang perempuan mengandun

BUDAK LEPASAN DEGREE HAMBA

"Ah, susahnya!" keluhan ni sering gua lakukan.  Bukan bererti yang gua ini jenis tak pandai syukur. Ya, pandailah, dont worry . Sebab gua bukan antara 61 orang yang nak serang Malaysia (yakin).  Cuma gua nak ajak korang masuk dalam pemikiran gua, satu saat pon jadilah. Jom, fikir sama-sama dengan gua tentang kehidupan. Pertama... Sebagai manusia, korang nak kahwin tak? (Ketawa)  Kalau betul, samalah kita!  Persoalannya, cukup duit? Cukup Sedia? Cukup tenaga? Cukup dah ke satu hari kau makan sendiri? Kedua... Sebagai budak lepas belajar, yang konon-konon ada degree dan sepatutnya gaji beriban-riban. Kau mesti nak pakai kereta. Maklumlah antara kawan, kau antara paling tinggi belajar. Tapi kawan kau yang lepas spm kerja kilang dah boleh bawak kereta. Timbul tak perasaan, 'apa function belajar tinggi-tinggi'? Bila kau nak pakai kereta, persoalan-persoalan ketuk kepala otak kau, Cukup duit? Ade ke duit muka nak bayar? Kau dah habis hutang PTPTN? Min