Posts

Showing posts from April, 2010

PENGARAHAN, PENGALAMAN PERTAMA

Image
huh... kini dengan entry baru. nak tahu apa?hehe... seperti biasa yang terbaru dan terpanas aku bawakan dalam hidupku. 27 april 2010 tarikh keramat untuk peristiwa itu. subjek pengarahan yang di ajar oleh PN Norzizi kepada pelajar seni lakon sem 5. aku tak tahu sangat apa tentang kelas ni. yang aku tahu, dipanggil berlakon dan aku lakukan untuk pengarah aku, kak pah... aku,allysa, kak pah dan shah amirul telah berganding bahu untuk menjalankan pengarahan itu. seronok sangat. aku tak pernah melibatkan diri sangat dalam kegiatan sebegini semenjak melangkah ke dunia mahasiswa ni. ini first time taw.agak cuak dan kecut bila tengok semua tallent hebat dan gempak. huh...terima kasih kepada rakan yang datang : ejam, awe & paan. sebab datang tengok kawanmu ini. pas aku buat, mereka balik.ini maksudnya mereka datang kerana aku.hehe..tq friends... kak pah, atau nama sebenarnya noor shahira mohd shahir :betol ke?? hehe.. beliau seorang yang hebat. seorang yang bertimbang rasa.seron

bezanya aku

Image
belalang masuk padang? beza sangat ke? pikir jap... biarlah belalang tu. apa nak sebok! yang beza, panjang pendek, rupa sama jek. sesungut pun dekat-dekat sama... aku merupakan seorang budak penulisan artisti di sebuah universiti tempatan baru-baru ini aku dipanggil untuk subjek pengarahan di fakulti. subjek ini diduduki oleh senior ku aku hanya menolong setakat yang mampu dengan bakat yang aku ada huhu.. dipendekkan cerita. aku diarahkan oleh pengarahku rehearsel di depan beberapa senior huh.. nampak pandangan yang cukup bangsat. bangsat yang teramat sangat. aku pun boleh lebih bagus lah daripada korang. setakat terpekik terlolong. anak sedara aku pun boleh bro... oppps... bukan ngutuk ok. ni pandangan aku sebagai  seorang yang baru nak mencuba. jangan pandang rendah pada orang. setiap orang ada untung masing-masing. berlagak konon kerjasama sesama fakulti. huh lebih bak korang pi cuci muka! cuci kebangsatan tu ok.. semoga berjaya. ps : doakan aku...

melihat kiri dan kanan.

aku sendiri,dalam ruang sempitku, BILIK bukan bilikku.,kolej punya. AKU TAK PERNAH ADA BILIK, biasanya terbongkang depan tv, terkangkang tanpa segan. SAPA NAK TENGOK? tuala lusuh, tin kosong dan baju yang bakal dihuman ke dobi, PEMALASnya AKU! angin malam ni kencang menolak pintu locker deras, bukan celaka, TU RAHMAT BENGONG! baru tadi aku roll tetikus aku membaca blog para cendikiawan yang disangka bangang oleh berbiru Malaysia. aku tertarik. seperti kiri lebih mulia kini. BOSAN JUGA KANAN SAHAJA. apa guna ada tangan kiri, kaki kiri!!! TAK ADIL... kalau aku jadi kiri? KANAN PULAK TERASA.. apabila aku meihat depan, baju tersangkut dek hanger, DAH LAMA KAT SITU. MASUK LOCKER Pon MALAS! biarkanlah. baju aku! bukan ko punya! hidup...hidup... baik mati ke hidup? dah kalau hidup pOn macam separuh mati dah! ish...dengusan aku!

menjunjung langit bumi dipijak

Image
Sejauh mana perjalanan seorang manusia yang penuh dengan duri-duri kehidupan, pastinya akan berjumpa dengan jalan pengakhirnya. Jalan yang menentukan kehidupan sebenar. Setiap tindak-tanduk kita diperhatikan olehNYA. Yang mencipta dan mentadbir alam. Yang menghidupkan dan mematikan manusia. Tiada apa yang lebih berkuasa daripada Dia. Sebagai seorang seorang muslim, sejauh mana kita bertindak perlulah menjadikan asas akidah sebagai sumber kehidupan. Ajaran yang telah dipelajari jangan dipersiakan. Dalam meneliti norma kehidupan ini yang penuh dengan berliku, manusia seringkali terpincang daripada jalannya. Sememangnya segala yang berlaku adalah ujian daripada ALLAH swt. Ujian untuk melihat sejauh mana pegangan agama seseorang itu. Ujian ini juga memerlukan usaha untuk memperbaikinya. Disamping usaha yang gigih dalam memperbaiki masalah-masalah ini, manusia juga perlu menjadikan tawakal sebagai jalan teraikhir selepas berusaha. Mendekatkan diri kepada Maha pencipta, meluluhkan segala

kahwin

Image
kejinjang pelamin juga akhirnya. tahmid dinobatkan ke atas kalian. moga melangkah badai dengan hati usah diperbesar sehala yang kecil jangan dilengah urusan tegak. tempuh dunia sebenarmu cekal, meniti bara beralas air, kelopak cinta usah dbiar layu, jangan biar ros merah berputik putih, kubukan di dalam taman hati, bertutur dengan nadamu, berkata dengan sopanmu,  cinta dan akal, sepadukan serta sebatikan, naskah cinta yang terbina kukuhkan, berdua lebih baik daripada bercambah, jika bercambah biarlah dariada hasilmu! BERBAHAGIALAH kekandaku... ZIHAN & FADZIL

shh (2)

Image
mesra kan? mana ar sekarangg?? salah siapa?? salah kita!! thankz semua...

nak buat ke tak?

Image
huh... assignment lagi. entah bila nak siap impian tinggi nak buat banyak sampai beratus muka surat member yang buat 3o dah siap then sampi meje lecturer lagi aku? baut 2 muka surat pas tu online berejam!!! apa kes? menyesal dengan tindakan tak dirancang ni... cayok AG

bagi dia...

Image
namanya Shuhada , dada berusia 4 tahun. pakwe sebelah tu Arshad , acad. nak dijadikan satu cerita kami pulang bersama dari negeri sembilan. dada baru pandai membaca. setiap apa yang dilihatnya akan dikumal kamilkan dengan ejaan. huh (T_T) si mama berpesan, "kakak kene belajar pandai, nanti masuk U macam pak usu. U tempat orang pandai belajar". lalu dengan muka yang tak pernah rasa bersalah, "kakak nak masuk Z, lagi banyak!" terbaik!!

shh...

keadaan kini merubah... merubah yang atas terusan diatas... yang tinggi, kian melonjak lebih mewah... menindas untuk kepentingan diri sendiri. dalam perjalanan ini... menyemai cinta yang bercambah menjadi seksa... terusan menusuk dalam di benak kekal... sampai kapan? ia membutuhkan segala ini... mata kututup rapat dengan selesa agar terus berkubu... biarlah keadaan kini merubah. merubah yang atas terusan diatas... yang tinggi, kian melonjak lebih mewah menindas untuk kepentingan diri sendiri...

langkah seterusnya...

assalamualaikum wahai sahabat yang aku sayangi .aku tahu perasaan kalian tika ini.aku akur dan akui, kata-kataku terlalu lurus untuk ditunjangkan kepada kalian.namun, percayalah aku tertekan dengan diri sendiri. sudah lama aku memendam perasaan ini. aku tahu kalian hebat dari segala benda. tolonglah terima aku seadanya.aku juga manusia yang berhak bersuara. bukan hanya suara kalian sahaja yag perlu aku amati. dalam alwak yang kina perolehi selama ini, aku akur dengan segala kata yang kalian perkatakan tentangku. ingatlah, berlawak perlu melihat tempat dan persekitarannya. ada masa kita perlu serius dan fokus kepada kerja kita. aku tidak kisah dan tak kan ambil peduli dengan segala kata-kata kalian. aku berniat suci.percayalah jikakalian teruskan dengan aktiviti 'last minuite' ni, kalian akan menyesal suatu hari nanti. tak semua kerja kita boleh lakukan dalam masa yang singkat. aku perlu katakan semua ini kerana aku memgang bahawa kalian perlu disedarkan.kita takkan dapat apa y

lawan kawan!!!

Image
kawan ibarat dinding senantiasa melindungi kita dari ancaman. memberi pelindungan dari panas dan terik mengelakkan kita dari di ancam bom dan ledakan dinding merupakan pelindung kepada kita jika kita memerlukan pelindungan tersebut. namun, dinding akan menjadi berkulat jika dicemari oleh virus. dinding akan reput dindingjuga boleh rintuh dinding mampu menghempap kita dinding akan menimbus kita sekali dinding menimbus kita, bomba pun susah nak cari dinding boleh menyebabkan kita sesat. jadi, benarkah kawan itu dinding? yang boleh melawan kawan bila masa mereka suka? terima kasih kawan... kawan yang tidak lawan sukardicari...

tolak tarik

menenung mata kilau aku melewati onak dalam pelayaran sepi berjumpa nenek tua mengemis di tepi stesen bas. seorang anak pelajar datang "kak, tolong saya ada masalah besar", tanya beliau kepada pemjaga kaunter. "boleh RM5 per ticket" akur... mata yang dilihat mata kikis keliling hanya mengabai lopak pasrah menongkah insan lemah, menjangkau insan kosong yang perlu. titik tolak bermula dari sini... kau dan aku amat berbeda

artikel untukmu.

Image
salam.artikel ini ucu ambil dari iluvislam.com.bukan untuk mengambil hak orang, namun ia telah membuatkan ucu terpikat dengan jalan ceritanya.selamat membaca... Diatas Sejadah Cinta www.iluvislam.com Dihantar oleh: aminatulkhadija Editor: RosNiza Abdullah Aku dibesarkan dalam keluarga yang berada telah menyebabkan aku leka. Aku terlalu hanyut dengan duniaku sehinggalah aku telah melupakan perintah Allah. Tambahan pula, aku merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan kesemuanya belajar di luar negara. Dalam keluargaku hanya terdapat seorang saja perempuan iaitu kakakku manakala empat lagi merupakan kaum adam. Aku mempunyai saudara kembar lelaki yang sekarang sedang belajar di Russia dalam bidang perubatan manakala dua lagi abangku telah bergelar doktor. Kakakku seorang engineer manakala mama dan papa merupakan specialist doctor. Alhamdullilah, Allah juga telah mengurniakan nikmatnya kepadaku dengan memberi kecerdasan dalam bidang akademik dan disaat aku menul

amarah!!

nafsu ini kian bergolak menentang segala kebatilan benci yang teramat meluat menatap wajah kau rasa ingin kupijak ingin ku henyak!! deruman angin kian kencang. menghayun lendunan ke kiri dan kanan longlai rasanya. entah kenapa? tak bisa menjawab