sarang burung

kini aku blur. sangat blur.otak aku semacam sempit.

tingkat 13 tinggi bukan?dan aku kini berada pada ketinggian tersebut.entry kali ni bukan nak cerita pasal gayat atau tidak.

aku mahu bercerita bahawa aku bosan saat ini.tak tahu nak buat apa.lappy sahaja menjadi penemanku. online 27 jam.

ini rumah kakak aku. cuti sem dah mula. memandangkan tak boleh balik kampung. (ada kursus n kena handel satu program) terpaksalah aku duduk rumah kakak aku ni. senang nak ulang-alik ke kolej.

first day, seronok sebab aku dah berjaya dapat tahu macam mana nak ke rumah kakak aku. walaupun awalnya aku salah naik train. nak ke ampang tapi p sri petaling pula. :)
sampai di rumah aku dah mula rasa pening lalat. mana tidaknya. terpaksa berdiri dari shah alam sampai ke sini.dah la bahu ada beg lappy.apa lagi, buat muka tak tahu malu, aku bersila saja dalam train tu.malam tu, aku diserikan dengan kemeriahan bunga api. suck! meriah la sangat. kepala aku pening ni!

aku cuba intai.memang nampak. sekitar shah alam meriah dengan bunga api.huh. jelas beb! aku tak tahu kenapa malam tu aku sakit hati. walhal aku suka tengok bunga api sebelum ni.mungkin sebab tak ada kaitan dengan aku kot.

hari berikutnya menyusul. angin kuat.huh! seronok sangat.rumah yang tinggi.
apabila menerima angin yang kuat, memang menyeronokkan.damai jek kepala otak aku.sejuk.

tapi aku rasa, aku tak boleh duduk rumah jeni macam ni. sebab sekejap sekejap aku akan duduk depan tingkap dan tengok sekeliling.aku tak boleh duduk dalam keadaan yang membuatkan aku blur. macam sekarang.argh..

sebab rumah ni tinggi sangat, nak keluar pon jadi malas.kawan-kawan, doakan aku tak gemuk ea.sebab sekarang ni, makan,tidor dan online sahaja adalah aktiviti yang aku jalankan.ahhhakz.rindu kalian semua.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti? Tak jadi masalah nak berbincang...

Quizizz dalam PdPc

Hierarki Mentaliti Kelas Bawahan