SEBELUM AKU....
"play anything but not religion..."
Duduknya aku bersama dua jejaka tampan, ya ... dia oranglah kawan makan hari Jumaat, kawan gym dan kawan tengok Malaysia lawan Vietnam, semalam. Naim (KUIS) & Haikal (UIAM).
'Ah .. mungkin sahaja kawan kontrak semasa praktikal ni berlangsung,' fikirku.
Waktu duduk tu, si budak KUIS ni tiba-tiba berperilaku seperti seorang ustaz. Memantulkan soalan berunsur islamik. Berbeda daripada kebiasaannya. Manakan tidak, biasanya hanya 'awek' sahaja menjadi bahan bualan .. ha, ini rahsia yang tak perlu diperbesarkan. Respons budak UIAM hanya senyum dan ketawa kecil. Maklumlah dia ni matured, bersesuaian dengan usianya.
"... masa rakaat ketiga zohor semalam, aku gelak. Habis batal sembahyang aku." Dia memperdendangkan cerita dia mentertawakan seorang imam yang apabila takbirnya, seakan-akan bunyi 'mengahak'.
Nyaris sahaja aku tumbuk budak si naim ni. Masa solat pun nak main-main. Eh .. hello, orang main-main masa solat ni buat masa dekat hostel sajalah. Aah .. di asrama saja main 'benda alah' ni.
Almaklumlah, masa bukan time solat, semua budak pompuan duduk di ruangan khas dia orang. Jadi, sibuklah 'dajal-dajal' ni intai ikut segala lobang yang ada. Aah ... ni di suraulah. Mana ada nak buat kerja gini dalam toilet. Kene pukullah kau kalau gitu, sebab kat toilet semua sama jenis dengan kau.
Bila masuk je dia orang nak sembahyang bersama-sama, kami pretend jadi baik.
Takbir kami ala Imam Besar Shah Alam mengiringi bacaan imam yang persis berkopiah berpisah tiada. Tapi bila tang rukuk saja, iman yang senipis kulit bawang ni mengoyak. Celah ketiak pon dijadikan sumber untuk usha budak perempuan dekat belakang. Ha ... belum tang sujud lagi. Sanggup tengok dari celah-celah kelangkang. Aah aah ... 'dajal' kan?
Cerita lagi ... oh, kes nak ganti-gantikan imam. Aku tak tahu la mamat ni. Kau dah tahu nak jadi imam, kau kentutlah siap-siap sebelum kaujadi imam. Ni tak, dah rakaat kedua, kaukentut. Kami, makmum yang tengah khusyuk ni taknaklah mengorbankan dua rakaat awal tu, weyh!
Okey ... masa tengah solat, takkanlah kau nak discuss dengan member sebelah sapa yang nak ganti. Cikgu ajar, salah seorang yang berada di barisan depan kena gantikan imam yang dah batal tu. Tapi yang jadi masalah, bukan seorang saja yang ada di depan time tu. So, siapa? Masalah kan? Lagi masalah bila dua tiga orang yang cuba nak ke depan. Ha ha ha ... macam formasi kawad dah time tu.
Ni tak masuk lagi cerita handset vibrate masa solat. Kah kah kah. Boleh bayangkan. Masa kedamaian solat kaudirikan tu, bersama-sama Encik Warden disayangi, kauletak handset dalam spender.
Ah ... time tu pula lah makwe kaucall. Habis saja solat, eeh, awak fikir apa sampai masa solat 'benda alah' awak tu vibrate?
Yang aku pelik, warden ni tak geli ke pegang handset budak tu yang dia simpan dalam spender? Iyyyyek!
Ni tak masuk lagi cerita kausembunyi dalam locker, atas syiling sebab taknak pergi solat berjemaah dekat surau.
Sebenarnya, aku nak balik Johor hari ni ... sebab tu acah-acah mengimbau masa sekolah di Johor SEBELUM AKU ... balik Johor.. #ohrindu.
Ha ha ha ...
"Waktu duduk tu, si budak KUIS ni tiba-tiba berperilaku seperti seorang ustaz. Memantulkan soalan berunsur islamik. Berbeda daripada kebiasaannya. Manakan tidak, biasanya hanya 'awek' sahaja menjadi bahan bualan .. ha, ini rahsia yang tak perlu diperbesarkan. Respons budak UIAM hanya senyum dan ketawa kecil. Maklumlah dia ni matured, bersesuaian dengan usianya."
ReplyDeleteHAHAHAHAHA!
Yang cerita asrama kau ni mengingatkan pada satu novel yang aku tulis tapi tak siap.
kau kena siapkan. brulah rasa penulis sepenuh masa
Delete